Sunday, August 7, 2011

larian terhenti

penatkah aku? atau aku sudah tidak peduli?

aku juga pernah mengikuti mereka dalam gerakan. ke sana, ke mari. pernah kami tersenyum bersama. gelak kami memecah gempita.
pernah kami menangis bersama. pelukan demi pelukan menenteram jiwa raga. ikatan kerna Dia dicanang acap kali. agar hati dan jiwa terus sebati dan menari bersama.

pernah juga aku jatuh cinta di dalamnya. kerna cantiknya kain yang melitupi kepala sehingga ke dada. kerna lembutnya bicara, ramahnya bahasa. tersusun kata-kata. cantik memegun.
pernah juga kecewa dan merana di dalamnya. dek usaha membuang sisa cinta pada dunia, pada hiasannya. meratapi kebodohan remaja terkinja-kinja meramas makna cinta.
cinta melarat, iman tersesat. air mata tak lalu dikesat.

bicaraku pernah benar, pernah juga ia melawat jurang tipu daya. tiada terlepas dari omong dan bicara kosong, ringan tanpa isi. namun tetap aku menerus kata dan puja. alasannya, mahu menternak lidah dan hati. biar selalu menutur kata indah dan memberansang!

aku tarik mangsa dengan nada keinsafan. janji dan janji bertaburan entah di mana satu-satu. berbunga jiwa andai termakan satu dua olehnya. aku terus menjala. menjaja hati dan jiwa untuk mengharap pandangan dan curahan kasih. imanku tertewas dek nafsu.

iya, pada masa yang sama, aku lerai sepah dengan hamburan kata hina. hati itu untuk satu cinta, benar? kata sayang dahulu, kata pincang sekarang. tangis sepah dibiar tanpa pujuk, jauh sekali rayu. atas alasan cinta pada Dia, sedangkan hati kencang berhujan ribut cinta pada dia berlitup labuh, aku menepis 'buruk jahiliyah' itu tanpa segan silu. ah, bicaraku masa itu hanya hampas. ingin dibakar agar asapnya tepu, menghalau lalat dah nyamuk, yang dulu rama dan kupu; agar dapat ditanam balik cinta yang baru.

ah, kacau!

kalau masa itu bacaan ku tersusun ikut mukasuratnya, tanpa kusedar bacaan ku bernyanyi lagu riak dan bangga. sedangkan dulu tidak pernah ikut tertibnya hari-hari, tapi hati ini berkeinginan telus. bukan mahu memenuh kata pengurus. ikhlas masa itu bukan utama. masa itu hanya mahu bersama, agar rasa tidak tertinggal, atau terhina. bah, itukan riak? syirik kecil. mahu menggumbirakan mereka bukan Tuhan.

aku cuba lari dari rentak itu. bukan rentak aku. benar, rentak itu bernyanyi lagu Ilahi. tapi hati ini bernyanyi sama; membuta, menuli.

aku cuba rasionalkan kembali tujuan nyanyian. mahu memenuhi koir atau mahu menjadi lead singer? atau melalak dari belakang tabir, bukan koir mahupun lead singer.

rasionalku: aku bernyanyi kerana peminat. aku berdendang atas tandatangan dan poster. rentak aku berubah mengikut siapa yang mendengar. terpulang kepada aku samada rentak padang pasir atau rentak pemecah kepala.

ini sudah salah.

aku mengambil keputusan. aku tidak mahu berdendang bersama. bukan kerna aku sudah pandai bernada baru, atau sudah menari pula. tetapi aku mencari makna dalam apa yang aku kejar. dalam apa makna tangis dan sendu di balik bacaan dan kata-kata.

aku mahu menilai keprihatinan lead singer kepada penyanyi latarnya. tersalah nada, adakah akan dibetul, atau dibuang, ganti baru? disepak terajangkah? atau dihalau dan di'ban' dari mendengar nyanyian atau konsert mereka.

benar. ada anak menderhaka hanya mahu mencari kasih dan sayang dalam hayunan rotan ayah dan herdikan ibu. ikatan kerna Dia? atau hanya canangan pembingit telinga, peledak jiwa?

usrah.

penatkah aku? atau aku sudah tidak peduli?

atau aku sudah tidak dipeduli?

Monday, June 20, 2011

dusta bangga

dulu aku pernah baca satu post kt blog seorang hamba Allah ni, mencanang bangga yang umat islam tak lama lagi akan menakluk duni. dengan kadar kelahiran di Eropah, di USA, di serata dunia bahawa ramai bayi-bayi Islam dah muncul. Yeah!! Ramai umat! Boleh takluk dunia!



Anak-anak orang islam. Gambar hiasan. Biar menarik sikit.

Kepala hangguk dia.

Siapa tahu semut gula dengan semut api? beza kan? kalau di kira koloni dorang pun sangat berbeza. semut gula banyak tak hengat. semut api, kalo jumpa selalunya sekor dua je merayau. kalo ade banyak pun memang nasib dia boleh jumpa semut besar tu dalam koloni dia.

Kalau anak-anak ini dididik dengan cara moden sekarang, nescaya takde beza dorang dengan semut gula. banyak dan menyusahkan kompeni gula. makin ramai yang mati dalam gula. kita tengok sekeliling kita. tak payah jauh. di malaysia sudah.

ramai mengaku islam, tetapi islamnya hanya pada pakaian, pada nama. pada ic. bila ditanya tentang islam, jawabnya 5 rukun islam. ilmunya hanya pada bacaan itu, sekadar mahu lepas SPM atau PMR. nanti boleh la dapat kerja, carik makan. sara anak bini. boleh mati dengan aman bagi kurang anak bayar hutang. ah! putaran sama! asyik itu kesudahan umat kita. cerita sama, hanya watak berubah bak kata altimet.

semut api, tuan puan sekalian, lain. seandainya ditenak anak-anak muslim itu menjadi segah sahabat-sahabat, menerapkan fahaman tuhan itu Allah, punca itu Allah, semua dari Allah, maka jadilah meraka semut api. semut yang mengancam, ditakuti.

seramai mana umat islam ada sekalipun, andai kekuatan tidak pada hati dan iman, maka mereka hanyalah buih di lautan. mencintai kerja, pangkat dan harta. bukan aku suruh jangan kerja atau simpan duit. bukan. tapi prioriti itu sudah beralih.


Ini pun boleh. Baju atromen Islam.

misal: kalau kerja itu memaksa kita mengendah solat, semudah mana kita akan melaksanakan paksaan itu? atau kita akan menggigit semacam semut api?

ramainya umat tanpa keinginan dan pengetahuan apatah lagi sayangnya pada agama, hanya akan melemahkan umat itu sendiri.

ayuh tuan puan. bukan nombor yang kita cari. tetapi obor di dalam diri.

kalau ilmu dicari untuk diri sendiri, lebih baik duduk di hutan kerana tidak membawa kebaikan kepada sesiapa. ilmu dicari, diteliti untuk dikongsi, agara lebih ramai yang bisa mengerti. bukan untuk gelak ketawa sendiri.

ingatlah! islam itu bukan warisan!

Monday, May 16, 2011

hari guru

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

aku pernah mendeklamasi sajak ini di sekolah.
terima kasih, guru.
aku sayang kalian

Wednesday, April 6, 2011

tiada

sahabat, rakan semuanya
andai
suatu masa nanti
aku tidak lagi ada di kalangan kamu
aku tiada untuk tersengih, tertawa lawak jenakamu
tiada untuk tersenyum pada senyum kalian
berjalan bersama menatap langit
meramas bumi di kaki
maka
ampunkan kesalahanku
lupakan silap laku
kasar bahasa dan nista kata

ibu
andai
suatu masa nanti
aku tiada lagi di depan mata mu
tiada aku untuk menatap senyum mu
menyekang air matamu dikala dikau sedih
menyakat di kala gembira di dapur
sedang dikau sibuk mengemas, memasak
bercerita dengan mu itu dan ini
bila mana dikau sunyi tanpa teman di rumah
maka,
ampunkanlah dosa anakmu ini
yang jarang sekali mendengar nasihat mu
seringkali menyakiti hati mu
melupakan tanggungjawabku
dengan mengejar dunia penipu
penuh dosa dan dugaan banyak beribu
ibuku
maafkan daku

ayah
andai
suatu masa nanti
aku tiada lagi bercanda gembira di depanmu
tiada aku menemanmu membaiki barang di rumah
tiada untuk memboncengmu ke surau dan masjid
membantu dan menolong dikau itu dan ini
menaikkan amarahmu andai aku malas
tiada aku untuk mendengar pesanmu
maka
ampunkanlah dosa anakmu ini
yang seringkali lupa dan leka
tiada pernah mendengar ingatanmu
leka dan alpa pada dunia di depan mata
hingga lupa pada dikau
yang sudah berpayah, berhempas pulas
jauh, lama sebelum aku membuka mata
maafkan aku

andai aku tiada lagi
andai aku pergi sendiri
maafkanlah segala dosa
salah silap diri ini
kerna aku tidak mampu menanggung dosa diri ini
tiada aku mampu menjamin diri ke syurga
malah tidak mahu aku meminta neraka sebagai ganti
diri ini tetap lemah dan longlai
tidak mampu, tiad amahu keluar
dari kancah dosa dan maksiat duniawi
yang tiada pernah jenuh
tiada pernah berhenti

meminta dan memanggil
maka
doakan aku
ampunkan aku
moga masa yang masih bermalasan ini
aku mampu mencari
jalan kembali
pada Dia
maha penyayang, maha pengasih

baru

oh ya. aku sudah berjinak juga dengan tumblr. menarik! aku akan selalu upload gambar aku kat situ. ni tumblr aku.

pastu aku ada jugak join lomography.com punya komuniti. aku jugak akan upload gambar yang aku ambik kat kamera aku yang satu g tadi kat situ. dekat page ni.

doakan aku terus beria-ia dalam benda-benda ini. berpaedah kelak, insyaAllah.

baik. sampai ketemu lagi, lain kali. moga Allah merahmati hariMu.

minat

kamera. ye, kamera. aku ada DSLR Canon 400D. Minat pada kamera ini mula-mula bila aku duduk sebelah bilik hanafi. dia ada satu kamera dslr gak. Nikon kalo tak silap. da lama da. jadi aku pun mula berjinak-jinak mencari satu kamera yang boleh aku bawak ke hulu ke hilir dalam beg yang besar, hitam. aku tak kesah. haha..

bidikan kamera yang aku beli banyak berpaksi dalam bilik aku. berligar-ligar di situ jugak. kekadang aku membuang masa dengan berjalan dekat ilam garden. ade banyak bunga-bunga yang menarik, cantik, memikat hati. ni bunga yang aku paling suka masa aku jenjalan dekat situ:


the unnoticed.

menarik mengambik gambar ni!

hari tu aku ade beli satu kamera lain. yang kecik je. ni untuk ambik gambar yang menarik dan bergerak. memperkenalkan: Lomography ActionSampler. aku beli kat TradeMe. hehe.. tapi sebab kamera ni pakai filem, aku kena gi cuci selalu la. tapi da jumpa da port untuk cuci. dekat merivale mall, dekat dengan city. tapi bukan dekat city. kalo dekat city, aku tak leh nk cuci da la. hehe.. menarik!

apa yang uniknya kamera yang aku beli ni, dia ada 4 lens sekali. so skali amik tu leh amik 4 gambar dalam satu filem. khas untuk gambar yang bergerak. sebab setiap lens tu akan ambik gambar dia asing-asing. jadi dalam satu filem tu nanti akan ada 4 gambar. contoh gambar dia macam ni.

tunggu hasilnya nanti. setakat ni da 2 gulung filem aku abeskan. hahaha.. dalam masa beberapa hari je. hahaha..

baik. sampai jumpa lagi. moga Allah memberkatiMu.

Thursday, February 3, 2011

betulrendah

bila berkata begini, buatnya begitu.
bila buatnya begini, alasannya begitu.

hipokrit itu sangat menjengkelkan.

untuk orang katanya perlu buat begini, begitu.
bilamana untuk dia, katanya tidak perlu.

sungguh,
hipokrit itu sangat menjengkelkan.

hipokrit itu munafik.
munafik itu duri dalam daging,
tempatnya jauh di lurah neraka,
lagi rendah dari mereka yang mengingkariNya.

jauhi kami dari sifat ini, ya Allah.