Sunday, March 29, 2009

solat

Solat. banyak kali diperingatkan kepada kita kepentingan solat dalam kehidupan seharian. diselang-selikan pula dengan pembacaan al-Fatihah yang dikira-kira sekurang-kurangnya 17 kali dalam sehari, yakni bersamaan dengan bilangan rakaat dalam solat. tetapi masih ada kekurang yakinan kita dalam fadhilat-fadhilat dalam amalan wajib ini. nak tau? mana leh bagitau.. (syafiq, 2008)

*bersolat berjemaah lebih baik dari sendirian

brother Omar selalu ajak budak2 UCMUSA g bersolat kat surau Uni yang serba kekurangan. meskipun sudah sekian kali dia mengajak, tidak pernah nampak kat muka dia rasa nak berhenti mengajak kami yang sangatlah keras hati nak berjalan dan menunaikan kewajipan seorang muslim di surau berkenaan. 

kat situ jugak lah, kami akan adakan usrah setiap petang Ahad, 6pm untuk berkongsi pengetahuan dan saling mentarbiah. seronok! memang seronok. aku rasa memang fitrah manusia, suka mendengar nasihat, meskipun pedih di hujung hati menahan panahan2 perli naqib yang berkata. haha.. aku sendiri pun sama jugak. aku mengambil kata2 dari brother Omar mengenai solat di surau, especially berkenaan solat berjemaah.

kata beliau, dalam kehidupan kita seharian, kita sering berfikir dan risau dengan rezki yang akan kita perolehi pada hari tu. kita perlu tingkatkan tawakkal kita pada Nya. segala perbuatan dan tingkah laku kita, kita sandarkan pada Allah semata-mata.

andai kata seseorang itu bangun untuk solat subuh, dan disempurnakan solatnya itu dalam berjemaah, maka Allah akan melindungi dia. brother Omar ade gak cite pasal seorang khalifah bernama Hijaj. dia ni sorang ulama'. tetapi melakukan kejahatan bukan dalam keadaan terang terangan. maka, nak dijadikan cerita, ade sorang pesalah ni yang perlu ditangkap dan dihukum atas certain kesalahan. tapi, Hijaj tau, siapa yang bersolat subuh berjemaah, maka dia pada hari itu berada dalam perlindungan Allah. jadi, pesan Hijaj kepada pengawal2 dia, supaya menunggu hari si mamat ni tidak bersolat subuh berjemaah di masjid. lama gak pengawal ni menunggu hari lelaki ni tak bersolat subuh di masjid. tetapi bila sampai masanya, lelaki ini ditakdirkan tidak bersolat berjemaah di masjid pda sbuh pagi itu, maka Hijaj tanpa membuang masa dan karan, terus menangkap lelaki itu dan dihukum pada hari yang sama. 

di sini menunjukkan bahawa perlindungan Allah itu sangat jelas kekuasaannya sehingga menggerakkan hati pemerintah pada masa itu untuk tidak menangkap dia pada hari dia bersolat subuh berjemaah di masjid.

brother Omar jugak berpesan, setiap tingkah laku kita adalah biasan hati, yakni iman. macam mana kita menghargai Allah? semestinya, dengan bersolat. *panjang lagi tazkirah dia petang tu, tapi aku singkatkan la :p 
jadi dia pesan, just spare sometime in a day to remember(zikir) Allah. minta dan cari bantuan dari-Nya. sebab meminta dari Allah itu juga salah satu nikmat, yakni tak semua orang akan dapat mengingati Allah setiap hari. sesungguhnya, Allah itu maha membantu.

jadi, bersolat lah selalu walaupun solat sunat. sebab Allah itu amat suka melihat hamba-Nya yang me-minta2 daripada-Nya. He helps, bak kata brother Omar.

sekian dulu. nanti cerita2 lagi yek :D

p/s: penat main frisbee petang tadi. kalah pulak tu. huhu.. esok ade test lagi..

Monday, March 23, 2009

jom belajar!


Isnin kembali jua. semalam akau bertungkus lumus menyelesaikan keja rumah yag sepatutnya aku anta rabu ni. tapi disebabkan kegagalan aku membaca arahan yang telah diberikan, aku jadi kelam kabut lalu menyelesaikan soklan2 tu malam tadi smpai kol 3 pagi. adeh... kalo akau membacanya dengan lebih jelas, dah lame aku tdo awal malam tadi. hihihi.. takpe. aku terima ujian malam tadi sebagai menyediakan aku untuk menjadi lebih rajin.

hari ni, banyak benda aku belajar. bukan setakat dalam kelas, malah luar kelas. petang tadi, aku sekali lagi menjalankan ujian tensile ke atas perspex group aku n naqib. kali ni, ktorang wat dengan menebuk lubang berdiameter 12mm pulak. tapi macam xjadi je test sebab dia tibe2 je putus dan menyebabkan graf macam xbetul. adeh.. masalah gak la..

aku suke wat bende2 ni. especially yang memerlukan wat keje luar kelas n pegang tools. sebabnya, aku suke bekerja dengan budak2 kiwi ni. dorang suke membantu tapi kadang2 kerek gak. tp so far, aku still leh tahan g la dgn kekerekan dorang ni. hehe... membantu gak dorang ni dalam meningkatkan kefasihan aku berbicara dalam bahasa selain bahasa melayu. walaupun sikit2.

napie malam ni ajak aky belajar kt uni. kt crypt. aku xde gmbr crypt la plak. menarik gak la studi situ. mane tak nya, xleh nak bukak laptop sangat. napie selalu je kaco kalo aku nk pegang mouse nk click internet. bagus gak la ade companion yang rajin menegur ni. haha.. thanks bro! tapi sengal la plak mamat2 n minah2 korea tadi. bising. walopun tempat tu mmg bukan tempat untuk belajar, tp xyah la melalak sampai mengganggu orang. kalo comel xpe la jugak. tapi kalo mengade, payah gak tu.

ni meja studi aku dalam bilik. hehe.. penuh dengan makanan n barang2 yang x perlu. di sini lah tempat aku mengerah otak n menahan tensi tatkala xdapat menjawap soklan. nasib ade teman2 dalam bilik yang memahami. dorang kt bawah ni la yang banyak menemani aku pagi, petang, siang dan malam. ada gak teman secara maya. tapi tu limited time je la.


*ni la teman sebilik! hihi

sampai sini dulu. aku saje nak menulis. selagi ade mood :D

p/s: yakitate japan mengganggu masa lapang.. haihhhh

Saturday, March 14, 2009

presentation!

haha! Jumaat lepasa aku ada presentation untuk subject design aku. tak penah-penah present ni. cuak gak. dengan menyiapkan sisa2 sketch, aku print atas OHP paper. malam sebelum presentation tu, aku prektis la 2 3 kali. boleh je. just kene atur dua tiga baris ayat sebab panjang sangat. lebih 4 minit. panjang tuh.. dengan bersemangat aku berjalan ke E6, kat dalam engineering building. pakai baju melayu unggu yang ina bagi, seluar poket banyak dan satu begpack national bank of new zealand. baru lepas solat jumaat so aku lambat sikit la gerak ke sane. da di maklumkan pun pasal tu. lagi pun presentation aku lambat g. jangan terlepas je sudeyh. ramai yang wat desing gila2. aku join senyum je. kalo lawak tu, memang lawak gile. wat bungee nak bunuh orang. hentak bungee kat wall of bricks. membunuh tuh. tapi dorang chill je. tak kesah. kate design. haha bile sampai turn aku, gelabah gak kat depan tu. nak cabut ketas OHP dari ketas putih tu and pastu aku letak atas OHP. ni detail presentation aku:
  1. kenalkan part2 dalam design. penting gak la sebab orang akan nampak lebih jelas ape yang aku cuba wat daripada terus terang macam mana dia berfungsi. tapi part ni makan masa. so kene cepat and padat.
  2. aku terang camne berfungsi. terang satu-satu. biar jelas. jangan sampai orang berkerut muka :D
  3. terangkan problem n pastikan ade penyelesaian. jangan terang masalah yang tak tau cmne nak selesaikan. nanti orang tanye, gelabah x leh jawab. haha
  4. additional features. tu tambah2 sniri gak la. bagi design tu menarik dan indah di pandangan mata.
  5. cost. jangan kecik sangat sampai nampak tak logik and jangan lebih sangat. mudarat.
mcm tu la basically.



aku ade gak beberapa tips mase present nak kongsi. kalo bagus, try je la.. kalo x bagus, bace je la.
  1. senyum selalu. selalu dengar kan? tapi betol. sebab tu yang wat anda nampak yakin. n audiences pun akan terhibur sebab anda tersenyum (walopun tengah gelabah cam nak pengsan)
  2. jangan cakap cepat sangat. nanti orang x paham.
  3. pastikan sebutan jelas. sebab ade je budak2 yang pakai english malaysia yang still sebut cara malaysia sampai lecturer xpaham. tak salah menambah accent dalam sebutan. hehe.. tu tambahan yang perlu.
  4. tengok muka audiences. kalo boleh, tengok mata dorang. biar dorang terase bende yang disampaikan adalah untuk dorang. bukan saje je nak cakap kosong kat depan tu.
  5. gunekan tangan sebaiknya. jangan sesekali masukkan tangan dalam poket. kalo da letih tu lain cerita la. tapi kalo leh, utilisekan tangan dengan sebaik mungkin. express yourself! masa tu la nak betul-betul bagi orang attracted dengan presentation kite. sebab tangan ni akan stimulate mata penonton untuk lebih fokus kepada anda! selain tu leh la cover neves tangan bergegar.
  6. jangan static je kat satu spot. bergerak sikit. jalan2 ke.
  7. just prepare yourself well. jangan terlepas point sampai nanti keciwa mase present. nampak tau kalo kuciwa kat depan audiences. :P
okeh! dah nak start wat kejerumah ni! selamat belajar!

p/s: lapar..

rentak rindu..

I am actually waiting for my friends' message reply to get my homework. Meanwhile, I opened a facebook page of a friend, Fida where she put a note of a song's lyrics. Nice song, pretty smooth and catchy words which made me smile and flying into my deep memory inside my head...

disebabkan mendengar lagu itu berulang kali, minda mula menari dan mencari rentak barat untuk memulakan post ni. nah, ini lagu tu.. menarik!



1 2, 1 2 3 4

Give me more loving than I've ever had
Make it all better when I'm feeling sad
Tell me that I'm special even when I know I'm not
Make me feel good when I hurt so bad
Barely getting mad
I'm so glad I found you
I love being around you
You make it easy
As easy as 1 2, 1 2 3 4

There's only one thing two do three words four you
I love you
(I love you)
There's only one way two say those three words
And that's what I'll do.
I love you
(I love you)

Give me more loving from the very start
Piece me back together when I fall apart
Tell me things you never even tell your closest friends
Make me feel good when I hurt so bad
Best that I've had
I'm so glad that I found you
I love being around you
You make it easy, as easy as 1 2, 1 2 3 4

There's only one thing two do three words four you
I love you
(I love you)
There's only one way two say those three words
And that's what I'll do
I love you
I love you
(I love you)

You make it easy, as easy as 1 2, 1 2 3 4
There's only one thing two do three words four you
I love you
(I love you)
There's only one way two say those three words
That's what I'll do
I love you
(I love you)
I love you
I love you
One two three four
I love you
(iloveyou)
i love you
(i love you)



masa inilah terkenang sahabat-sahabat sekolah rendah, menengah dan jua sahabat-sahabat seperjuangan di sini yang sudah kembali ke Malaysia. rindu dengan kenangan. dengan mereka.

mak dan apak yang jauh. keluarga yang sering aku terlepas pandang. ni yang rase nak nangis ni.

kepada insan yang sudah acap kali menitiskan air mata, tersenyum dan terluka.

lagu ini untuk mu semua.

i love u

p/s: best la nyanyi tepi jalan.. orang terhibur, hati tenang..

Wednesday, March 11, 2009

selamat kembali ke Christchurch..


bermula dengan keciciran passport di Auckland Airport, malang nasib ku berterusan setelah disedari kalkulator masih lagi bercuti di rumah, malaysia. sudah aku maklumkan kepada mak mengenai kedua-dua bahana ini. mak hanya memesan aku untuk bersabar.

tahun ini, aku terpaksa menggadai setahun perjalanan pembelajaranku setelah sangkut 4 matapelajaran tahun lepas. mana taknya, asyik sangat bermain game sampai lupa matlamat sebenar datang ke mari. memang Allah itu Maha Adil dalam pelaksanaan hukumnya terhadap makhluk ciptaan Nya. aku menyedari perihal itu.

yang lebih menyedihkan, aku tidak di sediakan dengan wang saku untuk satu sem pembelajaran. seolah bekerja tanpa gaji. tapi hakikatnya, aku sepatutnya mendapat bahagian aku kerana mengikut perjanjian dengan penaja, kegagalan kali kedua hanya akan disekat wang sakunya untuk 3 bulan sahaja. tetapi berlainan untuk kes aku. aku sendiri tidak mengetahui asbab mengapa aku dibelenggu begitu. semoga Allah memudahkan urusan aku untuk kali ini.

aku merasakan banyak perubahan dalam kehidupan aku sehari-harian. meskipun bangun lambat itu masih lagi tidak dapat dielakkan, aku sedang berusaha mengikisnya dari rutin harianku. brother nap ( bukan nama sebenar ) sudah berkali bangun dan mengetuk daun pintu mengerah kami serumah bangun menunaikan solat fardhu subuh berjemaah, seelok-eloknya. namun syaitan itu tetap utuh ikatannya. mungkin esok akan aku cuba bangun dan terus bersolat. insyaAllah..

pintaku, mudahan mudah bagiku menjalani semester ini. kerna getir sungguh ujian kali ini. seandainya daku mencium lagi dada kegagalan untuk subjek yang aku ulangi ini, meskipun hanya untuk sekali, maka penajaan aku akan dihentikan dan insyaAllah, aku akan dikembalikan ke tanah air, menunaikan tanggungjawab sebagai penerus dan penuntut ilmu.

doakan bagiku..