Wednesday, August 24, 2011

redup

Oh muslimah
Allah cinta kepadamu
Rasulullah kasih kepadamu


Oh muslimah
Berbahagialah kau telah dilahirkannya dengan mulia


Subhanallah
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu
Rendah hati


Oh muslimah
busanamu menutup rapi
auratmu kau lindungi dengan indahnya


Oh muslimah
kau rajin memuji
Islam kau jadikan ikutan sejati


Oh muslimah
memandangmu menyejuk hati
menundukkan nafsu hati yang goyah
Keayuan wanita solehah indah peribadi
Tulus hatinya


Oh muslimah
Kecantikan yang sebenar
Pada tutur kata penuh berhikmah


Mempertahan kehormatan dirimu
dengan pakaian mentaati Allah


Oh muslimah
Kau masuk ke syurga
Solat lima waktu dan berpuasa
Menundukkan pandangan matamu
Mentaati suami yang tercinta


Oh muslimah
Kau rajin mengaji
Islam kau jadikan
Ikutan sejati

bertepuk sebelah tangan


cuaca panas di luar. ramadhan.

aku baru balik dari berlarian mengambil tart nanas dari kak yan. ada jugak benda berunsur raya yang ada dalam almari makanan aku selain biskut dan keropok. ah.. raya.

berbukanya kami petang ni, menandakan habisnya hari ke-25 puasa untuk tahun ini. aku gembira, bukan kerana raya. tetapi mampu bersama ramadhan kali ini. mudahan sampai ke hujung hendaknya. bukan ramai yang mampu bersama. nun di kampung aku, sudah berpuluh meninggal sebelum sempat melihat sinar fajar ramadhan pertama tahun ini.

bersyukurlah! bersyukurlah!

cukup sebelah tangan sahaja bilangan hari-hari tetamu mulia ini dan ia bakal pergi. jauh. setahun lagi baru berjumpa lagi.

masihkah aku bernafas tahun depan? atau masihkah aku berada di atas tanah, atau sebaliknya. ah jauh. kenapa tidak ditanya cukupkah rezekiku sehingga ke akhir ramadhan ini? mungkin hanya mampu membayangi suasana raya aidilfitri kelima di tanah asing.

perginya ramadhan. cukup mesrakah aku dengannya? cukup intimkah kami? cukupkah sekiranya hanya terawikh di malam hari, tanpa tampungan yang lain? hah.. belum ditanya sudahkah habis surat cinta dibaca bersama? ah ramadhanku.. cukup romantikkah aku kali ini?

Ramadhan. aku bertanya. meningkatkah hubunganku dengan sahabat2mu yang lain? umat islam yang lain? makin terukkah? sama sajakah? ah rugi! rugi!

alangkah indah andai ramadhan boleh kita bicara seperti itu. kalau boleh di chat, akan di chat ramadhan itu. apatah lagi andai ramadhan boleh dipeluk, dipujuk rayu untuk tinggal lagi lama. he he. ramaikah kita mahukan ramadhan bertandang lagi lama? atau sudah kita endah tak endah ada, perginya dia?

sama saja. benda berulang. tahun depan ada lagi, kan? yang penting apa? raya tahun depan nak pakai baju apa pulak? puasa cukup tidak belakang kira. ha ha, gelak setan dalam kalangan manusia juga.

Ya Allah jauhkanlah kami dari musibah ini.

Allahuma innaka 'afuwunk kariim. Tuhibu 'afwa. Fa'fuanna.

Fa'fuanna. Ya Rabbal 'alamiin.

Sunday, August 7, 2011

larian terhenti

penatkah aku? atau aku sudah tidak peduli?

aku juga pernah mengikuti mereka dalam gerakan. ke sana, ke mari. pernah kami tersenyum bersama. gelak kami memecah gempita.
pernah kami menangis bersama. pelukan demi pelukan menenteram jiwa raga. ikatan kerna Dia dicanang acap kali. agar hati dan jiwa terus sebati dan menari bersama.

pernah juga aku jatuh cinta di dalamnya. kerna cantiknya kain yang melitupi kepala sehingga ke dada. kerna lembutnya bicara, ramahnya bahasa. tersusun kata-kata. cantik memegun.
pernah juga kecewa dan merana di dalamnya. dek usaha membuang sisa cinta pada dunia, pada hiasannya. meratapi kebodohan remaja terkinja-kinja meramas makna cinta.
cinta melarat, iman tersesat. air mata tak lalu dikesat.

bicaraku pernah benar, pernah juga ia melawat jurang tipu daya. tiada terlepas dari omong dan bicara kosong, ringan tanpa isi. namun tetap aku menerus kata dan puja. alasannya, mahu menternak lidah dan hati. biar selalu menutur kata indah dan memberansang!

aku tarik mangsa dengan nada keinsafan. janji dan janji bertaburan entah di mana satu-satu. berbunga jiwa andai termakan satu dua olehnya. aku terus menjala. menjaja hati dan jiwa untuk mengharap pandangan dan curahan kasih. imanku tertewas dek nafsu.

iya, pada masa yang sama, aku lerai sepah dengan hamburan kata hina. hati itu untuk satu cinta, benar? kata sayang dahulu, kata pincang sekarang. tangis sepah dibiar tanpa pujuk, jauh sekali rayu. atas alasan cinta pada Dia, sedangkan hati kencang berhujan ribut cinta pada dia berlitup labuh, aku menepis 'buruk jahiliyah' itu tanpa segan silu. ah, bicaraku masa itu hanya hampas. ingin dibakar agar asapnya tepu, menghalau lalat dah nyamuk, yang dulu rama dan kupu; agar dapat ditanam balik cinta yang baru.

ah, kacau!

kalau masa itu bacaan ku tersusun ikut mukasuratnya, tanpa kusedar bacaan ku bernyanyi lagu riak dan bangga. sedangkan dulu tidak pernah ikut tertibnya hari-hari, tapi hati ini berkeinginan telus. bukan mahu memenuh kata pengurus. ikhlas masa itu bukan utama. masa itu hanya mahu bersama, agar rasa tidak tertinggal, atau terhina. bah, itukan riak? syirik kecil. mahu menggumbirakan mereka bukan Tuhan.

aku cuba lari dari rentak itu. bukan rentak aku. benar, rentak itu bernyanyi lagu Ilahi. tapi hati ini bernyanyi sama; membuta, menuli.

aku cuba rasionalkan kembali tujuan nyanyian. mahu memenuhi koir atau mahu menjadi lead singer? atau melalak dari belakang tabir, bukan koir mahupun lead singer.

rasionalku: aku bernyanyi kerana peminat. aku berdendang atas tandatangan dan poster. rentak aku berubah mengikut siapa yang mendengar. terpulang kepada aku samada rentak padang pasir atau rentak pemecah kepala.

ini sudah salah.

aku mengambil keputusan. aku tidak mahu berdendang bersama. bukan kerna aku sudah pandai bernada baru, atau sudah menari pula. tetapi aku mencari makna dalam apa yang aku kejar. dalam apa makna tangis dan sendu di balik bacaan dan kata-kata.

aku mahu menilai keprihatinan lead singer kepada penyanyi latarnya. tersalah nada, adakah akan dibetul, atau dibuang, ganti baru? disepak terajangkah? atau dihalau dan di'ban' dari mendengar nyanyian atau konsert mereka.

benar. ada anak menderhaka hanya mahu mencari kasih dan sayang dalam hayunan rotan ayah dan herdikan ibu. ikatan kerna Dia? atau hanya canangan pembingit telinga, peledak jiwa?

usrah.

penatkah aku? atau aku sudah tidak peduli?

atau aku sudah tidak dipeduli?