Monday, May 13, 2013

Beauty in heart

Aku mengagumi kecantikan. Kecantikan itu sangat memberansangkan minda. Tak percaya? 

Tapi definisi kecantikan itu selalu diketengahkan sebagai ukuran badan yang montok, serta wajah yang gebu serta liuk-liuk badan berjalan dan seumpamanya. Aku tidak terlepas dari meng'adjust' definisi cantik ke dalam terma-terma yang disebut di atas. Malah, siapa yang tidak teruja melihat kecantikan? 

Tapi kali ini aku tersentap dengan video ini. Aku dah lupa mana aku dapat tapi video ini sangat menyentuh kalbu. Walaupun tidak kelihatan wajah atau pun kulit mahupun sehelai rambut dalam video ini, yang ada hanya gambar pondok telpon serta salji yang salju, tapi jelas kecantikan yang ada pada hati budi wanita operator ini.

Cantik sehingga boleh memerah air mata aku keluar mendengar bagaimana keindahan budi bicaranya dalam melayan seorang wanita tua. Aku jatuh cinta pada manisnya bicara dia ini. 


Tapi wanita operator ini sudah berkahwin. Madam.

Ada ke wanita di luar sana yang boleh menyejuk hati begini? 

*aku ulang-ulang jugak tengok video ni bro! Alahaiii... Oh lala~

Monday, May 6, 2013

Labur libur

Usai makan, aku mengajak John ke kelas. Makan di sini sudah lali dikunyah. Ayamnya sama, tiada beza. Hidangya hari-hari. Bukan tidak bersyukur. Syukur, dapat menjamu selera. Namun selera itu bukanlah mudah dijinak selalu.

Dalam melangkah, satu kelibat berjalan melangkah bersama di belakangku. Teman sekelas. Tersenyum dia melihat aku menoleh kebelakang.

Ayuh solat, ujarku. Dia mengangguk, lalu kami melangkah ke surau. John angguk, lalu terus ke kelas. John; dia tak solat kot.

Kamu solat berapa rakaat, tanyanya memecah sunyi berjalan.

'Empat. Kamu?'
'Dua sahaja. Sebab sekarang kita tidak berada di tempat diam kita.'

Aku mengangguk. Dalam hatiku berbisik, 'Arab ni memang suka ambil mudah'.

Aku terasa gatal mahu mengujinya.

'You know what brother, I treat Solah as an investment.'
'Investment?'
'Yes, for a better things. I invest four, and you invest two. Which one you think will get more at the end of the term?'

Dia senyum. 'No, it is not like that', katanya lalu tersenyum. Aku malas mahu berbincang hal yang pastinya tiada sudah bicaranya, lalu aku senyum kambing, lansung mengambil wudhu'. 

Tapi aku pasti, aku sudah menanam rasa tertanya-tanya dalam diri dia tentang apa yang aku ucapkan.

Aku solat, dia masuk jemaah, lalu bergegas ke kelas. 

Masih ada bisnes dunia yang belum selesai. 

Jalan

Perjalanan hidup itu bukanlah mudah. Adakalanya apa yang dihajatkan tidaklah sempurna pencapaiannya. Malah ada yang tidak beroleh apa-apa.

Kecewa, lalu muntah kata tiada adabnya. Marah, lalu disabar dengan iman. Tiap reaksi itu berbeza tahap kemanusiaannya.

Tanah berdebu ini kini menjadi rumah sementara aku. Padang pasir sekeliling. Abu Dhabi; tempat yang tidak pernah aku jangka akan dijejakkan kaki. Dengan izin Allah, aku berada di sini.

'I am happy I have a muslim in my class', ujar Omar, teman dari Oman. 

Omar tidaklah seperti pak arab yang lain. Dia sedikit gelap, berbadan kurus. Namun bicaranya fasih arab. Berdebu, sebab dah lama sangat cakap arab. Tidak perlu dihalusi.

Niat aku mahu mengambil games dari hard disk beliau. Lalu melekat menonton Wild Arabia terbitan BBC. Cantik. Sangat cantik. Dia menghargai kamera (Qamrah kata beliau), sama seperti aku.

'Man, we have a lot of muslim in our class', balasku.

'Brother, we, muslim have different levels'.

Aku senyum. 

Aku tidaklah sebaik sahabat-sahabat aku yang lain. Aku akui, aku juga tidak sempurna 5. Malah ada hari yang tiada 5. Bukan berbangga, tapi kecewa. Kecewa dengan diri yang tiada mampu melawan rasa.

Tapi ungkapan ini benar-benar mengejutkan aku dari tidur rasa ini. 

Aku rindu pada ucapan baik dan membina.
Aku rindu pada peringatan dan nasihat.
Aku rindu pada sahabat yang bersama dalam gelung gembira.
Rindu pada guru-guru yang memberi pesan. 
Aku rindu pada ibu.
Pada orang tuaku yang tiada pernah berhenti menyayangiku.

Kehangatan ini yang membina rasa ingin berjuang, ingin berpesan. Pada senyuman dan keramahan di malam ramadhan di surau UC. Pada sahabat-sahabat yang tidak lekang dengan sulaman senyum di muka. Sahabat yang sentiasa bertanya khabar, meskipun sudah ditanya pada waktu zohor, asarnya pasti di tanya lagi.

Ana bil khair, ya habibi.

Aku rindu.

Terimas kasih, Omar. I am happy to meet a brother like you.