Thursday, November 25, 2010

jauh



bercukur sudah. maka bersyukurlah.

bapak dan mak sudah selesai menunaikan ibadah haji. alhamdulillah, selamat mereka hendaknya sehingga kembali ke tanah suci.

semalam mak kol dari tanah suci. bilangnya, mau bertanya khabar anaknya. bukan kepalang gembira mendengar suara mak sayup-sayup. katanya, mereka akan ke madinah selama 40 waktu solat yakni 8 hari sebelum mengakhiri perjalanan haji ke tanah air. sungguh, aku merindui mereka.

ya Allah, tabahkanlah hati ibu dan bapa ku dalam menjalani ibadahmu. sabarkanlah mereka. sabarkanlah.


cinta ilahi. insani.

























tatkala melihat mereka yang mencumbui cinta Pencinta
menimbul rasa rindu pada Pencipta

tatkala melihat mereka mendakap kasih Pengasih
membuah rasa kagum pada yang menagih

insani sudah meluntur diri
duniawi kini milik hati
sudah kabur pandangan padaNya Ilahi

di kala menatap ayat memujuk ujian Pemurah
maka sabar, itu sudah menjadi lumrah

alangkah indah hidup itu bersama Allah

Tuesday, September 7, 2010

saudara

Saudara,
Pendukung kegelapan pasti hilang
Fajar baru di alam maya akan menjelang
Bukalah jendela hatimu, merindui sinarnya
Nun di sana terserlah kelihatan cahayanya

Saudara,
Aku tidak jemu-jemu berjuang
Tidak bisa senjata ku buang
Sekalipun gelita menekan jiwa
Ku penuh yakin, fajar menjelang tiba

Saudara,
Jangan menoleh ke belakang teruskan pergi
Jalanmu telah disimbah darah suci
Jangan berpaling ke sini sana lagi
Jangan mengadah selain ke langit tinggi
Kita bukan burung yang sayapnya patah
Bukan manusia hina pantang menyerah kalah
Suara darah ke telingaku bergendang

Lantang mengerah
Berjuang, berjuang
Kan ku bela Allah dan agama
Maju terus, penuh yakin perjalananku ini
Hingga kemenangan menaungi seluruh manusia
Atau kembali bersemadi di pangkuan Ilahi

Asy – Syahid Syed Qutb

Sunday, September 5, 2010

surau

pastinya, ramadhan kali ini bukan ramadhan yang biasa bagi kami. dengan berpuasa di luar negara yang tiada suasana puasanya di kalangan umat manusianya, sejuk yang mengurangkan kemungkinan ke surau dan sedapnya tidur di dalam duvet panas pasti menyukarkan untuk bangkit bersahur, ramadhan itu satu dugaan yang besar jugaklah bagi kami.

tapi tahun ini, Allah menurunkan perbezaan yang pasti akan aku ingat sampai bila-bila, insyaAllah selagi tak ditarik nikmat ingatan dan memori.

kami ada surau baru. setelah 4 tahun bertungkus lumus mendapatkan tempat solat yang baru, akhirnya, Allah membuka hati pihak uni dan facility management untuk membina satu tempat khas untuk pelajar muslim di university beribadah. gembira tak hengat bilamana berita ini sampai pada kami di UC MUSA.

maka jumaat dan solat-solat lain akhirnya dapat di sempurnakan di sini. setakat hari ini, setiap waktu solat pasti akan ada jemaahnya di sana. alhamdulillah.

surau baru kami di kotak merah yang lebih besar. sebelum ni, di kotak merah yang kecik, hanya mampu memuatkan 20 orang sahaja di dalamnya. surau baru kami ini, alhamdulillah boleh memuatkan sekurang-kurangnya 60 orang.

alhamdulillah, moga surau ini akan menjadi tapak pertemuan hati-hati yang merindui Allah. bertemu dan berpisah hanya kerana kalimah La ilaha illAllah.

selamat meneruskan hari-hari puasa yang selebihnya, sahabat-sahabat.

Abu Darda Radhiyallahu anhu narrates:
I heard Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam saying:

The masjid is the house of every pious person who fears Allah.
For the one who spends most of his time in the masjid,
Allah Subhanahu wa Ta’ala has taken upon Himself to comfort him,
to bestow Mercy upon him,
to make the crossing over Bridge of Sirat easy for him,
and to grant him His Pleasure and Paradise.

(Tabarani, Bazzar, Majma-’uz’Zawaid)



Saturday, July 24, 2010

kisahnya omar

seperti biasa di kala hujung minggu yang penuh dengan kesibukan yang aku buat-buat lupa, aku mencari satu kisah yang boleh dikongsi bersama dengan sahabat-sahabat yang lain.

blog Syariful Bahri aku lawati. kisah ini sangat menarik! kisah ini kisah Omar dengan rakyat jelata.

moga bermanfaat hendaknya!



sambungannya ada sekali. insyaAllah :D

Wednesday, July 21, 2010

hitler


apa yang anda tahu mengenai beliau?
hehe..
ini info best mengenai Hitler.



Sunday, July 18, 2010

siri ayyuhal walad : 1

Sastera nasihat Imam al Ghazali r.a. berdasarkan pada kitab beliau yang bertajuk "Ayyuhal Walad" yakni bermaksud "Wahai Anakku yang Tercinta".

---<[1]>---

' waktu itu adalah kehidupan '

Wahai anakku yang tercinta;
Sebahagian daripada nasihat Rasulullah s.a.w. kepada umatnya adalah:

" Adalah dikira sebagai tanda berpalingnya Allah Taala daripada seseorang hamba apabila ia selalu mengerjakan
perkara yang tidak berfaedah
.
Dan seandainya ada satu saat sahaja daripada umurnya telah digunakannya pada barang yang bukan merupakan tujuan hidupnya (yakni beribadah kepada Allah) maka layaklah bahawa akan panjang penyesalannya (pada hari akhirat nanti).
Dan siapa yang umurnya lebih daripada empat puluh tahun sedangkan
kebaikannya masih belum dapat melebihi kejahatannya
maka layaklah ia mempersiapkan dirinya untuk memasuki api neraka"

Sebenarnya sekadar ini sudah cukup untuk menjadi nasihat kepada semua orang yang berilmu.

---<[
1]>---


tanahbelakang aka background:
Kitab 'Ayyuhal Walad' ditulis oleh al Imam al Ghazali r.a. sebagai jawapan kepada sepucuk surat yang dihantar oleh seorang murid beliau yang sangat mencintainya, di mana dalam surat itu murid beliau meminta agar Imam al Ghazali r.a. sudi menulis sepucuk surat yang merupakan satu wasiat yang ditujukan kepadanya secara khusus, walaupun ia yakin bahawa isi dan kandungan surat tersebut telah ada termaktub dalam kitab-kitab karangan Imam al Ghazali r.a. .

Monday, June 14, 2010

esok

andai
esok tidak ada untuk aku,
untuk kamu,
apa yang kita mahu berlaku
sedarkan pendeknya umur
banyaknya yang tidak perlu,
tidak tentu.

waktu itu hidup.
mati itu pasti.
matlamat di dunia,
akhirannya di sana.


Monday, May 31, 2010

Gaza & the Flotilla

Bahang perjuangan mereka terasa sampai ke sini.

esok, June 2, 2010:
demonstrasi di Cathedral Square, Christhchurch.
1600 (+12hours GMT)

kami bersama kamu, Palestine!

Peace for Palestine.
#Flotilla Mavi Marmara

Monday, May 10, 2010

mukjizat alaf baru

malam tadi sebelum aku tertidur, fikiran aku menerawang menerjah alam luar sedar yang sering kali aku jejak sebelum mata terlena. memikir masalah yang bakal aku, serta rakan-rakan aku yang lain lain sedang menuntut di luar negara. masalah negara ni! tapi pemimpin negara wat bodo. tak tau la memang dorang bodo ke buat-buat bodo, tapi dorang memperbodohkan jugakla masalah ini. tapi

sebelum aku ke dunia tanpa sedar aku, aku teringat kisah nabi musa dan nabi isa.

nabi musa alaihissalam
kelahiran baginda di alam pemerintahan kejam raja mesir ber'bin' tuhan matahari Ra menjadikan baginda seorang yang istimewa. Tiada dimahu kuasa mutlak ia terganggu suatu masa kelak, maka Firaun si bangkai mengaku Tuhan itu menyerbu segenap pelusuk negeri mencari bayi lelaki suci untuk di bunuh. Firaun si zalim terasa Tuhan itu mahu mereka mati, agar tiada mereka bangun menggantinya nanti.

mendengarkan ancaman itu, ibunya si musa menangis, merintih melepaskan si anak ke dalam bakul di hanyut arus sungai nil, bermohon agar selamat ia di bawah jagaan Tuhan yang Maha Satu.

ah, rancangan Tuhan tiada yang tahu! Firaun si bodoh menghina Tuhan tiada di sangka menjadi bapa angkat baginda, sedang suatu hari nanti baginda akan menentang malaun tersebut. maka itulah mukjizat baginda. selamat dari ancaman bunuh, lalu bangkit bersama saudaranya Harun menentang Firaun si buaya God-wannabe.

nabi isa alaihissalam
tohmah dan fitnah menghantui mariam tatkala membawa bayi itu keluar dari kandang ibadahnya. dia yang sememangnya seorang wanita yang sangat mulia, berkasih sayang dengan tuhan, suci dan bersih akan perilakunya, mengejutkan masyarakat dunia bilamana ia mengandung si anak tiada berbapa. 'zina si mariam suci' lapor Harian Metro berbunyi panas andai wujud harian metro pada tika itu.

mariam mendiam diri. tiada ia mahu bersuara. malah andai mahu dia bersuara, mampukah ia melawan arus deras terjahan masyarakat yang hanya tahu menilai kulit buku tebal nipisnya, bukan coretan dakwat pada kertas di dalamnya. siapa membela? siapa melawan?

maka si bayi berkata:
" Sesungguhnya aku hamba Allah, Dia memberiku Kitab (Injil) dan dia menjadikan aku seorang nabi"
[surah mariam, ayat 30]

si bayi membela si ibu.

tauladan
sedih tatkala melihat ramai yang mahu menjadi mariam dan juga ibunya musa. semua mahu menjengah alam kenabian. tetapi kemana nasib si anak yang mahu di'musa' atau di'isa' mereka itu? alangkah kesiannya mereka. lahir-lahir je da bersama as sampah wal sarap, berenang bersama keli, gelama di sungai.

mari kita lihat hasil kerjasama si bapa dan si emak tiada malu ini. mereka sangatlah berjaya!
STATISTIK

Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.

Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!

Pecahan mengikut negeri:

Selangor = 12,836 orang
Perak = 9,788 orang
Kuala Lumpur = 9,439 orang
Johor = 8,920 orang
Sabah = 8,435 orang
Negeri Sembilan = 4,108 orang
Pahang = 3,677 orang
Kedah = 3,496 orang
Pulau Pinang = 3,412 orang
Melaka = 2,707 orang
Kelantan = 1730 orang
Perlis = 691 orang
Sarawak = 617 orang
Terengganu = 574 orang
JUMLAH = 70,430 orang.
Sumber : Topix
masalah yang bakal didengari setiap hari. kerajaanku, selamatkan nusa dan bangsa.


danisha, aku rindu kamu!
(bapa bersama cucunya, Danisha)

ibu
kepada ibu tercinta, Hamsiah bte Haji Sam: selamat hari ibu, ibunda tercinta. semoga kami serta sahabat-sahabat anakmu ini terhindar dari gejala dan dosa ini.
amin, ya rabbal 'alamin.

cinta, bahagia dan keluarga

zafran membelek buku notanya satu persatu. berkerut sedikit dahi mencari isi yang mahu disampai. sudah 4 kali kami berkumpul. simple. yang kepala angin putar pun ikut sekali. hati melonjak gembira pada kehadiran dia. yela, nak carik syurga biar ramai. sorang-sorang nanti takut pulak sesatnya. ntah ke neraka pulak hala tujunya. zafran menarik nafas.

'dikahwini perempuan itu kerana 4 perkara: kecantikannya, keturunannya, hartanya dan agamanya. hadith ni banyak disalah ertikan oleh mereka yang tengah sangap nak berkahwin', ujarnya bersahaja. ada senyuman nakal di hujung bibir. satu persatu muka kami direnungnya.


syarat

sesetengah orang menjadikan hadith ini sebagai syarat perkahwinan. kena ada cantiknya, keluarganya, duit @ kereta @ rumah dua tiga ketul @ emas berjongkong-jongkong, tudung litup sampai menutup hidong. tidak cukup salah satunya, maka tiadalah ia boleh dijadikan isteri.

sedangkan hadith berkenaan adalah satu penerangan bahawa kelaziman asbab perkahwinan itu adalah dengan syarat-syarat yang sudah diutarakan sebentar tadi: ada orang berkahwin kerana cantiknya bakal ratu di hati; ada yang menerima wanita dalam hidupnya kerana kesuburan pada keturunannya; bernikah kerana wanita itu berduit melimpah ruah; berkahwinnya mereka kerna agama yang ada pada wanita itu. bukannya syarat cukup isteri. kalau begitu, maka susahlah mereka yang kurang pada paras rupanya, keturunannya, duitnya malah agamanya untuk berkahwin.

agamanya
nabi menyarankan agar kita memilih agama sebagai alas perkahwinan. mengapa agama? bila difikir balik, dengan agama, kita mampu menimbang suatu perkara dengan lebih mudah, lebih berakal. andai beragama si dia, maka cantik tak cantik sudah menjadi perkara ke lima atau ke enam dalam list pilihan. begitu juga syarat-syaratnya yang lain. mengapa? kerna agama itu membawa mata, hati dan aqal memilih pasangan bukan pada kesempurnaan duniawi, tetapi akhirati. siapa yang beruntung? mereka yang melabur untuk saham dunia seterusnya bakal beruntung. itu janji Allah dan rasulnya.

memilih yang sedia ada beragama, sudah tentu menyenangkan hati ibu dan bapa. tetapi sengetlah perahu perkahwinan itu andai si isteri sudah litup bertudung, si suami pulak berjeans lusuh lobang di lutut, hensem ala-ala rock kapak. adeh.. boleh dapat sakit jantung berlobang mertua andai menantu begini jadi pilihan si anak.

maka si suami juga perlu bersiap! lengkap 5 waktunya, masjid jadi singgahan utamanya, kitab Quran di bibirnya, agama di hatinya. maka seimbanglah perahu, moga sampai ke destinasi cinta yang di cari, bak kata lirik lagu nasyid.

persiapan
maka aku bertanya pada cermin di bilik air. refleksi diri a.k.a. pantulan diri. masih banyak persiapan itu. novel dilebihkan dari kitab. solatnya rongak, tiada ditampal.

'habis bila nak kahwin kalau nak tunggu baik semua?' tanya sahabat bijak bestari.

jawapan itu pada diri kamu. kamu yang akan menjemput keluarga kamu ke syurga, atau mengheret mereka ke neraka. jangan pula kita menjadi penyumbang statistik kes bayi manusia dilahirkan oleh tong sampah atau bayi manusi dibunting ikan di sungai. kalau bukan kita, jangan pula oleh anak-anak kita. atau cucu-cucu kita, keturunan kita.

cakap tak serupa bikin
jangan hanya tahu menulis dan berpesan, tapi apa yang ditulis tidak tergambar pada diri. malu weh majied, malu! berpesan pada diri dahulu, amalkan. baru boleh yang lain dipesani.

pantuli diri. baru perbetul yang lain, majied.

Tuesday, April 27, 2010

exam itu dekat!

minggu pertama term ke-dua sudah bermula! hari ketiga sudah memberi gambaran bahawa exam sangat susah! lecturer masih tersenyum meski mereka tahu bahawa ada di dalam kelas itu masih terawang-awangan, terbang di awan gelap subject mereka; tidak tahu arah tuju!
macam aku.

dengan dynamics, thermo-fluid, mechanics ditambah pula perisa design, project dan management yang suka menyelit-nyelit di kala kesempitan masa, aku khuatir! sungguh!

jadi aku membuat keputusan. menyediakan bahan yang perlu untuk exam yang mendatang! kene jenjalan beli barang ni. lagipun da lama tak jenguk riccarton mall yang cantik lagi menarik. ah.. rindu!

jadi aku mempersiapkan diri, dengan buku 'bercinta sampai ke syurga' di genggam erat, aku melangkah ke hentian bas. dalam list:

satu rim copy paper
pen bermacam kaler
selotape

temanya? mari menghias bilik dgn lukisan2 ilmiah! lalalalala~

baik! malam ni start! wish me luck!

bismillah..

Friday, April 23, 2010

satu ketika

hujan mencurah semenjak pagi. titik-titiknya pantas membasahi bumi sejuk Ilam yang senantiasa basah tanahnya. gelombang kecik berolak bermain manja di lopak air. tenangnya irama ciptaan tuhan bermelodikan rintik-rintik hujan. gerimis pagi. kini sudah zohor, ia masih mampu mencurah kasihNya.

hujan gerimis.



pernah aku merasa hebatnya berada dalam suasana beragama. sibuk memikirkan nasib mereka yang tidak mampu merasa nikmat itu. meluang masa mencari dan memberi. ada sahaja masa untuk merenung kembali apa yang sudah dikerja, difikir.

sahabat-sahabat dekat di hati. terasa senang berjalan untuk mencari ketenangan. tiada rasa beban itu dipikul sendiri. mereka datang membantu dengan senyum penuh berseri. ada sahaja cadangan. terasa kami ini benar-benar ingin membantu. ingin menjayakan sesuatu yang besar. untuk agamanya.

ya. untuk agamanya.

hujan masih mencurah lembut. membelai rumput dan daun, menyegar mata yang letih dan jemu menghadam radiasi papan pemancar laptop. sunyi Ilam. tiada mereka yang meluncur skateboard lalu di bawah. tiada mereka yang bergelak ketawa menyanjungi kebahagiaan hari-hari. hanya larian dan peluk tubuh mereka yang kebasahan. basah dengan nikmat dari tuhan yang tiada mereka kenal. malah mungkin mereka benci.

aku rindu detik itu. aku rindu ketika itu. ketika aku ketagih perkenalan dengan Mu.

mereka yang membantu kini membatu. mereka yang mencadang kini hanya memandang. mereka yang pernah berkumpul untuk mengumpul idea, kini tumpul tiada suara. tidak ketinggalan, aku turut bersama mereka: membatu, malah membantut.

titis hujan kian galak menari. moga sejuk permukaan bumi ini.
semoga berisi kembali hati yang merindui.
menapak jalan mengenal tuhan.

Tuesday, April 6, 2010

blind

found this picture while surfing the net. cool picture!

(click to enlarge)

do you follow your religion blindly?
:)