Sunday, March 4, 2012

cahaya malap

selalunya, orang akan merungut dah lama tak menjenguk blog. dah bersarang la apa la lagi asalan yang diberi. tapi blog aku tidak. blog aku memang saja dibiar. tiada keperluan dalam menulisnya.

aku ke yan, kedah buat ke sekian kalinya. banyak kali jugak dah ke sini. macam-macam program sudah dibuat sini. aku ke Sekolah Menengah Agama Fauzi, jadi salah seorang ahli fasilitator dalam group SANTU, YaPEIM. motif? mahu menabur ilmu dan semangat!

anak-anak dalam group aku:
1 Nasiha
2 Suhaila
3 Solehah
4 Insyirah
5 Aina Afiqah
6 Zulaikha
7 Shamim
8 Humairah
9 Najwa
10 Norzathirah

pemalu? memang pemalu! ada sorang tu bila bagi jawapan yang dikehendaki, ya Allah! bagai berbisik dalam kelambu! (walaupun aku belum pernah berbisik dalam kelambu, tapi mungkin macam tu la kot orang berbisik dalam kelambu. Cis, ini semua salah novel!)

tapi jangan diduga laut tenang kadang-kadang itu tiada jaws!

malu-malu mereka ini, dalam hati ada singgahsana! bila ditanya akan kehendak menjadi apa dah besar kelak, pergh jawapan! cekgu bukan sebarang cekgu. ada yang mahu jadi doktor. ada yang mahu jadi pensyarah. pensyarah tapi bila bersuara, insyaAllah anak semut juga akan ter ah? ah? ahhhh? juga kalau dia curi2 dengar.

anak semut? ah, ini semua salah novel!

aku suka. sebab pada mulanya mereka malu! tapi bila sudah bersama 2 hari, mereka ini beria mahu bersuara. ada yang malu lagi. tapi, kemahuan dan keinginan sudah mula menampak pada muka. bagus!

memberi kemahuan pada mereka untuk terus berjaya.

aku mahu mereka berjaya. tidak terperuk dek cinta di usia muda. setidaknya tidak seperti aku, rakus pada cinta manusia, lupa pada cinta Dia.

moga terus berusaha, adik-adik ku. kami mendoakan kalian.