Saturday, July 19, 2008

kesedaran..

Hatiku terdetik untuk menulis setelah jari ini gatal menekan-nekan punat kiri tetkikus komputer, mencari dan membaca blog-blog rakan di rangkaian Yahoo! mesengger. sudah berjam online, namun itu tidak membantu menghilangkan bosan. satu persatu nama pada ym aku tekan, membaca status masing-masing.

aku tersenyum. 'taken and not available'. haha.. status yang menarik. tapi nampak sangat baru putus cinta dan mengumumkan kehadiran cinta baru. aku kembali mencari status yang lain. terlalu banyak status yang berkait dengan blog. sudah ramai yang berblog sekarang. aku pun ada jugak blog, tapi sudah berbulan.. bertahun rasanya aku tak bukak. dah berdebu. malaslah nak bukak. banyak sebab dan akibatnya.


seingat aku, ada 4-5 post sahaja dalam blog tu. semuanya berkenaan dengan hidup aku juga. tapi ada lah juga seketul dua post akku yang berkaitan dengan insan lain. tak perlulah dicerita panjang di sini.

malam ni, aku ternampak satu status, juga memaparkan heading blog. owh... penulis blog baru. sepanjang aku di sini, banyak bakat-bakat penulis yang jarang aku jumpa, muncul macam cendawan. masing-masing nak tayang blog baru. menarik juga ada budaya menulis di kalangan pelajar. baru nampak kemajuan bahasa malaysia, bukan bahasa melayu sahaja ( ini cikgu aku cakapla.. ) dalam dunia maya bernama internet ini. bagus.. sebab walaupun sudah bertahun duduk di luar negara, bahasa ibunda juga yang dipilih sebagai bahasa pengantar untuk meluahkan isi hati. ye la.. ada juga yang menulis bermediumkan bahasa penjajah kita, tapi takda salahnya. itu hak penulis itu sendiri.

aku klik status itu. blog yang beraura keagamaan. kegemaranku. walaupun jarang sekali aku menulis hal ehwal keagamaan dalam blog aku. tapi kali ini, aku berniat nak belajar menulis tentang agamaku. kalau tak sebagai coretan biasa, sebagai refleksi diri yang seringkali lupa pada-Nya.

post pertama blog ini menarik minatku. berkaitan surau di uni kami. aku suka gaya luahannya. slamber tapi tajam dan bermanfaat. katanya, surau di uni hanya bangunan yang hanya tercatat di depan nya 'muslim prayer room' tapi kosong tak berpengunjung.aku sangat setuju dengan kata-kata itu. benar sekali. aku kecilkan skop hanya kepada pelajar muslim di uni aku sendiri. terutamanya pelajar dari malaysia. bukan aku tak mahu bercakap mengenai pak-pak arab dan pak-pak india mahupun warga negara lain yang beragama islam tapi adalah molek kurasa ditujukan pada mereka yang paham apa yang tertulis di sini.

'kita kena ada komitmen dalam agama. istiqamah. surau kita kosong tu. takda siapa yang nak datang menjenguknya. kalau bukan kita yang mengunjungnya, siapa lagi?' ujar salah seorang seniorku. masa itu, kami baru selesai menunaikan solat jumaat di bilik belajar yang terletak dalam bangunan Badan Pelajar uni. surau kami tak muat nak tampung semua pelajar lelaki muslim untuk bersolat jumaat di sana. jadi, bilik studi inilah yang menjadi markas pertemuan dan sosial terutama pada setiap minggu.

surau kami diakui memang jauh dari tempat tinggal pelajar-pelajar. kalau berjalan kaki, mahu sampai 15-20 minit dari tempat tinggalku. jauh tu.. tapi itu bukan alasan. kalau niat ada di hati, jauh dekat bukan lagi dalam pertimbangan. yang penting, janji temu dengan Dia yang tercinta. ada sahabat yang berniat mahu membuat satu musolla di kawasan tempat tinggalku. almaklumlah, pada bulan-bulan musim sejuk ni, jauhnya surau itu diukur dari nilai suhu atmosfera. semakin sejuk suhu persekitaran, semakin jauh surau. begitu lah seadanya. perkiraan ini bukan hanya tertakluk pada sahabatku itu, malah juga kepada hampir 90% ( anggaran kasar.. ) pelajar islam yang duduk di kampung ini. termasuk diriku.

terima kasih sahabat atas satu post blog yang menegur iman di dada. kalau nak, mau saja aku tulis sampai pagi esok, tapi apa gunanya kalau mesej yang hendak disampaikan tidak melekat di hati pembaca.. kalaulah ada pembaca. moga surau kita akan berseri dan dipenuhi pengunjung tetap, dan mudahan golongan ini terdiri dari kita; aku juga. aku berdoa, moga esok, mudah bagiku bangun dan berjalan ke masjid. insyaAllah..

marilah meramaikan rumah Allah. seandainya umat ini tahu hikmah berjemaah di surau, nescaya dengan merangkak pun, mereka akan bergerak ke masjid.

salam perkenalan blog.

begitulah seadanya...