Tuesday, November 10, 2009

berakhir

exam sudah berakhir.
maka tamatlah sesi pembelajaran untuk tahun ni.
moga berjaya dengan cemerlang hendaknya, sahabat-sahabat.
moga dipermudahkan perjalanan kalian.
tahun depan moga kembali dengan semangat juang baru.
yang telah berakhir zaman studentnya,
moga Allah membantu kalian dalam menempuh jalan baru.

.bismillahi tawakkalna.

Friday, October 23, 2009

MSWord07

Percubaan menggunakan Microsoft Word 2007.

Haha.. kes nk tidur tapi digoda laptop yang masih on.


 


 

Udah Majied. Gi tdo.

Thursday, September 10, 2009

puasa dan sedekah

sudah berhabuk. itulah blog aku.
terkadang berminat menulis, tapi tidak mampu ditempiaskan di sini. hanya di buku catatan, teman segala masa.

biarlah pendek sahaja kali ini. mengenai
sedekah.

rabu lepas, our student advisor, Pn Zaidah datang melawat sekali lagi. meskipun kedatangan beliau tidaklah diberitahu awal, sambutannya alhamdulillah, menggalakkan!
semua bermuka ceria di kala azan maghrib dilaungkan. chips dan air pengganti kurma.

*maaf ye rakan2. kurma tertinggal dalam bilik aku :D

jadi dipendekkan lah ceritera, maka malam tu kami pun menghantar puan ke motelnya.
berbicara panjang,
mengenai interview
dan segala macam mengenai petronas.
sedikit demi sedikit, kami beralih kepada topik berunsur keagamaan.


'tiada lain yang boleh mengubah tarikh itu, meski berdoa sebanyak mana, solat, zikir dan pelbagai ibadah lain lagi kecuali bersedekah',
ujar amir mengenang lotehan sahabatnya suatu masa dahulu.
'tarikh mati, ajal',
terangnya.

bulan manja yang chomel

dengan sedekahlah boleh memanjangkan umur.
pernah suatu ketika, ada seorang sahabat yang dikhabarkan oleh malaikat kepada rasulullah akan matinya pada sekian-sekian tarikh,
tidak ditarik nikmat hidupnya
pada tanggal tersebut atas sebab
bersedekah.
meskipun hanya
sekeping roti.

___________________________

Amru bin Auf menceritakan:
“Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu akan memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan buruk
(Hadis riwayat Tabrani)


___________________________


alangkah bestnya kalau kita banyak bersedekah di bulan mulia ini.
dengan sedekah kita, orang boleh beribadah, melaksanakan tanggungjawab mereka.
setiap tingkah laku mereka, amal ibadah mereka
yang bersumberkan tenaga dari makanan yang kita sedekahkan, menjadi sumber pahala kita yang berterusan mengalir masuk ke dalam akaun akhirat kelak. menarik?
memang menarik!

jadi marilah perbanyakkan sedekah!
tapi jangan pula niatnya mahu
awet muda, panjang umur,
ye pakcik, makcik.
ikhlaskan,
LILLAHI TA'ALA.


kami kembali ke Ilam Apartment berjalan kaki dibawah sinaran rembulan manja. bateri kereta amir flat :(

wallahua'lam

Wednesday, August 19, 2009

bicara tentang cinta - UNIC

lagu yang sangat menarik dari seorang sahabat.
thanks hafiz. moga jepun terus maju dengan lagu nasyid.
hihi..
moga bermanfaat, insyaAllah.

________________________________


Bicara Tentang Cinta

by UNIC

Salahkah ku mendambakan seorang puteri
Dan pasti ku mengharap yang setia di sisi
Teman kala ku kedukaan memberikan daku cahaya
Sinari kehidupan

Walau ku tahu segala suratan Esa
Ku pohon kesetiaan pemberi inspirasi
Pengubat jiwa yang sepi
Agar dapat ku kecapi indahnya hidup ini

Usah ada rasa sangsi
Saling faham dan mengerti
Sinar bahagia menanti

Pendorong penguat jiwa
Dalam melayar bahtera
Pasti tenang jika kau di sisi

Selagi masih aku terdaya
Menuturkan kata-kata
Kan ku bicarakan yang sesungguhnya
Di hati ini dikau saja yang bertakhta di jiwa
Insan yang ku kasihi
Dikau yang ku sayangi..
_______________________________________________

p/s: terkenang mak, apak, abang, kak eda, kak epi, awa, muaz, nenek.
tidak juga dilupakan: kucing, itik, ayam, skuter.
rindu.
puasa tahun ni sekali lagi tiada di rumah, ye mak?
T_T

Sunday, August 9, 2009

tensi?

bulan ramadhan tak lama gi nak bertamu. ramadhan yang sangat dirindui.
dirindui
.

term rindu tu merujuk pada banyak perkara. tapi bukan di sini aku akan jelaskan. nanti sampai satu masa yang kurang sibuk sikit, aku tulis la mengenai kerindui pada bulan mulia ini.

buat masa sekarang, ada banyak pertembungan budaya berlaku dalam diri.



Islam Awareness Week
akan bermula esok:
10-16 Ogos 2009.
siang akan diadakan booth yang akan menyediakan buku dan tempat bertanya.
malamnya pulak akan disambung dengan ceramah yang akan disampaikan oleh penceramah2 yang dijemput dan jugak yang ada di Christchurch sniri.
Ahad, ada
Masjid Open Day.
akan diadakan di
Masjid An-Nur, 101 Dean Ave:
10am - 3pm.

forum
'Ramadhan, I miss you!'
yang akan diadakan Sabtu ni.
meeting untuk finalise idea: rabu malam.

test ENME223 Jumaat ni.
sejam.
tak ingat berapa percentage dia. huhu~

assignment design 50% yang perlu disiapkan sebelum Senin depan.
________________________________________

Allahu Akbar!
mudahan Allah akan permudahkan perjalanan minggu ni.

our responsibilities exceed our time.

Thursday, August 6, 2009

siri khutbah 2

minggu ni khutbah di sampaikan oleh Brother Omar. mengenai
da'wah
dan jugak
Islam Awareness Week
yang akan berlansung minggu depan. aku sempat dengar sikit je tadi. terlambat sebab ada kuiz. huhu..

dalam khutbah pertama, beliau mengajak semua brothers yang ada untuk bersama menyampaikan ilmu kepada mereka yang dahagakan pengetahuan Islam. kita akan dipersoalkan nanti mengenainya. sesiapa yang tidak mahu menyampaikan dakwah,
seolah-olah dia empunya duit yang banyak tapi
tidak mahu mengeluarkan zakat.

khutbah kedua pulak, beliau menyeru kepada semua rakan2 yang hadir untuk membantu menjayakan IAW yang akan diadakan minggu depan. dengan ada nya booth yang akan disediakan di depan pintu masuk UCSA dan jugak ceramah2 di malam2 minggu depan, diharapkan rakan2 lain boleh menyumbang dalam kepakaran dan juga pengetahuan mereka. insyaAllah..

solat jumaat.


tapi malangnya, mereka yang mendengar khutbah ini kadang2 bagai
mencurah air ke daun keladi
.
tak masuk2 apa yang disampaikan. mungkin kerana sudah terlalu biasa dengan isi khutbah rakan2 yang selalunya
dibaca

sahaja dari lembaran kertas yang diprint, bukan
menyampaikan
.
agak sedih melihat atmosfera begini. manusia itu hanya akan menghargai sesuatu itu pabila ia sudah tiada.
adakah kita perlu hilang peluang dan nikmat

untuk mendengar khutbah baru nak menghargai pengorbanan dan kesanggupan mereka yang berusaha berdiri di depan (mimbar) itu?
come on-lah, bro!!


aku merindui sahabat2 dari negara arab yang mampu
melontarkan suara,
menaikkan semangat juang

para syabab yang sudah lama
terlena, lemas dalam aliran hiburan dan lagha.
bukan arab sahaja, malah dari somalia, pakistan, dan yang lain2. tanggungjawab ini bukan tanggungjawab mereka yang menjulang dan menggenggam nama UCMUSA sahaja, tetapi mereka yang mengaku bahawa
tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah,
dan
Muhammad itu Rasulullah.


bangunlah, wahai pemuda-pemuda agama!
solat jumaat itu bukan rutin mingguan biasa. ia medan mengatur dan mencorak aurora semangat yang kian kelam disuluh neon kema'siatan.

cukuplah lentokan manja kamu di kala khutbah!
ia tidak membawa kita ke mana.

Thursday, July 23, 2009

konsep baru!

setiap tahun, kita selalu buat ceramah pasal
isra' mikraj
ni. ape kata, tahun ni kita buat kelainan. kalo selalu kita dengar pasal pengalaman semasa perjalanan pernuh berkah itu, tahun ni kita buat forum pulak.
amacam?



Forum kita kali ni berkisar pada pengaplikasian kisah ajaib ini dalam kehidupan. apa yang kita boleh pelajari dari kisah ini. bagaimana kita boleh terapkan konsep isra' dan mikraj dalam kehidupan kita?

nak tau? mari ke forum, esok!!

weee~~


Saturday, July 18, 2009

g'day, mate!

batuk da mula menyusut. kadang kala sakit di kening mai x tentu masa. selalunya petang. macam2 masalah sakit ni. alhamdulillah.. setakat ni, masih di jauhkan dari bahana H1N1.

kali ni aku nak berbicara mengenai pertemuan sesama muslim. tak nak lah membicarakan perkara macam isi perbincangan dalam pertemuan tu. just permulaan pertemuan. bila bertemu.

kalo orang kiwi bertemu, salah satu dialog permulaan dorang:
g'day, mate!
tak pun:
hey, how is it going?
paling koman pun:
good morning/afternoon.

pertemuan mereka dimulai dengan greeting atau mengucap kata2 selamat dan kata2 yang baik. macam salam. sekarang, apa beza pertemuan muslim dengan kiwi? kenapa orang kiwi menjadi watak utama kali ni? kesian dorang :D



muslim pabila bertemu, mereka juga akan
mendoakan kesejahteraan
saudara mereka jugak. tapi beza pertemuan mereka dengan watak2 di atas adalah, mereka menghulurkan tangan dan
BERSALAMAN.
malah ada juga yang berpelukan
(penat omputeh wat 'free hugs' kat tepi jalan. kita muslim 'free hugs' setiap hari.. hihi),
tak kurang juga berlaga pipi terutama mereka dari kalangan muslimah.
muslimin? ada juga. biasanya dari saudara arab kita.

tapi topik kita tidaklah sejauh berpelukan dan juga berlaga pipi, namun cukup sekadar menghulur tangan bersalaman.
aku menyedari bahawa sesama malaysia biasanya, pabila bertemu, salam diucap tapi bersalaman jarang sekali.

kenapa ya?
takut tersebarnya H1N1 melalui sentuhan? atau geli nak bersalam? mahupun mind set bahawa salam bukanlah sesuatu yang perlu?

tahukah anda (cam buku soalan trivia la plak) bahawa bersalaman tu
sangat mengeratkan tali silaturahim.
bila bersalam, terkadang kita akan melihat saudara yang disalami itu tersenyum indah. tapi bila hanya menyapa sambil memberi salam, terkadang mereka buat muka straight, malah ada juga yang tidak memandang lansung muka kita. haha..

Dari Abi Umamah RA meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda; Sesungguhnya orang yang paling hampir di sisi Allah SWT ialah mereka yang terlebih dahulu memberi salam (diantara mereka). [Hadis Riwayat Abu Daud]

antara adabbersalam yang baik diamalkan adalah:
1- kita dahulu menghulur tangan.
2- senyum dan lihat tepat ke muka dia. maksudnya kita memang nak senyum kat dia.
3- genggam tangan dia. bukan main touch n go je. zap! terus tarik tangan.
4- tanya khabar dia. mesti dia lagi hepi kalo kita concern kat dia
5- yang muda bagi salam pada yang tua. hormat tu, bro.
6- yang sedikit bagi salam pada yang ramai. payah gak nak jawab salam kalo ramai orang bg salam berselang seli.
"waalaikum salam, waalaikum salam, waalaikum salam..."

senyumlah!
mana tau kita adalah orang pertama yang senyum kat dia pada hari tu dan membuat dia hepi sepanjang hari. insyaAllah..

jadi,

bersalamlah. bukan setakat melontar salam secara lisan sahaja. kalau begitu, apa bezanya dengan
g'day,
how is it going
atau
good morning
kiwi2 di atas?

jangan lupa: pastikan niat bersalam tu ikhlas. bukan nak duit ke, belanje ke atau yang sewaktu dengannya. jadi sumber dosa kita la plak :D

selamat beramal!

p/s: asyik melayan lagu rabbani, kerlipan cinta.

Friday, July 10, 2009

ceritera dari utara


penerbangan kami ditunda 15minit. aku bersila di hadapan Amir. membuka kitab catatan yang berbaki 10 muka lagi kosong sebelum bertemu kulit tebalnya. sudah sampai menambah teman perjuangan yang baru.

'rasa banyak benar kekurangan ilmu dalam diri', Amir memecah sunyi antara kami. program kali ni di Auckland. menimba ilmu mempersiapkan diri.

aku mengakui kekesalan amir. di kala sahabat2 menjawab satu persatu

10 sifat seorang muslim yang unggul,

aku dan amir termangu sepi. tidak mampu menyampuk mahupun menggoreng satu pun dari kata2 mereka. seolah kami dari planet lain, memandang dan meneliti gerak geri manusia sekeliling. terasa ilmu pengetahuan itu sangat penting dan perlu di kala itu.
ceteknya ilmu di dada.
sampai aku dan amir terdiam bodoh.


apa niat aku ke mari?

kerana seorang kenalan yang sangat banyak membantu dalam memulakan langkah dalam perjalanan dakwah?
atau kerana ingin mendengar dan belajar dari ustaz Lokman Awang, yang terbang dari Malaysia menyampaikan ilmu dan berkongsi pengalaman. aku menimbang sendiri.

dalam setiap perbuatan kita, niat itu yang paling penting. mengapa sebenarnya kita melakukannya. ke mana arah sebenar perlakuan kita?


status?

populariti?

harta?


'boleh ke kita bawak tanggungjawab ni, bro?' aku mengaju soalan.

'insyaAllah.. kita sama-sama kena usaha', balas amir, bersungguh.

lain benar rasanya kembali kali ini. rasa berat.

mengapa perlunya aku melakukan semua ini? mengapa aku harus bersusah payah berhutang untuk ke mari? apa yang harus ku lakukan selepas ini? adakah mampu aku melaksanakan apa yang aku pelajari di sini? atau aku hanya akan kembali, mengurung diri seperti biasa, melakukan kerja sendiri di dalam bilik?


program di Auckland ini banyak dipenuhi dengan ceramah
Ustaz Lokman Awang.
membicarakan kepentingan surah Al-'Asr dan surah Al-Fatihah dalam kehidupan. kepentingan da'wah fardiyah dan cara-caranya.
banyak.
ilmu yang menimbun di tangkap dengan pena yang sudah lali menari pelbagai tarian di atas buku 'executive' berkulit tebal yang aku beli di malaysia tidak lama dahulu.


aku sudah memasuki satu era baru. daerah baru. daerah yang aku perlekehkan selama ini. siap kutuk sakan di belakang mereka yang menjalani jalan ke daerah ini. sekarang, baru aku jelas senyum dan anggukan mereka tatkala diterjah bahasa kasar dari sahabat yang mengutuk perjuangan mereka.


baru jelas ke mana perjalanan ini sebenarnya. perjalanan menuntut pengadilan dan pembelaan agama yang sudah berlansung lebih 80 tahun. semenjak 1924. semenjak kejatuhan kerajaan kita, kerajaan yang memberi keadilan pada mereka bernama Muslim.


pintu ke kapal terbang di buka. wanita yang menolak daun pintu itu meladeni senyum manis untuk para penumpang yang sabar menunggu penerbangan yang ditangguh. alangkah manis andai dia mengetahui andai senyumnya itu hanya untuk dunia, tidak di akhirat andai tiada kunci syurga di dada.


aku mengangkat beg dan melangkah. amir menyusul. menuju ke daerah perjuangan. mudahan kekal semangat ini. bukan untuk disimpan di dalam bilik.


itu yang pasti.

Thursday, June 18, 2009

siri khutbah

salam alaikum..
"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya],"
Al-Jumu'ah: 9

kali ni, aku bercadang nak menulis mengenai khutbah yang disampaikan pada setiap minggu. best gak nak menyampaikan isi khutbah ni. sebab leh bagi aku motivasi untuk terus segar dalam mendengar khutbah setiap minggu. haha..

kutbah hari ni disampaikan oleh saudara Ainan.


antara lain isi dalam khutbah dia adalah sikap
komitted dan dedikasi
.
ini adalah salah satu ciri bagi student yang berjaya: membuat kerja dengan dedikasi dan komited. dalam setiap orang terutamanya orang islam itu sendiri, mestilah menanam mentality
'do the best'
dalam apa jua yang dikerjakan.

aku teringat kata2 napee semalam. kalau kita bersungguh dalam melaksanakan suatu bende, pasti kita akan merasai kepuasan andai siap perkara yang kita kerjakan itu. insyaAllah...

macam berda'wah.
peranan da'wah itu yang menyebabkan kehadiran kita di situ berharga berbanding dengan benda2 lain, macam bersukan mahupun berpesatuan. kalau kita hanya datang di sini dan mengaut segala jenis pengetahuan
dan
kembali dengan membawa segulung ijazah, pasti ia sama sahaja dengan belajar di tanah air atau di mana2 sahaja.

pengalaman membantu dan menyuburkan agama di tempat kita belajar, pastinya satu pengalaman yang berbeza. pasti ada kepuasan dalam perkara ini kerana ia adalah saham kita di akhirat kelak.

kepuasan?

kalau dikira kata2 dan tohmahan dari mulut mereka yang tidak memahami perjuangan ini, disusun satu persatu, pasti tidak mampu melawan kepuasan andai kita dapat melihat suasana kebaikan itu ada dikalangan sahabat2 kita.

itu belum lagi dikira kepuasan di alam yang seterusnya :D

dalam khutbah hari ini juga, saudara Ainan menyebut satu hadith:
Allah subhanahu wa ta'ala hanya menerima kebaikan
(hadith kudsi).

jadi, perlunya kita dalam memperbaiki attitude kita dalam bekerja dan juga belajar. salah satu contoh yang diutarakan adalah memegang janji. kita sudah di-cop sebagai golongan yang tidak menepati janji, terutamanya dalam janji
ketepatan masa.
janji nya sejam yang lalu, tapi hampeh. termangu duduk orang yang dijanji di situ. bila sampai kat tempat tu, dengan muka selamba melemparkan kata maaf. seolah masa yang di bazir tadi tidak punya nilai apa-apa. kalau main Dota tadi, sejam tu da brapa banyak round da leh main. hehe.. biasa orang cakap,
janji melayu.

jadi, marilah kita sama2 meningkatkan level komitmen kita dalam apa jua yang kita kerjakan. pegangi janji selagi ia mampu dilunaskan.

mudahan kita termasuk dalam golongan yang beruntung, insyaAllah.

Wednesday, June 17, 2009

sebesar zarah


bermula dengan bangun pagi, solat subuh, bersiap ke kelas kemudian berkelas. habis kelas, balik rumah, makan,solat zohor dan asar. malam, lepas maghrib yg terkadang 5 minit nak masuk isya' baru nak terhegeh membentang sejadah. isya'. main game jap, tak pun tengok muvie sepam, buat tutorial siket, pastu, tidur. habis satu hari.

esok?

lebih kurang ah.. lain ckit kalo weekend. tidurnya lebih sikit. hehe..


jadi, kalau di tanya, apa benda paling best yang anda buat hari ni?

takkan nak jawab:

bungee jumping!
(walhal seharian dalam bilik).


tak pun:

membantu membersihkan padang di sebelah blok F, aspura rumah anak yatim jalan tunku abdur rahman!
(walhal dudok kt rumah dari seawal matahari menjenguk dunia sehingga kembali ia beradu di ufuk barat).


apa benda yang paling best?

ramai yang mentafsir benda yang paling best adalah benda yang menyeronokkan.
sudah tentu! tapi ada lagi benda yang lebih menepati maksud frasa 'benda paling best' itu, lebih gembira! xpercaye?


dalam seharian hidup kita, kita boleh menjadikan ia satu ibadah. 24 hours, 7days a week, non-stop. bermula dengan bangun pagi, mandi, makan, urusan jamban, sehingga la ke tidur: andai ia di niatkan kerana Allah. kadang2, apa yang kita buat seharian, dilakukan semata-mata kerana rutin. pejam mata pun still leh buat. tp kan lebih elok kalo kite boleh mendirectkan apa yang kita buat kerana Allah. pasti, walaupun berjalan melangkah ke kelas, dikurniakan rahmat dan balasan kerana apa yang dilakukan adalah satu ibadah. heee.. :D

kan best tu?


tapi kadang2, kita meragui, cukup ke amalan kita buat untuk dikira oleh-Nya nanti? macam membasuh gelas yang dipakai untuk minum, even senyum kat kawan kita. benda2 yang remeh. tapi kalau buat jahat, meniru jawapan untuk kerja rumah ke atau membuang pembalut gula2 dengan selamba merata-rata, tidak pula difikirkan saiz dosanya.

dalam surah al-Zalzalah, Allah swt berfirman:

maka siapa yang berbuat kebaikan walau sebesar zarah, maka akan dilihatnya (dalam kitab amalannya).

dan siapa yang berbuat kejahatan sebesar zarah. maka akan dilihatnya (dalam kitab amalannya).

[surah a;-zalzalah: 7-8]

jadi Allah swt akan mengira walaupun sebesar mana perbuatan kita, tak kira baik mahupun buruk. walaupun sebesar zarah.

zarah tu adalah unit asas dalam pembentukan sesuatu jirim.
jirim pulak adalah benda dari sebesar KLCC sehingga-lah sekecil virus H1N1, termasuklah cecair dan juga udara, macam debu dalam jerebu.
zarah adalah atom, molekul dan juga electron. saiz terkecil bagi zarah adalah : <10
−15 m. sangatlah kecik. tapi itu tetap juga dikira oleh Allah.

jadi, niatkan apa yang kita kerjakan. setiap amalan yang baik itulah perbuatan terbaik kita, paling best! ia pasti akan dikira dalam kitab amalan kita nanti. best kan? selamat dunia akhirat.
insyaAllah!


nah.. apa aktiviti paling best anda buat hari ini?


selamat beribadah dalam hidup seharian!

Monday, June 8, 2009

cerita Hanafee

petang kuliah itu tampak meriah. ramai yang datang. bagus. tapi agak mengecewakan bagi kaum adam. hanya sekelumit yang mampu menghadirkan diri. kaum hawa pula sudah selesa menawan 3/4 bilik itu. memang menarik perbincangan kali ini: surah al-bayyinah. surah bukti. simbol bahawa islam itu buka hanya pada teori dan hujah2 yang pada pandangan kaum orientalis yang tidak pernah berpuas hati dengan kesempurnaan, kesyumulan dan sifat menyempurna yang ada pada agama benar ini. ada sahaja tohmahan dan terjahan melulu yang tidak berasas dilontar oleh mereka. islam itu terlalu konservatif, tidak menepati cara hidup moden dan sebagainya. ludahan penuh sisa kejahilan orientalis ini terus menerus memenuhi dada akhbar yang turut sama menjahanamkan nama agama suci.

hanafee menghela nafas panjang, termenung seketika. matanya tenang mengorbit muka pendengar setia. sesekali matanya dipejam, dikelip beberapa kali, mencari dan mengikat ilham yang ligat melantun di dewan minda. lidahnya menjenguk, melewati bibir yang kering. ternyata wall heater bilik itu menjalankan tugasnya dengan baik, hingga kering bibir dibuatnya. hanafee membelek helaian buku hijau di hadapannya. tersenyum, dia melepaskan pandangan tenang pada audien yang sudah lali mengisar punggung, termangu menunggu.

'baik, itu part yang pertama', ujarnya memecah sepi yang memeluk suasana. audien yang sudah jauh berkhayal, kembali segar memasang telinga. pen di tangan belum puas menari. 'sebelum menyambung ke ayat yang seterusnya, saya teringat satu cerita mengenai seorang barber, tukang rambut-lah kalau dalam bahasa melayunya', dia mencuba menaikkan fokus para pendengar.

'begini ceritanya. ada seorang tukang rambut di satu bandar, terkenal dengan kehandalan beliau dalam menggunting rambut dan juga merapikannya. sedang dia menggunting rambut seorang pelanggan, dia mengomel dan berbicara hal ketuhanan pada pelanggannya:

*gambar hiasan

'tuhan itu tidak ada. kalau tuhan itu ada, pasti dan pasti tiada kedukaan, penderitaan di muka bumi ini. nah, cuba saudara lihat di luar sana. banyak sekali kesedihan di muka bumi ini. andai tuhan itu ada, masakan ada kesedihan? tuhan tidak menjalankan kerja dia la!', keluh si barber, menyentak si pelanggan dari lamunan. si pelanggan melirik barber, seraya tersenyum kambing. matanya dikecilkan, seolah gembira mendengar keluhan hati penggunting rambutnya.

helaian rambut terus gugur, menghias lantai jubin hijau kedai. gunting mengigit lagi.

si pelanggan senyap sehingga siap kerja si barber. bayaran dilunas, si pelanggan tersenyum kambing lagi, sambil menghayun langkah, keluar dari kedai. si barber masih mengomel, mengeja kesusahan dalam kamus kehidupan.

di hadapan kedai itu, duduk seorang pengemis. kusut rambutnya, panjang mengurai. janggut dan misai lebat menutup muka. pada matanya, terlukis jelas potret sayu, menagih kasih dari yang sudi. si pelanggan terus menggapai tangan si pengemis, menariknya terus ke pintu depan kedai si barber.

dada si pelanggan berombak, mengepam udara.

'wahai penduduk sekalian!', jeritnya kuat, menarik perhatian umum. sunyi seketika bandar itu. terhenti dek jeritan mengejut si pelanggan. berpusulah orang ramai merapati si pelanggan. 'ketahuilah, di bandar kita ini tidak ada penggunting rambut!', lontarnya. si barber menghempas pintu di belakang beliau, terkesima dengan kenyataan yang meluncur lancar dari bibir si pelanggan. sambil kemas menggenggam gunting di tangan, si barber membantah. 'habis, siapa yang menggunting rambutmu seketika tadi?'. merah mukanya, menahan amarah.

si pelanggan membiar si barber. 'kalaulah ada penggunting rambut di bandar ini, nescaya tidak akan ada insan seperti pengemis ini', ujar beliau, lansung mengangkat tangan si pengemis. si pengemis hanya terpinga, gagal mentafsir situasi. dia hanya membiar diri dibuli, sudah lali mungkin.

'memanglah dia akan jadi begitu. andai dia datang padaku, meminta pada ku agar dikemas rapi rambutnya, pasti ku lakukan, malah misai dan janggutnya jua pasti ku hias!', si barber tanpa silu mematah kata si pelanggan.

si pelanggan tersenyum lebar. nampak barisan gigi yang putih, menatah bibir yang kemerahan. 'nah, begitu jua halnya tuhan. andai manusia itu datang pada-Nya, meminta pada-Nya, pasti tiada lagi kedukaan, kesusahan, kusut dan menjerut seperti rambutnya si pengemis ini', sambut si pelanggan lembut, sambil menatap tepat muka si barber.

'sebagai hamba, kita perlu kembali pada-Nya, memohon pada-Nya. bukan Dia yang tidak membuat kerjanya, namun hamba-hamba-Nya yang sombong, menafikan kewujudan tuhan', rumusnya.

hanafee melunjur sedikit, mengurang penat di kaki. senyum mekar di muka, sambil mata disepet, menambah manis. para pendengar mengangguk setuju, memutar kembali cerita di minda. pen terus gelek. masing-masing tersenyum. hanafee mengitar pandangannya. semua nampak ceria dan gembira dengan cerita yang baru selesai; sisipan kuliah tafsirnya. ada yang ketawa kecil. audien sudah sedia menerima suapan seterusnya, bisik hanafee sendirian.

'okeh. kita teruskan dengan ayat seterusnya'.

Sunday, May 31, 2009

batu dan permata

aku ingin bercerita satu kisah mengenai batu permata. permata asalnya adalah juga batuan yang sama di tepi jalan. akan tetapi, dengan adanya tindak balas kimia dan proses pengerasan dan pelembutan yang berulang-ulang berjuta tahun lamanya, batu biasa itu bisa jadi batu permata, namun bukan di tepi jalan lagi tempatnya.

nak dijadikan cerita, ada seorang budak ingin menukar batu di tepi jalan menjadi permata. moga kelak senang dia andai mampu mebuat cincin ber-permata dengan batu itu, andai ia menjadi permata. bapanya hanya tersenyum mendengar impian anak.

maka batu itu terus digilap dan digilap setiap hari. permukaan batu yang dulunya kasar kini sudah berubah licin. budak itu bertambah yakin bahawa satu hari nanti, batu itu akan dia tatah diatas cincin emas bersulam perak, berguna padanya kelak. maka, semakin tekunlah dia menggilap dan menggilap batu itu. bapanya hanya jadi pemerhati.

sudah menjadi resam dunia, suatu permukaan itu akan kepanasan andai digesel selalu dengan geseran. dijadikan cerita, jari budak itu suatu hari melecur atas kehangatan batu yang rajin digosoknya. maki hamun, sumpah seranah keluar lancar dari bibirnya; mengherdik batu membakar jarinya. namun, reda marahnya, batu itu dikutip kembali dan digilap kembali, bersinar kembali.

hati manusia mana yang tidak tertarik pada permata yang sudah sedia ada, jauh lebih cantik dari batu yang ada di tangan. budak itu jua manusia. maka larilah ia kepada bapanya, melontar batu ditangan, memohon agar duit diberi, mampu membeli. bapanya hanya tersenyum lalu berkata:


'anakku, belum sampai masanya kau bermain dan memegang permata yang sebegitu halus dan cantik buatannya. pasti Tuan batu itu sangat gembira dengan batu itu, kerna ia memenuhi kehendak dan citarasa Tuan-nya sendiri. itu sudah pasti.

tapi anakku, bukan mudah untuk kau memiliki cincin ber-permata seperti impianmu, andai bukan pada cara dan arah yang betul. masakan batu itu boleh ditatah andai tiada gam dan caranya yang tertib. bukan hanya mengilap batu, sehingga melecur jari kerna panas gilapannya.

masih banyak yang perlu kau perlajari. andai mudah batu itu digilap menjadi permata, pasti sudah ramai bahagia dengan cincin dan batu buatan sendiri.

binalah cincin itu dengan cara yang betul. mari, biar ayah tunjukkan.'

budak itu hanya menangis, memarahi diri yang membuang masa dengan menggilap batu.

moral:
batu dan permata itu umpama wanita, cincin itu umpama perkahwinan. andai ada batu yang lebih baik, batu di tangan dibaling jauh-jauh: janganlah begitu. maka, berbahagialah mereka yang membina cincin berbatu dengan cara dan tertib yang betul. Tuan mana yang tidak suka permata yang dijaga elok elok dan cincin-cincinnya yang cantik? Pasti jua seperti Tuhan, suka pada mereka yang menjaga dalam perhubungan dan menjaga perempuannya yang baik-baik :)

nah.. bukankah itu lebih baik?

Friday, May 29, 2009

menusuk..

aku sepatutnya, sewajibnya sekarang menulis report untuk assigment design aku yg tinggal 3 hari lagi untuk disiapkan. tapi tangan ni naik gatal la nak click2 link2 dalam iluvislam tuh..

masalahnya: COUPLE

ni satu article yang sangat menarik perhatian aku. sedap dibaca, pedas dihati. mudahan dapatlah dikongsikan bersama, terutamanya para da'i di Canterbury ini.

begini artikel dia:

Cinta Remaja Dakwah.
Sebagai seorang pensyarah di IPT yang bergelar ustaz, penulis mempunyai peluang yang menarik untuk bercampur dengan para pelajar yang menempuh zaman muda belia mereka. Pelbagai masalah, isu dan juga pengalaman yang mereka bawa untuk dibincangkan. Antara perkara yang sering dibawa berbincang ialah persoalan cinta. Alaf yang serba unik telah menyaksikan bagaimana para remaja dan belia dakwah tidak dapat lari dari fenomena cinta. Menariknya, cinta yang mereka alami ini telah di"Islamik"kan seperti mana bank-bank, institusi-institusi kewangan lain diislamkan. Maka timbullah istilah "Cinta Ukhuwwah". Ayat-ayat dan hadis-hadis sering dijadikan alat untuk menjustifikasikan apa yang dilakukan. Menarik lagi gejala ini menular di kalangan mereka yang berkopiah, berserban, bertudung litup, naqib-naqibah usrah dan mereka yang menggunakan ganti nama "ana - anta dan ana - anti".

Sms,Yahoo Messenger, email dan lain-lain kemudahan perhubungan era ICT telah menjadi penghubung utama cinta "anta-anti" ini. Ia lebih selamat, kerana tidak perlu berdating seperti pasangan yang tidak Islamik. Tidak perlu membazir tambang teksi, tambang bas dan juga membazir membeli kertas kajang berbau wangi dan dakwat yang berwarna-warni seperti mana halnya anak-anak muda lain yang jauh dari arus kebangkitan Islam. Bermula dengan kata-kata tazkirah, berakhir dengan ikon senyuman, teddy bear dan kadang-kadang gambar wanita bertudung.

Malah ada yang menjadikan kehadiran di seminar-seminar, kursus-kursus dan juga wacana-wacana ilmiah sebagai peluang untuk berjumpa. Bagi yang aktif berpersatuan pula, mesyuarat-mesyuarat dan aktiviti-aktiviti persatuan sering menjadi medan pelepas rindu. Alahai...kreatif betul anak-anak muda dakwah alaf baru ini.

Fenomena yang berlaku ini dimeriahkan dan dikosmetikkan lagi oleh nasyid-nasyid Melayu yang berpaksikan cinta muda-mudi. Klip-klip video nasyid pun, tajuk-tajuk yang bombastik berbau cinta asmara. Hakikatnya, fenomena cinta "anta-anti" ini semakin ketara dan semakin rancak. Ada yang berakhir dengan perkahwinan, dan ada juga yang kecewa di pertengahan jalan, dan tidak kurang juga yang telah menjerumuskan kedua-dua pasangan ke lembah maksiat. wal'iyadhubillah. ..

Salah Faham Ukhuwwah fillah
Teringat juga penulis kepada satu fenomena apabila seorang siswi datang mengadu dia diusik oleh Pak Lebai. Bukan sekadar sms, kad ucapan hari lahir, kad hari raya, malah sejambak bunga ros di hari lahir juga telah dikirimkan oleh Pak Lebai tersebut.

Tidak tahulah penulis apakah tanggapan masyarakat terhadap fenomena seumpama ini. Yang pasti di setiap kad, sms dan di jambangan bunga tersebut terukir kata-kata "Ukhuwwah fillah kekal abadi..".sekali lagi makna ukhuwwah disalah gunakan.

Satu kes yang lain pula, seorang siswa meluahkan kekecewaannya apabila dihampakan oleh seorang siswi yang satu "jemaah" dengannya. Beliau tidak sangka setelah berpuluh-puluh minggu mereka bertukar-tukar sms dan tazkirah melalui email, akhirnya siswi tersebut bertunang dengan orang lain yang juga satu "jemaah" dengan mereka.Aduh. .lagi hebat daripada filem "Love Story" yang pernah popular di tahun-tahun 70'an dahulu. Yang pasti, sekali lagi tema "ukhuwwah fillah" menjadi "camouflagde" ke atas perhubungan antara dua jantina yang ada kesedaran Islam ini.

Dalam satu insiden yang lain pula, seorang siswi pernah meminta pendapat penulis. Seorang seniornya yang sedang menuntut di dalam IPT yang sama dengan beliau telah bersungguh-sungguh melamarnya. Walaupun telah ditolak lebih 20 kali, namun si teruna terus melamarnya juga.

Sekali lagi slogan "ukhuwwah fillah" menjadi lapik dan dijadikan bahan ugutan. Jika si siswi tadi menolak lamarannya, maka hatinya akan hancur, dan ia bertentangan denga mafhum hadis tadi. Oleh kerana bersimpati dengan si senior tersebut, si siswi terpaksa menerima lamaran itu. Menarik bukan "trend" percintaan golongan anta-anti ini.

Seorang siswa juga pernah meluahkan kemarahannya ke atas naqib usrahnya di bilik penulis. Mengapa tidak, tatkala di dalam usrah, berkepul-kepul dalil dan fikrah yang dibawanya. Sampaikan ketika pertukaran ke usrah lain, si naqib meminta siswa tadi agar berbai'ah untuk kekal di dalam perjuangan dan tidak menyertai jemaah lain. Sayangnya, di dalam perjalanan balik kampung, siswa tersebut nampak sang naqib berjalan berpegangan tangan dengan naqibah sekelas mereka...ini yang paling menarik.Lebih hebat lagi, kedua-dua mereka lengkap dengan aksesori berkopiah dan bertudung litup. Jika di zaman 70'an dahulu nescaya apa yang dilakukan oleh sang naqib dan naqibah tersebut bakal menerima cop "kafir" dari pendukung gerakan dakwah yang lain.

Di satu sudut yang lain pula, seorang siswa yang sering menceritakan kehebatan "Abuya"nya kepada penulis, juga tidak dapat lari dari fenomena cinta anta-anti ini. Penulis amat kagum dengan siswa yang sering muncul dengan baju Melayu berkancing dan juga songkok berwarna-warninya ini. Matanya yang bercelak sahaja sudah cukup untuk rakan-rakan yang lain hormat kepada beliau. Sayangnya atas takdir Allah, ketika penulis berkunjung untuk menziarahi beliau, penulis ternampak gambar seorang Muslimah menghiasi desktop komputer peribadinya. Ditanyakan sama ada itu adik, kakak ataupun emaknya atau mungkin neneknya, beliau menafikan. Beliau terpaksa mengaku bahawa itu adalah "kawan"nya. Yang hebatnya, tertulis di sebelah keayuan wajah gadis tersebut "Ukhuwwah fillah membawa ke Jannah".

Persoalannya, adakah fenomena ini sihat? Adakah ia sudah cukup islamik? Atau penulis yang ketinggalan zaman sehingga naif terhadap trend muda mudi masa kini? Ataupun fiqh Islamiyy juga perlu diubahkan untuk disesuaikan dengan perubahan semasa. Di dalam artikel yang terhad ini, penulis tidak berhajat untuk memberikan hukuman mahupun pandangan terhadap fenomena yang menarik ini. Biarlah para pembaca membuat penilaian mereka terhadap "sihat" atau tidak sihatnya budaya ini. Semoaga ada di kalangan pembaca yang akan dapat memberikan pandangan yang rasional serta boleh diwacanakan.

best? teringat kt member yang selalu berpesan dan mengingat pasal kebaikan, tapi bercouple? aku sendiri terpercik lumpur itu.

kepada pendakwah sekalian.. jangan sampai kita jadi fitnah agama kita. fikirkanlah sendiri..

bak kata kawan aku:
takde gune pakai anta-anti
tapi perangai cam babi.
tegur orang,
tapi dalam diri, setan bersarang.


nah.. ape kata anda?

p/s: majied, buat assigment tu! udah g main dengan Gaban tu.

Thursday, May 28, 2009

haru exam

di dalam kesibukan menghadapi exam yang bakal menjelma 2 minggu lagi, aku selalu meluangkan masa membaca blog rakan-rakan sesama Canterbury dan juga sesama New Zealand.

sebelum sem ni berakhir, ada:
1
design asignment,
2
lab report
dan 2 homework mingguan
yang kene disiapkan. mudahan tenang hati ini menempuh alam exam itu nanti. banyak nak kene study ni :(


jadi untuk minggu exam yang mendatang, aku ada satu bende nak kongsi. bende ni memang tak best la kalau nak citer. tp bende ni selalu jugak la berlaku. so, rase nya perlu gak la disebut. sebab diri ini pun selalu gak wat.


__________________________________________________________________

solat

dari Napee(bukan nama sebenar) berkata: wahai Majied, nanti sampai satu masa akan datang satu kaum di kalangan kamu yang kuat ibadahnya, sering ke surau @ prayer room, meskipun sejuk membeku dan angin kuat berkitar di sekitar alam. kuatnya ibadah mereka seolah tiada lagi esok bagi mereka. jelasnya sebutan dalam bacaan solat mahupun al-Qur'an mereka seolah berbicara pada orang yang pekak lagi tuli. maka ketahuilah, masa itu, masa EXAM.
__________________________________________________________________

bila dipikir balik, memang bagus adanya minggu exam ni. suma jadi pious. Alhamdulillah. solat zuhur yang selalunya dalam 20 orang jemaah, meningkat kadang-kadang melebihi 153.725%. subhanAllah!


cuma yang tak best-nya, masa tu je la sume orang rajin dan kuat ibadahnya. apa kata, tahun ni, kita ubah ckit cara hidup kita. kuat beribadah bukan kerna esok ade paper 80% mahupun 5% sekali pun.

solat kita bukan kerana exam, ye sahabat sekalian.
ikhlaskan diri kerana Allah. biar nanti kita tenang dalam menempuh exam itu. biarpun exam tu berat, lagi memeningkan tapi kalo kita leh cuba berkomunikasi dengan
THE EXAMINER

of 'the examiners' dengan lebih ikhlas dan konsisten, insyaAllah,
PEMEGANG HATI

examiners dan juga diri kita akan memudahkan kita lulus dengan jaya nya nanti.


dan kejayaan itu adalah kejayaan dalam agama. kerna kita telah berjaya menjalinkan hubungan baik dengan Nya dan juga berjaya dalam pelajaran; salah satu tuntutan dalam Agama.


nah, bukankah itu sudah bagus? :D


Lillahi Ta'ala..

p/s: terharu membaca post seorang sahabat. syukran, ya 'ibu'.

Monday, May 25, 2009

dilemma


aku ingin jadi insan berjasa.
aku ingin jadi insan berguna.
mudah memberi dan mengajar.


namun aku tidak mampu mengubah diri yang hina.
aku terlekat antara mimpi dan nyata.
aku mengharap pada manusia.
meminta pada manusia.
sedang aku melupai, aku punya Dia yang Maha Mendengar.


aku tersekat antara lampau dan kini.
semuanya datang kembali.
mengejar aku dengan parang dan kapak, sedia membelah aku, biar bersegi.
biar dapat ku pilih cinta dan cita.
dapat ku puaskan hati ini dan hati mereka.
biar semua ketawa bahagia, sedang aku menderita sengsara.


namun aku hanya peminta sedekah di tepi jalan.
berdoa suatu hari memandu mercedes tanpa silu dan segan.
berharap pada apa yang dilempar padaku.
terkadang terkena kepala,
terkadang tajam menghentam dada.
bukannya mereka mengerti. aku yang tersepit.
di tengah dilemma diri yang kian menghimpit.


Ya Allah.. bantulah aku.
tunjukkan jalan yang benar bagiku.
agar tenang daku sebagai pengemis.
pengemis yang senang mengajar jua memberi.

Saturday, May 23, 2009

bodoh!


Daripada Abu Abdullah al-Nu’man ibn Basyer r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya.

Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.

Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkaraperkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.(riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.)

haram.
kau telah melakukan satu dosa. kau langsur tidak khuatir, malah tidak berfikir, macam lembu saja merempuh masuk pagar orang. apa kau tidak punya otak sihat lagi, makhluk bodoh?

melangkah masuk ke daerah orang lain. kau telah memasuki daerah orang lain. bukan sahaja memasuki, malah cuba menguasai kawasan itu. tanpa izin tuan yang empunya tanah itu. memang patut diusir kau dari kawasan itu. diusir jauh moga kau tidak kembali. akan dipatah dan diremukkan kaki moga tidak kau melangkah, merangkak ke kawasan itu lagi.

tapi kawasan itu tak bertanda?

bodoh lagi bangang! kawasan itu ada pagar kan?
hei budak jahil, ketahuilah ada benda yang perlu kita rahsiakan. sampai masanya kelak, baru kawasan itu diisytiharkan menjadi milik orang, dibeli orang. yang kau cuba takluki itu kawasan syubhat. mengapa kau tidak berfikiran begitu?

tanah itu, tanah suci. tanah yang sedia memberi demi agama. masakan tanah itu tidak dijaga pemiliknya? pemiliknya pasti sayang akan tanahnya. apatah lagi dari penakluk hingusan macam kau. fikir, majied! fikir!

apa niat kau kemari, hingusan? kerna tanah ini? kalau kerna tanah ini, sia-sia usahamu. belajar lagi, bangsat! jauh beda mu dengan pemilik tanah ini. jauh sekali.

kembalilah ke tanah asal mu. betulkan niat mu. betulkan arah langkahanmu. jangan semborono melompat pagar tanah orang. bodoh namanya. tidak kenal erti batasan.

lari, kau!!!

jangan kembali lagi ke sini,

majied yang bodoh!!!

p/s: rahsiakanlah.. jangan perlu dibisik, disiar.

Monday, May 18, 2009

salam, Salam

hujan pagi ni seakan memahami hujan di hati. meskipun gerimis berisi ais2 kecil menghentam cermin depan kereta panduan Zafran, hati ku sudah banjir dengan ribut berisi salji melebat. pandangan sudah kabur di alam nyata, jelas di awangan. mengitar kembali lipatan memori yang hangat lagi terang sinarnya.

'assalamualaikum ustaz. sy majied', ujarku sambil menatap wajahnya.

salam berbalas.

'oh ini ke majied yang disebut-sebut itu?'. berseloroh, fikirku.

aku hanya tersengih, menafikan. tangan dilambai, menolak terjahan kata yang tidak ku akui kebenarannya. ustaz terus tersenyum.

mungkin aku kedengaran obses dengan ustaz, tapi sebetulnya, aku mahukan kata kata yang boleh menyedarkan aku dari tidurku. obses itu kata yang jahat, bagiku. seolah aku tidak mahu melepaskan walaupun sesaat, berjauhan dengan ustaz. bukan senang nak mendapat sumber yang boleh menjana keimanan.

kesian Hanafee, kerna kekurang sehatan atas eksiden yang tak disangka, tak leh nak melanjutkan masa bersama ustaz. nanti akau kongsikan bersamamu, teman. teman yang akan kurindui setelah kembalinya ke Malaysia nanti. adeh.. sedih ni.

ramai da nak lari, balik ke pangkuan. rasa menyesal tak menambah ilmu dengan sumber yang sudah terbungkang, terlentang di depan mata. Brother Omar pun da nak balik ke Mesir. seronok melihat orang yang berfiqrah berbicara dengan gembira selepas subuh, pagi ni. diskusi brother Omar dan ustaz, menggoda telinga memasang dan menterjemah (walaupun tak paham pape) dialog international ni. ye la.. dua2 fasih berbahasa arab. bukan arab biasa. arab dialek mesir! gembira! sebab Allah mentakdirkan aku menjadi penghubung mereka, bertemu di common room, meskipun untuk masa yang singkat. kenangan sepanjang hayat, aku labelkan di dalam hati.

hanafee, mudahan cepat sembuh.

moga ustaz kembali lagi ke mari, bersama kami.

salam, ustaz Salam..

p.s: aku sentiasa mengaminkan doa mu

Saturday, May 16, 2009

Tuhan Manusia

'andai kota itu peradaban,
rumah kami adalah budaya, dan menurut ibu, tiang serinya adalah agama'

faisal tehrani, Tuhan Manusia


inilah buku yang sedang ditatap oleh saya. menceritakan perjalanan hidup seorang pelajar yang mencari erti dan memahami 'Pluralisme Agama' atau lebih dikenali dengan jolokan Islam Liberal yang kian popular kini. banyak sumber yang menceritakan perihal mereka yang
menggabungkan agama
dan mengindahkannya dengan sentuhan
logik akal

yang terbatas.


Al-Islam

adalah salah satu medium pergerakan mereka ini (sangat popular dalam iklan buku Mastika). Ini adalah dari sumber seorang sahabat yang turut mengutarakan kebimbangan dalam gerakan mereka yang suka
menambah,
memilih

dan
mengubah
agama
mengikut cita rasa dan sedap jiwa masing-masing.
mendalami buku ini memang menarik. banyak ilmu boleh ditoreh, banyak persepsi boleh diolah dari kepelbagaian sudut pandangan yang dibawa oleh penulis.

p/s: banyak buku tapi pengurusan masa pembacaan yang kurang teratur menjadikan buku hanya hiasan di meja tulis :(

Tuesday, May 12, 2009

niat

Ahad tu, seperti biasa aku akan join usrah dengan brother Omar. Alhamdulillah.. dah lama tak jumpa membuatkan pertemuan kali ni menarik. walopun hanya sekadar 1 jam sahaja di luangkan dalam pengisian ilmu, banyak benda yang aku dapat.

pertamanya, bagaimana menjadikan seharian hidup kita sebagai satu ibadah? jawapan brother Omar senang je: mulakan semua pekerjaan yang dilakukan seharian tu, seperi makan ke, berak ke, jenjalan ke, belajar ke ikhlas kerana Allah swt. mudahan apa yang dikerjakan itu dikurniakan dengan ganjaran yang sepadan dengan nya.

keduanya, jangan jadi sekularist dalam kehidupan kita. andai semua benda dipisahkan dengan amalan mahupun ibadah, maka segala usaha untuk mengerjakan ibadah akan menjadi payah. contohnya kalau petang tu ada kelas mahupun lab yang panjang, maka solat itu menjadi payah kerana waktu lab mahupun kelas seolah-olah tidak mengizinkan. tetapi andai kita tak jadi sekularist, maka urusan beribadah boleh saja dilaksanakan di mana2. jangan pulak smpai menjama'kan solat pada masa yang tidak sepatutnya. seminggu sahaja dah ber-kali2 jama'nya. susah gak tu. macam makan pil. kalo tak sabar nk sehat, leh je makan 30 bijik sekali andai prescription ubat cakap ubat tu cukup untuk sebulan. natijahnya, insyaAllah sakit tu akan hilang, sekali dengan jiwa dan raga.

jadi, janganlah mengatakan ibadah itu susah. sedangkan agama itu tidak pernah menyusahkan penganutnya. hanya penganutnya yang menyusahkan diri sendiri kerna kurangnya kefahaman dan ilmu di dada mengenai agama, termasuklah saya :D

jadi, bak kata incik Napee, sediakan sedikit masa dalam hidup seharian untuk mentelaah buku mahupun ilmu agama. mudahan ia mampu membuka hati dan minda seterusnya memudahkan urusan kita kelak. insyaAllah..

p/s: manyak keja nak wat. tapi hepi sebab orang yang berhak dah mendapat 'kerusi'nya. memang berbaloi mesyuarat bawah pokok :P

Saturday, April 25, 2009

musik

ku kira, mendengar lagu adalah satu hobi yang menarik. walopun aku suka dengar orkestra, aku layan gak lagu2 lain. bukan lagu la.. musik. menarik. sebab ada masa aku terasa ingin mendengar satu benda yang boleh menenangkan jiwa.

jumaat lepas, aku ada pinjam CD dari uni. best! sebabnya CD ni free! aku da rip da.. haha.. tapi tak menepati rasa la.. aku pinjam CD Mozart. haha.. aku rip je la..

nasib aku ada IDM yang mantap! aku leh download musik2 ni dari esnip.com dengan sukahati. alhamdulillah.. sekarang aku ada koleksi lagu OST Nodame Cantabile!

p/s: mendengar sambil belajar.. boleh kot membantu :P

Friday, April 17, 2009

zalim

aku rasa tajuk ni memang berpadanan dengan post kali ni. zalim terhadap diri sniri. idea yang tercetus slepas aku berbicara di alam maya bersama si dia. lama rasa nya aku tak menulis pasal si dia. ye la.. tujuan blog ni pun bukannya waqaf untuk si dia, sperti sebelum ni.

teringat aku ceramah ustaz faiz dalam paltalk sebentar tadi. janganlah dikau bersedih. seseungguhnya yang memberi hidayah adalah aku, bukan nya engkau wahai Muhammad, firman Allah yang Maha Pengasih. firman ini adalah ketika rasulullah berduka cita atas keengganan bapa saudaranya, Abu Talib menyerahkan diri kepada Allah atas sebab kedudukannya. begitu jugak dengan menasihati seorang teman. memang payah nak menerima nasihat. sedangkan niat aku nak menambah baikkan ape yang sudah sedia ada. tak salah rasanya. tapi ni lah titik permulaan kezaliman terhadap diri sendiri terkeluar di depan mata.

zalim: meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. lebih kurang melakukan sesuatu yang sewajarnya tidak perlu dilakukan, bergantung pada suasana dan masa.

tadi, aku menegur si dia pasal sesuatu yang aku rasa kurang sesuai di lakukan oleh seorang wanita muslim yan baik seperti dia. namun, dia tarik muka, seolah-olah aku mencela dan mengutuk perlakuan nya. memang payah nak menegur, kn? semua jadi tak kena. kitorang end up dengan tido awal. tapi hati aku masih gulana. aku menulis.

banyak kali dah aku berjaga malam, bukannya nak bersolat tahajjud ke, zikir ke.. tapi untuk menemani si dia membuat keja. meskipun hanya menerusi alam maya. zalim. ni lah zalim terhadap diri sendiri. natijah nya, esok pagi nya, subuh entah kemana, bangun ntah pukul brapa. aku da menzalimi janji ku dengan penciptaku.

bukan salah si dia. salah aku jugak yang tak boleh nak bertegas dengan dia. boleh je nak cakap nak tido pukol sekian2, n nak bangun awal segala.. insyaAllah akan membantu diri mendisiplinkan diri, secara tak lansung, kehormatan diri dan dia terjaga. aku xleh nak jage mulut orang. kalo da berjaga smpai 2-3 pagi, just chatting orang xkan terima bulat2. macam2 orang akan cakap, sekali gus aku dah menzalimi orang lain dengan menabur fitnah terhadapku.

aku belum suaminya lagi. betul pesan ayahku (takkan salah pulak, ye tak?), belajar ni tak boleh berkompromi dengan perempuan. itu hanya akan memburukkan lagi perjalanan pembelajaran. bahkan boleh membantutkan. banyak sahaja kawan2 aku yang dah berenti belaja kerna wanita di sisi. bukan aku nk menghalang mereka berkahwin, malah aku menyokong mereka mendirikan masjid. cuma bagi aku, biarlah masjid yang aku nak bina nanti sempurna. kalo tak pun, kurang cacat cela nya.

aku kongsikan antara natijah2 kalo berkompromi dengan maksiat.
Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyah menyatakan terdapat 22 keburukan yang akan menimpa diri pelaku-pelaku maksiat. Kerna itu, renungkahlah, wahai orang-orang yang berakal!


1) Menghalangi diri kita untuk mendapatkan ilmu pengetahuan
2) Menghalangi Rezeki
3) Membuat kita jauh dari Allah.
4) Menjauhkan kita dari orang-orang soleh.
5) Maksiat menjadikan semua urusan kita sukar
6) Maksiat melemahkan hati dan badan
7) Kita terhalang untuk taat
8) Maksiat memperpendek umur dan menghapus keberkahan
9) Maksiat menumbuhkan maksiat lain
10) Maksiat mematikan bisikan hati nurani
11) Jika sudah seperti itu, hati kita akan melihat maksiat begitu indah. Tidak ada keburukan sama sekali
12) Para pelaku maksiat yang seperti itu akan menjadi para pewaris umat yang pernah diazab Allah swt.
13) Maksiat menimbulkan kehinaan dan mewariskan kehinadinaan
14) Maksiat merusak akal kita
15) Maksiat menutup hati.
16) Pembuat maksiat mendapat laknat Rasulullah saw.
17) Maksiat menghalangi syafaat Rasulullah dan Malaikat.
18) Maksiat melenyapkan rasa malu.
19) Maksiat yang kita lakukan adalah bentuk meremehkan Allah.
20) Maksiat memalingkan perhatian Allah atas diri kita.
21) Maksiat melenyapkan nikmat dan mendatangkan azab.
22) Maksiat memalingkan diri kita dari sikap istiqamah.

*aku amik dari sini


bantulah aku ya Allah.. aku keliru.


p/s: wanita itu perhiasan dunia. seindah hiasan adalah wanita solehah.

Sunday, April 12, 2009

perjalanan

sumner. itulah tempat pertama aku pergi bercuti untuk cuti kali ni. bukan bercuti sangat la sebenarnya. berjalan2. aku join program CMSA, hiking. aku x pernah tau ade tempat2 cmni kt Christchurch ni sehingga hari ni. memang xpenah wat kajian tol la aku ni.

perjalanan bermula jam 9.30 am. berkumpul n bergerak ke sumner naek bas no. 3. aku teruja gak, tapi memandangkan ade 4 orang je dak melayu yang join, aku senyum tawar je. tp atleast ade, kn? sampai kt sane, lepas briefing pasal perjalanan ktorg ni,aku pun bergerak la dengan semangat di bahagian depan. xde la depan sangat. acceptable la depan dia. haha.. berjalan dengan Calvin. borak2 n kutuk2 ckit org berjalan lembab kt blakang, ktorg pun menuju ke jalan g curam. dekat 45deg gak kot curam dia. mengah seketika.

sampai je atas bukit, aku bukak sweater. panas. naqib pun join bukak baju. eh2.. xde la bukak baju. bukak sweater je. hehe.. sexy sangat bukak baju tu. ramai gak yag berjalan ke tempat tu. makcik-pakcik pun ade. gagah tol.

berjalan kali ni memang menyentuh hati aku dengan keagungan Allah swt. betapa Allah mampu mencipta kawasan seindah laluan kami tu. itu pun mungkin just sekelumit dari kekuasan Nya. tak terhingga kebesaran Nya. kaki aku da sakit2 da berjalan ni. tapi xpe.. bukan selalu

pukol 7ptg br ktorg smpai ke tempat permulaan ktorg. penat gler. aku paling awal smpai. bukan ape, nk g tandas! lame kot tahan kencing. nk pecah da pundi ni. berlari turun lereng bukit makin memusatkan lagi tekanan bendalir dalam pundi, mau menerjah keluar. dalam hati hanya Allah yang tau. aku sebut sabar2 je.. ckit g nk sampai. maka sampai lah aku ke kaki bukit. berlari ke tandas! tp sblm tu sempat gak g aku tegur sorang kiwi ni. dia tanye aku berjalan ke. aku dapat senyum je. penat gilos~

ni antara gambar2 yang sempat aku amik.. best!

permulaan


tepi laut yang best!


peserta yang bersemangat


tepi laut yang menenangkan


syah berposing maut


bunga di lereng bukit


berbaring dalam rumpun rumput :P


canteek~


lautan pasifik.. sekali lagi


perjalanan yang menarik! nanti nak wat g la!

p/s: bawak mee kari pun menarik gak