Thursday, September 11, 2008

hari-hari puasa 3

sudah selesa semua assignment! alhamdulillah.. dah bermalam-malam daku tido 2-1 jam sblm sahur. tapi bangun lambat. haihh.. banyak dah kelas tertinggal ni.

hari puasa kali ni aku nk citer pasal pak arab yang aku baru kenal. nama dia sulaiman. seorang yang menarik. dia independent. bile time iftar, dia selalu datang sorang2 ke white pavilion. yang paling best, dia selalu bawak kofi arab dia. rase dia sedikit sebanyak macam bunge cengkih. tapi best! layan~

selalunya, masa iftar aku akan duduk same dengan dia. borak2 sambil minum kofi tuh. masing-masing bercerita pasal negara asal. gelak pulak akan berselang seli. kadang-kadang ade sorang g brother arab ni join. name dia pun sulaiman. dua-dua sulaiman ni lawok.

bile wat camni, yakni berbuka dengan brothers arab ni, aku rase hepi. sebab ni la peluang yang paling best nak berkenalan dengan orang dari negara lain selain NZ sniri. banyak pengalaman boleh dikongsi. boleh improve english gak :P
sangat menarik bulan ramadhan kali ini


lepas tu, aku ingat nk g uni. bile da readi nak gerak g uni, aku baru perasan beg aku ilang. adeh... nak wat keje tapi beg takde la plak. nak tak nak aku g je uni, pinjam ketas kje capek. siap la jugak ckit. huhu.. mudahan orang yang terambik beg tu akan pulangkan beg tu esok. :(

cukuplah dulu untuk kali ini. selamat berpuasa!

Monday, September 8, 2008

hari hari puasa 2

hari ni memang disaster. aku tido lpas subuh tadi. da semangat da nak gi kelas. sebab almaklumlahh, kelas start hari ni. so dengan penuh semangat jitu dan padu, aku pun stay up la ckit.. sampai pukul 7. tibe-tibe mate rase berat la pulak. jadi, niat di hati berubah angin. nak lelap skejap, sebelum pegi kelas. so, tido la aku

bile sedar je, da pukol 11. adeh.. terlepas kelas aku. rase nak marah ade gak, tapi tak jadi memandangkan bulan puasa. dan takde sape nak dimarah. nak marah kat diri sendiri, memang diri ini sudah sedia maklum sendiri. tak payah dimarah lagi. tanpa membuang masa, aku pun bersiap nak ke uni.

seharian aku di uni adalah membuat solidworks sahaja. pukol empat lak ade lab. menarik gak la lab 227 tuh.. maen microskop. lepas tu plot phase diagram. mantap! paham jugak la sikit-sikit apa yang di wat. sebab tu la mantap. selalunya kalo wat lab, tak berape paham sangat. :P

lepas terawikh, aku lansung ke uni. wat solidworks tu la.. ape lagi. tapi dalam hati terpikir-pikir. emath aku tak sentuh lagi. due dia same dgn solidworks gak. na percent dia besar lagi dari solidworks. hurm.. ape nak jadi ni. so, solidworks pun disiapkan.

balik dari uni, jam da pukol 2 pagi. Allah.. da nak bersahur da. aku tido sekejap. pukol 4 nanti bangunlah. :D

suatu hari yang memenatkan.. sampai di sini dulu ye.

begitulah seadanya...

Sunday, September 7, 2008

hari-hari puasa 1

'majied.. bangun2. jom sahur' panggil Bago dari luar bilik sambil tangannya cepat mengetuk daun pintu.

puasa

ya.. bulan puasa sudah seminggu bertamu. segala rutin bulan puasa bermula sudah. sahur, iftar, white pavilion, ayam, taste of bengal dan macam-macam lagi.. ni semua term-term puasa di Christchurch. best wo puasa!

aku bercadang nak tulis pasal update hari-hari puasa ni. atleast ade memori yang best untuk aku bace balik nanti bile da start keje. tol tak? kalo tiga tahun, ade 30 hari; 30x3=90. so aku sepatutnya ada 90 entry untuk update hari-hari....... iyo iyo je aku ni. semangat je lebih. kang malas gak menulis nya.

takpe2. perihal sebegitu kita letak tepi dulu. okeh.. memandangkan aku baru start hari ni, so ni update hari ke-6 la.. sebab puasa hari ni tak abes gi. :D

malam tadi malam pertama beriftar kat white pavilion. sejuk? memang sejuk. kalo beriftar kat collective cafe sperti hari-hari sebelum ni, mantap gak. sebab panas dan selesa.. macam beriftar kat malaysia. hahaha.. tapi apekan daya, xleh nak lawan suara majoriti. ramai yang nak beriftar kat white pavilion. okeyyy la.. demi cintaku pada mu pavilion~~

AGM MUSA jugak berlansung malam tadi. seperti yang dijangkakan, bro Hakeem jadi Amir MUSA tahun ni and taun depan. Insya-Allah dengan peneraju baru ni, MUSA akan kekal bertenaga seperti tahun2 seblum ni. dia akan dibantu oleh saudari Onai, sbegai Amirah. Setiausaha pulak, cadangan Bro Omar, Anis Jr medapat sambutan hangat. tresurer, Pali. hehe.. ade jugak name Pali untuk batch kali ni. ade 7 orang penyandang AJK. salah sorang nya aku. ade naqib, zepong, bro dr pakistan tuh (aku da lupe name dia), muneera.. erm.. dua g aku lupe la.. haa.. saser dan fiqri. tapi tak silap aku, chep pun join skali. tapi xnampak muka. biarlah.. Mr Pres akan urus diorang ni. Tahniah untuk peneraju utama (4orang) MUSA tahun ni!

ok.. cukup dengan MUSA. assignmen! kalo kire gune jari, tak banyak sangat. tapi, nak membuatnya payah. adeh.. solidworks, emath dengan materials. materials dah nak siap. tapi dua lagi tuh.. hurm... da nak siap gak la.. tapi.. :P tak perlulah dipanjangkan di sini.

esok adalah hari baru. moga rahmat bulan puasa ni akan berterusan. insyaAllah..

sok aku update g. best2!