Sunday, May 31, 2009

batu dan permata

aku ingin bercerita satu kisah mengenai batu permata. permata asalnya adalah juga batuan yang sama di tepi jalan. akan tetapi, dengan adanya tindak balas kimia dan proses pengerasan dan pelembutan yang berulang-ulang berjuta tahun lamanya, batu biasa itu bisa jadi batu permata, namun bukan di tepi jalan lagi tempatnya.

nak dijadikan cerita, ada seorang budak ingin menukar batu di tepi jalan menjadi permata. moga kelak senang dia andai mampu mebuat cincin ber-permata dengan batu itu, andai ia menjadi permata. bapanya hanya tersenyum mendengar impian anak.

maka batu itu terus digilap dan digilap setiap hari. permukaan batu yang dulunya kasar kini sudah berubah licin. budak itu bertambah yakin bahawa satu hari nanti, batu itu akan dia tatah diatas cincin emas bersulam perak, berguna padanya kelak. maka, semakin tekunlah dia menggilap dan menggilap batu itu. bapanya hanya jadi pemerhati.

sudah menjadi resam dunia, suatu permukaan itu akan kepanasan andai digesel selalu dengan geseran. dijadikan cerita, jari budak itu suatu hari melecur atas kehangatan batu yang rajin digosoknya. maki hamun, sumpah seranah keluar lancar dari bibirnya; mengherdik batu membakar jarinya. namun, reda marahnya, batu itu dikutip kembali dan digilap kembali, bersinar kembali.

hati manusia mana yang tidak tertarik pada permata yang sudah sedia ada, jauh lebih cantik dari batu yang ada di tangan. budak itu jua manusia. maka larilah ia kepada bapanya, melontar batu ditangan, memohon agar duit diberi, mampu membeli. bapanya hanya tersenyum lalu berkata:


'anakku, belum sampai masanya kau bermain dan memegang permata yang sebegitu halus dan cantik buatannya. pasti Tuan batu itu sangat gembira dengan batu itu, kerna ia memenuhi kehendak dan citarasa Tuan-nya sendiri. itu sudah pasti.

tapi anakku, bukan mudah untuk kau memiliki cincin ber-permata seperti impianmu, andai bukan pada cara dan arah yang betul. masakan batu itu boleh ditatah andai tiada gam dan caranya yang tertib. bukan hanya mengilap batu, sehingga melecur jari kerna panas gilapannya.

masih banyak yang perlu kau perlajari. andai mudah batu itu digilap menjadi permata, pasti sudah ramai bahagia dengan cincin dan batu buatan sendiri.

binalah cincin itu dengan cara yang betul. mari, biar ayah tunjukkan.'

budak itu hanya menangis, memarahi diri yang membuang masa dengan menggilap batu.

moral:
batu dan permata itu umpama wanita, cincin itu umpama perkahwinan. andai ada batu yang lebih baik, batu di tangan dibaling jauh-jauh: janganlah begitu. maka, berbahagialah mereka yang membina cincin berbatu dengan cara dan tertib yang betul. Tuan mana yang tidak suka permata yang dijaga elok elok dan cincin-cincinnya yang cantik? Pasti jua seperti Tuhan, suka pada mereka yang menjaga dalam perhubungan dan menjaga perempuannya yang baik-baik :)

nah.. bukankah itu lebih baik?

Friday, May 29, 2009

menusuk..

aku sepatutnya, sewajibnya sekarang menulis report untuk assigment design aku yg tinggal 3 hari lagi untuk disiapkan. tapi tangan ni naik gatal la nak click2 link2 dalam iluvislam tuh..

masalahnya: COUPLE

ni satu article yang sangat menarik perhatian aku. sedap dibaca, pedas dihati. mudahan dapatlah dikongsikan bersama, terutamanya para da'i di Canterbury ini.

begini artikel dia:

Cinta Remaja Dakwah.
Sebagai seorang pensyarah di IPT yang bergelar ustaz, penulis mempunyai peluang yang menarik untuk bercampur dengan para pelajar yang menempuh zaman muda belia mereka. Pelbagai masalah, isu dan juga pengalaman yang mereka bawa untuk dibincangkan. Antara perkara yang sering dibawa berbincang ialah persoalan cinta. Alaf yang serba unik telah menyaksikan bagaimana para remaja dan belia dakwah tidak dapat lari dari fenomena cinta. Menariknya, cinta yang mereka alami ini telah di"Islamik"kan seperti mana bank-bank, institusi-institusi kewangan lain diislamkan. Maka timbullah istilah "Cinta Ukhuwwah". Ayat-ayat dan hadis-hadis sering dijadikan alat untuk menjustifikasikan apa yang dilakukan. Menarik lagi gejala ini menular di kalangan mereka yang berkopiah, berserban, bertudung litup, naqib-naqibah usrah dan mereka yang menggunakan ganti nama "ana - anta dan ana - anti".

Sms,Yahoo Messenger, email dan lain-lain kemudahan perhubungan era ICT telah menjadi penghubung utama cinta "anta-anti" ini. Ia lebih selamat, kerana tidak perlu berdating seperti pasangan yang tidak Islamik. Tidak perlu membazir tambang teksi, tambang bas dan juga membazir membeli kertas kajang berbau wangi dan dakwat yang berwarna-warni seperti mana halnya anak-anak muda lain yang jauh dari arus kebangkitan Islam. Bermula dengan kata-kata tazkirah, berakhir dengan ikon senyuman, teddy bear dan kadang-kadang gambar wanita bertudung.

Malah ada yang menjadikan kehadiran di seminar-seminar, kursus-kursus dan juga wacana-wacana ilmiah sebagai peluang untuk berjumpa. Bagi yang aktif berpersatuan pula, mesyuarat-mesyuarat dan aktiviti-aktiviti persatuan sering menjadi medan pelepas rindu. Alahai...kreatif betul anak-anak muda dakwah alaf baru ini.

Fenomena yang berlaku ini dimeriahkan dan dikosmetikkan lagi oleh nasyid-nasyid Melayu yang berpaksikan cinta muda-mudi. Klip-klip video nasyid pun, tajuk-tajuk yang bombastik berbau cinta asmara. Hakikatnya, fenomena cinta "anta-anti" ini semakin ketara dan semakin rancak. Ada yang berakhir dengan perkahwinan, dan ada juga yang kecewa di pertengahan jalan, dan tidak kurang juga yang telah menjerumuskan kedua-dua pasangan ke lembah maksiat. wal'iyadhubillah. ..

Salah Faham Ukhuwwah fillah
Teringat juga penulis kepada satu fenomena apabila seorang siswi datang mengadu dia diusik oleh Pak Lebai. Bukan sekadar sms, kad ucapan hari lahir, kad hari raya, malah sejambak bunga ros di hari lahir juga telah dikirimkan oleh Pak Lebai tersebut.

Tidak tahulah penulis apakah tanggapan masyarakat terhadap fenomena seumpama ini. Yang pasti di setiap kad, sms dan di jambangan bunga tersebut terukir kata-kata "Ukhuwwah fillah kekal abadi..".sekali lagi makna ukhuwwah disalah gunakan.

Satu kes yang lain pula, seorang siswa meluahkan kekecewaannya apabila dihampakan oleh seorang siswi yang satu "jemaah" dengannya. Beliau tidak sangka setelah berpuluh-puluh minggu mereka bertukar-tukar sms dan tazkirah melalui email, akhirnya siswi tersebut bertunang dengan orang lain yang juga satu "jemaah" dengan mereka.Aduh. .lagi hebat daripada filem "Love Story" yang pernah popular di tahun-tahun 70'an dahulu. Yang pasti, sekali lagi tema "ukhuwwah fillah" menjadi "camouflagde" ke atas perhubungan antara dua jantina yang ada kesedaran Islam ini.

Dalam satu insiden yang lain pula, seorang siswi pernah meminta pendapat penulis. Seorang seniornya yang sedang menuntut di dalam IPT yang sama dengan beliau telah bersungguh-sungguh melamarnya. Walaupun telah ditolak lebih 20 kali, namun si teruna terus melamarnya juga.

Sekali lagi slogan "ukhuwwah fillah" menjadi lapik dan dijadikan bahan ugutan. Jika si siswi tadi menolak lamarannya, maka hatinya akan hancur, dan ia bertentangan denga mafhum hadis tadi. Oleh kerana bersimpati dengan si senior tersebut, si siswi terpaksa menerima lamaran itu. Menarik bukan "trend" percintaan golongan anta-anti ini.

Seorang siswa juga pernah meluahkan kemarahannya ke atas naqib usrahnya di bilik penulis. Mengapa tidak, tatkala di dalam usrah, berkepul-kepul dalil dan fikrah yang dibawanya. Sampaikan ketika pertukaran ke usrah lain, si naqib meminta siswa tadi agar berbai'ah untuk kekal di dalam perjuangan dan tidak menyertai jemaah lain. Sayangnya, di dalam perjalanan balik kampung, siswa tersebut nampak sang naqib berjalan berpegangan tangan dengan naqibah sekelas mereka...ini yang paling menarik.Lebih hebat lagi, kedua-dua mereka lengkap dengan aksesori berkopiah dan bertudung litup. Jika di zaman 70'an dahulu nescaya apa yang dilakukan oleh sang naqib dan naqibah tersebut bakal menerima cop "kafir" dari pendukung gerakan dakwah yang lain.

Di satu sudut yang lain pula, seorang siswa yang sering menceritakan kehebatan "Abuya"nya kepada penulis, juga tidak dapat lari dari fenomena cinta anta-anti ini. Penulis amat kagum dengan siswa yang sering muncul dengan baju Melayu berkancing dan juga songkok berwarna-warninya ini. Matanya yang bercelak sahaja sudah cukup untuk rakan-rakan yang lain hormat kepada beliau. Sayangnya atas takdir Allah, ketika penulis berkunjung untuk menziarahi beliau, penulis ternampak gambar seorang Muslimah menghiasi desktop komputer peribadinya. Ditanyakan sama ada itu adik, kakak ataupun emaknya atau mungkin neneknya, beliau menafikan. Beliau terpaksa mengaku bahawa itu adalah "kawan"nya. Yang hebatnya, tertulis di sebelah keayuan wajah gadis tersebut "Ukhuwwah fillah membawa ke Jannah".

Persoalannya, adakah fenomena ini sihat? Adakah ia sudah cukup islamik? Atau penulis yang ketinggalan zaman sehingga naif terhadap trend muda mudi masa kini? Ataupun fiqh Islamiyy juga perlu diubahkan untuk disesuaikan dengan perubahan semasa. Di dalam artikel yang terhad ini, penulis tidak berhajat untuk memberikan hukuman mahupun pandangan terhadap fenomena yang menarik ini. Biarlah para pembaca membuat penilaian mereka terhadap "sihat" atau tidak sihatnya budaya ini. Semoaga ada di kalangan pembaca yang akan dapat memberikan pandangan yang rasional serta boleh diwacanakan.

best? teringat kt member yang selalu berpesan dan mengingat pasal kebaikan, tapi bercouple? aku sendiri terpercik lumpur itu.

kepada pendakwah sekalian.. jangan sampai kita jadi fitnah agama kita. fikirkanlah sendiri..

bak kata kawan aku:
takde gune pakai anta-anti
tapi perangai cam babi.
tegur orang,
tapi dalam diri, setan bersarang.


nah.. ape kata anda?

p/s: majied, buat assigment tu! udah g main dengan Gaban tu.

Thursday, May 28, 2009

haru exam

di dalam kesibukan menghadapi exam yang bakal menjelma 2 minggu lagi, aku selalu meluangkan masa membaca blog rakan-rakan sesama Canterbury dan juga sesama New Zealand.

sebelum sem ni berakhir, ada:
1
design asignment,
2
lab report
dan 2 homework mingguan
yang kene disiapkan. mudahan tenang hati ini menempuh alam exam itu nanti. banyak nak kene study ni :(


jadi untuk minggu exam yang mendatang, aku ada satu bende nak kongsi. bende ni memang tak best la kalau nak citer. tp bende ni selalu jugak la berlaku. so, rase nya perlu gak la disebut. sebab diri ini pun selalu gak wat.


__________________________________________________________________

solat

dari Napee(bukan nama sebenar) berkata: wahai Majied, nanti sampai satu masa akan datang satu kaum di kalangan kamu yang kuat ibadahnya, sering ke surau @ prayer room, meskipun sejuk membeku dan angin kuat berkitar di sekitar alam. kuatnya ibadah mereka seolah tiada lagi esok bagi mereka. jelasnya sebutan dalam bacaan solat mahupun al-Qur'an mereka seolah berbicara pada orang yang pekak lagi tuli. maka ketahuilah, masa itu, masa EXAM.
__________________________________________________________________

bila dipikir balik, memang bagus adanya minggu exam ni. suma jadi pious. Alhamdulillah. solat zuhur yang selalunya dalam 20 orang jemaah, meningkat kadang-kadang melebihi 153.725%. subhanAllah!


cuma yang tak best-nya, masa tu je la sume orang rajin dan kuat ibadahnya. apa kata, tahun ni, kita ubah ckit cara hidup kita. kuat beribadah bukan kerna esok ade paper 80% mahupun 5% sekali pun.

solat kita bukan kerana exam, ye sahabat sekalian.
ikhlaskan diri kerana Allah. biar nanti kita tenang dalam menempuh exam itu. biarpun exam tu berat, lagi memeningkan tapi kalo kita leh cuba berkomunikasi dengan
THE EXAMINER

of 'the examiners' dengan lebih ikhlas dan konsisten, insyaAllah,
PEMEGANG HATI

examiners dan juga diri kita akan memudahkan kita lulus dengan jaya nya nanti.


dan kejayaan itu adalah kejayaan dalam agama. kerna kita telah berjaya menjalinkan hubungan baik dengan Nya dan juga berjaya dalam pelajaran; salah satu tuntutan dalam Agama.


nah, bukankah itu sudah bagus? :D


Lillahi Ta'ala..

p/s: terharu membaca post seorang sahabat. syukran, ya 'ibu'.

Monday, May 25, 2009

dilemma


aku ingin jadi insan berjasa.
aku ingin jadi insan berguna.
mudah memberi dan mengajar.


namun aku tidak mampu mengubah diri yang hina.
aku terlekat antara mimpi dan nyata.
aku mengharap pada manusia.
meminta pada manusia.
sedang aku melupai, aku punya Dia yang Maha Mendengar.


aku tersekat antara lampau dan kini.
semuanya datang kembali.
mengejar aku dengan parang dan kapak, sedia membelah aku, biar bersegi.
biar dapat ku pilih cinta dan cita.
dapat ku puaskan hati ini dan hati mereka.
biar semua ketawa bahagia, sedang aku menderita sengsara.


namun aku hanya peminta sedekah di tepi jalan.
berdoa suatu hari memandu mercedes tanpa silu dan segan.
berharap pada apa yang dilempar padaku.
terkadang terkena kepala,
terkadang tajam menghentam dada.
bukannya mereka mengerti. aku yang tersepit.
di tengah dilemma diri yang kian menghimpit.


Ya Allah.. bantulah aku.
tunjukkan jalan yang benar bagiku.
agar tenang daku sebagai pengemis.
pengemis yang senang mengajar jua memberi.

Saturday, May 23, 2009

bodoh!


Daripada Abu Abdullah al-Nu’man ibn Basyer r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya.

Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.

Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkaraperkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.(riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.)

haram.
kau telah melakukan satu dosa. kau langsur tidak khuatir, malah tidak berfikir, macam lembu saja merempuh masuk pagar orang. apa kau tidak punya otak sihat lagi, makhluk bodoh?

melangkah masuk ke daerah orang lain. kau telah memasuki daerah orang lain. bukan sahaja memasuki, malah cuba menguasai kawasan itu. tanpa izin tuan yang empunya tanah itu. memang patut diusir kau dari kawasan itu. diusir jauh moga kau tidak kembali. akan dipatah dan diremukkan kaki moga tidak kau melangkah, merangkak ke kawasan itu lagi.

tapi kawasan itu tak bertanda?

bodoh lagi bangang! kawasan itu ada pagar kan?
hei budak jahil, ketahuilah ada benda yang perlu kita rahsiakan. sampai masanya kelak, baru kawasan itu diisytiharkan menjadi milik orang, dibeli orang. yang kau cuba takluki itu kawasan syubhat. mengapa kau tidak berfikiran begitu?

tanah itu, tanah suci. tanah yang sedia memberi demi agama. masakan tanah itu tidak dijaga pemiliknya? pemiliknya pasti sayang akan tanahnya. apatah lagi dari penakluk hingusan macam kau. fikir, majied! fikir!

apa niat kau kemari, hingusan? kerna tanah ini? kalau kerna tanah ini, sia-sia usahamu. belajar lagi, bangsat! jauh beda mu dengan pemilik tanah ini. jauh sekali.

kembalilah ke tanah asal mu. betulkan niat mu. betulkan arah langkahanmu. jangan semborono melompat pagar tanah orang. bodoh namanya. tidak kenal erti batasan.

lari, kau!!!

jangan kembali lagi ke sini,

majied yang bodoh!!!

p/s: rahsiakanlah.. jangan perlu dibisik, disiar.

Monday, May 18, 2009

salam, Salam

hujan pagi ni seakan memahami hujan di hati. meskipun gerimis berisi ais2 kecil menghentam cermin depan kereta panduan Zafran, hati ku sudah banjir dengan ribut berisi salji melebat. pandangan sudah kabur di alam nyata, jelas di awangan. mengitar kembali lipatan memori yang hangat lagi terang sinarnya.

'assalamualaikum ustaz. sy majied', ujarku sambil menatap wajahnya.

salam berbalas.

'oh ini ke majied yang disebut-sebut itu?'. berseloroh, fikirku.

aku hanya tersengih, menafikan. tangan dilambai, menolak terjahan kata yang tidak ku akui kebenarannya. ustaz terus tersenyum.

mungkin aku kedengaran obses dengan ustaz, tapi sebetulnya, aku mahukan kata kata yang boleh menyedarkan aku dari tidurku. obses itu kata yang jahat, bagiku. seolah aku tidak mahu melepaskan walaupun sesaat, berjauhan dengan ustaz. bukan senang nak mendapat sumber yang boleh menjana keimanan.

kesian Hanafee, kerna kekurang sehatan atas eksiden yang tak disangka, tak leh nak melanjutkan masa bersama ustaz. nanti akau kongsikan bersamamu, teman. teman yang akan kurindui setelah kembalinya ke Malaysia nanti. adeh.. sedih ni.

ramai da nak lari, balik ke pangkuan. rasa menyesal tak menambah ilmu dengan sumber yang sudah terbungkang, terlentang di depan mata. Brother Omar pun da nak balik ke Mesir. seronok melihat orang yang berfiqrah berbicara dengan gembira selepas subuh, pagi ni. diskusi brother Omar dan ustaz, menggoda telinga memasang dan menterjemah (walaupun tak paham pape) dialog international ni. ye la.. dua2 fasih berbahasa arab. bukan arab biasa. arab dialek mesir! gembira! sebab Allah mentakdirkan aku menjadi penghubung mereka, bertemu di common room, meskipun untuk masa yang singkat. kenangan sepanjang hayat, aku labelkan di dalam hati.

hanafee, mudahan cepat sembuh.

moga ustaz kembali lagi ke mari, bersama kami.

salam, ustaz Salam..

p.s: aku sentiasa mengaminkan doa mu

Saturday, May 16, 2009

Tuhan Manusia

'andai kota itu peradaban,
rumah kami adalah budaya, dan menurut ibu, tiang serinya adalah agama'

faisal tehrani, Tuhan Manusia


inilah buku yang sedang ditatap oleh saya. menceritakan perjalanan hidup seorang pelajar yang mencari erti dan memahami 'Pluralisme Agama' atau lebih dikenali dengan jolokan Islam Liberal yang kian popular kini. banyak sumber yang menceritakan perihal mereka yang
menggabungkan agama
dan mengindahkannya dengan sentuhan
logik akal

yang terbatas.


Al-Islam

adalah salah satu medium pergerakan mereka ini (sangat popular dalam iklan buku Mastika). Ini adalah dari sumber seorang sahabat yang turut mengutarakan kebimbangan dalam gerakan mereka yang suka
menambah,
memilih

dan
mengubah
agama
mengikut cita rasa dan sedap jiwa masing-masing.
mendalami buku ini memang menarik. banyak ilmu boleh ditoreh, banyak persepsi boleh diolah dari kepelbagaian sudut pandangan yang dibawa oleh penulis.

p/s: banyak buku tapi pengurusan masa pembacaan yang kurang teratur menjadikan buku hanya hiasan di meja tulis :(

Tuesday, May 12, 2009

niat

Ahad tu, seperti biasa aku akan join usrah dengan brother Omar. Alhamdulillah.. dah lama tak jumpa membuatkan pertemuan kali ni menarik. walopun hanya sekadar 1 jam sahaja di luangkan dalam pengisian ilmu, banyak benda yang aku dapat.

pertamanya, bagaimana menjadikan seharian hidup kita sebagai satu ibadah? jawapan brother Omar senang je: mulakan semua pekerjaan yang dilakukan seharian tu, seperi makan ke, berak ke, jenjalan ke, belajar ke ikhlas kerana Allah swt. mudahan apa yang dikerjakan itu dikurniakan dengan ganjaran yang sepadan dengan nya.

keduanya, jangan jadi sekularist dalam kehidupan kita. andai semua benda dipisahkan dengan amalan mahupun ibadah, maka segala usaha untuk mengerjakan ibadah akan menjadi payah. contohnya kalau petang tu ada kelas mahupun lab yang panjang, maka solat itu menjadi payah kerana waktu lab mahupun kelas seolah-olah tidak mengizinkan. tetapi andai kita tak jadi sekularist, maka urusan beribadah boleh saja dilaksanakan di mana2. jangan pulak smpai menjama'kan solat pada masa yang tidak sepatutnya. seminggu sahaja dah ber-kali2 jama'nya. susah gak tu. macam makan pil. kalo tak sabar nk sehat, leh je makan 30 bijik sekali andai prescription ubat cakap ubat tu cukup untuk sebulan. natijahnya, insyaAllah sakit tu akan hilang, sekali dengan jiwa dan raga.

jadi, janganlah mengatakan ibadah itu susah. sedangkan agama itu tidak pernah menyusahkan penganutnya. hanya penganutnya yang menyusahkan diri sendiri kerna kurangnya kefahaman dan ilmu di dada mengenai agama, termasuklah saya :D

jadi, bak kata incik Napee, sediakan sedikit masa dalam hidup seharian untuk mentelaah buku mahupun ilmu agama. mudahan ia mampu membuka hati dan minda seterusnya memudahkan urusan kita kelak. insyaAllah..

p/s: manyak keja nak wat. tapi hepi sebab orang yang berhak dah mendapat 'kerusi'nya. memang berbaloi mesyuarat bawah pokok :P