Sunday, November 2, 2008

penantian penyeksaan

alhamdulillah.. hari ni da second last paper! yeehaa!! da nk abes da exam.. walopun result ny aku rase cuak gak la nak tunggu keluar nanti. tapi takpe.. tawakkaltu 'alallah.. InsyaAllah..

untuk sem ni, aku ada 4 paper. sama cam sem-sem yang lain gak. tapi kali ni, exam aku lambat sikit abes. selalunya, dalam seminggu, da setel semua paper. batch paling awal abes exam. tu la budak2 sini cop budak2 engineering batch kitorang. haha.. walaupun tak selalunya betul...

malam ni aku plan nak bukak soalan2 tutorial mingguan yang selalu aku wat last minit. bende tu yang kena anta pukul 11 malam, kol 9 baru nak terhegeh-hegeh nak wat. tak ke mengade namenye tuh.. ok.. lupekan kisah silam.

belajar une tutorial ni memang membantu. terbukti dengan aku ulang kaji malam tadi. aku bace je soklan2 tutrial n cube wat soklan2 dia. berdasarkan ape yang aku buat tadi, insyaAllah selamat la.. ade jugak soalan yang aku kantoi. tapi alhamdulillah most of the questions I managed to answer in quite confident. tawakkal2

tapi kan, macam sem lepas.. ade satu subjek ni, aku cuak giler dengan result dia. dan pastinya ada jugak paper yang aku yakin sikit la nak jawap. tapi, bile keluar result, yang sebaliknya pulak berlaku. tu Allah nak tunjuk kuasa Dia. kite plan je.. Allah yang tentukan.

ape2 pun.. yang penting, selalu ingat kat Allah. bukan mase exam je. setiap mase. :D

same2 la kite berubah. InsyaAllah..

Thursday, September 11, 2008

hari-hari puasa 3

sudah selesa semua assignment! alhamdulillah.. dah bermalam-malam daku tido 2-1 jam sblm sahur. tapi bangun lambat. haihh.. banyak dah kelas tertinggal ni.

hari puasa kali ni aku nk citer pasal pak arab yang aku baru kenal. nama dia sulaiman. seorang yang menarik. dia independent. bile time iftar, dia selalu datang sorang2 ke white pavilion. yang paling best, dia selalu bawak kofi arab dia. rase dia sedikit sebanyak macam bunge cengkih. tapi best! layan~

selalunya, masa iftar aku akan duduk same dengan dia. borak2 sambil minum kofi tuh. masing-masing bercerita pasal negara asal. gelak pulak akan berselang seli. kadang-kadang ade sorang g brother arab ni join. name dia pun sulaiman. dua-dua sulaiman ni lawok.

bile wat camni, yakni berbuka dengan brothers arab ni, aku rase hepi. sebab ni la peluang yang paling best nak berkenalan dengan orang dari negara lain selain NZ sniri. banyak pengalaman boleh dikongsi. boleh improve english gak :P
sangat menarik bulan ramadhan kali ini


lepas tu, aku ingat nk g uni. bile da readi nak gerak g uni, aku baru perasan beg aku ilang. adeh... nak wat keje tapi beg takde la plak. nak tak nak aku g je uni, pinjam ketas kje capek. siap la jugak ckit. huhu.. mudahan orang yang terambik beg tu akan pulangkan beg tu esok. :(

cukuplah dulu untuk kali ini. selamat berpuasa!

Monday, September 8, 2008

hari hari puasa 2

hari ni memang disaster. aku tido lpas subuh tadi. da semangat da nak gi kelas. sebab almaklumlahh, kelas start hari ni. so dengan penuh semangat jitu dan padu, aku pun stay up la ckit.. sampai pukul 7. tibe-tibe mate rase berat la pulak. jadi, niat di hati berubah angin. nak lelap skejap, sebelum pegi kelas. so, tido la aku

bile sedar je, da pukol 11. adeh.. terlepas kelas aku. rase nak marah ade gak, tapi tak jadi memandangkan bulan puasa. dan takde sape nak dimarah. nak marah kat diri sendiri, memang diri ini sudah sedia maklum sendiri. tak payah dimarah lagi. tanpa membuang masa, aku pun bersiap nak ke uni.

seharian aku di uni adalah membuat solidworks sahaja. pukol empat lak ade lab. menarik gak la lab 227 tuh.. maen microskop. lepas tu plot phase diagram. mantap! paham jugak la sikit-sikit apa yang di wat. sebab tu la mantap. selalunya kalo wat lab, tak berape paham sangat. :P

lepas terawikh, aku lansung ke uni. wat solidworks tu la.. ape lagi. tapi dalam hati terpikir-pikir. emath aku tak sentuh lagi. due dia same dgn solidworks gak. na percent dia besar lagi dari solidworks. hurm.. ape nak jadi ni. so, solidworks pun disiapkan.

balik dari uni, jam da pukol 2 pagi. Allah.. da nak bersahur da. aku tido sekejap. pukol 4 nanti bangunlah. :D

suatu hari yang memenatkan.. sampai di sini dulu ye.

begitulah seadanya...

Sunday, September 7, 2008

hari-hari puasa 1

'majied.. bangun2. jom sahur' panggil Bago dari luar bilik sambil tangannya cepat mengetuk daun pintu.

puasa

ya.. bulan puasa sudah seminggu bertamu. segala rutin bulan puasa bermula sudah. sahur, iftar, white pavilion, ayam, taste of bengal dan macam-macam lagi.. ni semua term-term puasa di Christchurch. best wo puasa!

aku bercadang nak tulis pasal update hari-hari puasa ni. atleast ade memori yang best untuk aku bace balik nanti bile da start keje. tol tak? kalo tiga tahun, ade 30 hari; 30x3=90. so aku sepatutnya ada 90 entry untuk update hari-hari....... iyo iyo je aku ni. semangat je lebih. kang malas gak menulis nya.

takpe2. perihal sebegitu kita letak tepi dulu. okeh.. memandangkan aku baru start hari ni, so ni update hari ke-6 la.. sebab puasa hari ni tak abes gi. :D

malam tadi malam pertama beriftar kat white pavilion. sejuk? memang sejuk. kalo beriftar kat collective cafe sperti hari-hari sebelum ni, mantap gak. sebab panas dan selesa.. macam beriftar kat malaysia. hahaha.. tapi apekan daya, xleh nak lawan suara majoriti. ramai yang nak beriftar kat white pavilion. okeyyy la.. demi cintaku pada mu pavilion~~

AGM MUSA jugak berlansung malam tadi. seperti yang dijangkakan, bro Hakeem jadi Amir MUSA tahun ni and taun depan. Insya-Allah dengan peneraju baru ni, MUSA akan kekal bertenaga seperti tahun2 seblum ni. dia akan dibantu oleh saudari Onai, sbegai Amirah. Setiausaha pulak, cadangan Bro Omar, Anis Jr medapat sambutan hangat. tresurer, Pali. hehe.. ade jugak name Pali untuk batch kali ni. ade 7 orang penyandang AJK. salah sorang nya aku. ade naqib, zepong, bro dr pakistan tuh (aku da lupe name dia), muneera.. erm.. dua g aku lupe la.. haa.. saser dan fiqri. tapi tak silap aku, chep pun join skali. tapi xnampak muka. biarlah.. Mr Pres akan urus diorang ni. Tahniah untuk peneraju utama (4orang) MUSA tahun ni!

ok.. cukup dengan MUSA. assignmen! kalo kire gune jari, tak banyak sangat. tapi, nak membuatnya payah. adeh.. solidworks, emath dengan materials. materials dah nak siap. tapi dua lagi tuh.. hurm... da nak siap gak la.. tapi.. :P tak perlulah dipanjangkan di sini.

esok adalah hari baru. moga rahmat bulan puasa ni akan berterusan. insyaAllah..

sok aku update g. best2!

Saturday, July 19, 2008

kesedaran..

Hatiku terdetik untuk menulis setelah jari ini gatal menekan-nekan punat kiri tetkikus komputer, mencari dan membaca blog-blog rakan di rangkaian Yahoo! mesengger. sudah berjam online, namun itu tidak membantu menghilangkan bosan. satu persatu nama pada ym aku tekan, membaca status masing-masing.

aku tersenyum. 'taken and not available'. haha.. status yang menarik. tapi nampak sangat baru putus cinta dan mengumumkan kehadiran cinta baru. aku kembali mencari status yang lain. terlalu banyak status yang berkait dengan blog. sudah ramai yang berblog sekarang. aku pun ada jugak blog, tapi sudah berbulan.. bertahun rasanya aku tak bukak. dah berdebu. malaslah nak bukak. banyak sebab dan akibatnya.


seingat aku, ada 4-5 post sahaja dalam blog tu. semuanya berkenaan dengan hidup aku juga. tapi ada lah juga seketul dua post akku yang berkaitan dengan insan lain. tak perlulah dicerita panjang di sini.

malam ni, aku ternampak satu status, juga memaparkan heading blog. owh... penulis blog baru. sepanjang aku di sini, banyak bakat-bakat penulis yang jarang aku jumpa, muncul macam cendawan. masing-masing nak tayang blog baru. menarik juga ada budaya menulis di kalangan pelajar. baru nampak kemajuan bahasa malaysia, bukan bahasa melayu sahaja ( ini cikgu aku cakapla.. ) dalam dunia maya bernama internet ini. bagus.. sebab walaupun sudah bertahun duduk di luar negara, bahasa ibunda juga yang dipilih sebagai bahasa pengantar untuk meluahkan isi hati. ye la.. ada juga yang menulis bermediumkan bahasa penjajah kita, tapi takda salahnya. itu hak penulis itu sendiri.

aku klik status itu. blog yang beraura keagamaan. kegemaranku. walaupun jarang sekali aku menulis hal ehwal keagamaan dalam blog aku. tapi kali ini, aku berniat nak belajar menulis tentang agamaku. kalau tak sebagai coretan biasa, sebagai refleksi diri yang seringkali lupa pada-Nya.

post pertama blog ini menarik minatku. berkaitan surau di uni kami. aku suka gaya luahannya. slamber tapi tajam dan bermanfaat. katanya, surau di uni hanya bangunan yang hanya tercatat di depan nya 'muslim prayer room' tapi kosong tak berpengunjung.aku sangat setuju dengan kata-kata itu. benar sekali. aku kecilkan skop hanya kepada pelajar muslim di uni aku sendiri. terutamanya pelajar dari malaysia. bukan aku tak mahu bercakap mengenai pak-pak arab dan pak-pak india mahupun warga negara lain yang beragama islam tapi adalah molek kurasa ditujukan pada mereka yang paham apa yang tertulis di sini.

'kita kena ada komitmen dalam agama. istiqamah. surau kita kosong tu. takda siapa yang nak datang menjenguknya. kalau bukan kita yang mengunjungnya, siapa lagi?' ujar salah seorang seniorku. masa itu, kami baru selesai menunaikan solat jumaat di bilik belajar yang terletak dalam bangunan Badan Pelajar uni. surau kami tak muat nak tampung semua pelajar lelaki muslim untuk bersolat jumaat di sana. jadi, bilik studi inilah yang menjadi markas pertemuan dan sosial terutama pada setiap minggu.

surau kami diakui memang jauh dari tempat tinggal pelajar-pelajar. kalau berjalan kaki, mahu sampai 15-20 minit dari tempat tinggalku. jauh tu.. tapi itu bukan alasan. kalau niat ada di hati, jauh dekat bukan lagi dalam pertimbangan. yang penting, janji temu dengan Dia yang tercinta. ada sahabat yang berniat mahu membuat satu musolla di kawasan tempat tinggalku. almaklumlah, pada bulan-bulan musim sejuk ni, jauhnya surau itu diukur dari nilai suhu atmosfera. semakin sejuk suhu persekitaran, semakin jauh surau. begitu lah seadanya. perkiraan ini bukan hanya tertakluk pada sahabatku itu, malah juga kepada hampir 90% ( anggaran kasar.. ) pelajar islam yang duduk di kampung ini. termasuk diriku.

terima kasih sahabat atas satu post blog yang menegur iman di dada. kalau nak, mau saja aku tulis sampai pagi esok, tapi apa gunanya kalau mesej yang hendak disampaikan tidak melekat di hati pembaca.. kalaulah ada pembaca. moga surau kita akan berseri dan dipenuhi pengunjung tetap, dan mudahan golongan ini terdiri dari kita; aku juga. aku berdoa, moga esok, mudah bagiku bangun dan berjalan ke masjid. insyaAllah..

marilah meramaikan rumah Allah. seandainya umat ini tahu hikmah berjemaah di surau, nescaya dengan merangkak pun, mereka akan bergerak ke masjid.

salam perkenalan blog.

begitulah seadanya...