Thursday, September 10, 2009

puasa dan sedekah

sudah berhabuk. itulah blog aku.
terkadang berminat menulis, tapi tidak mampu ditempiaskan di sini. hanya di buku catatan, teman segala masa.

biarlah pendek sahaja kali ini. mengenai
sedekah.

rabu lepas, our student advisor, Pn Zaidah datang melawat sekali lagi. meskipun kedatangan beliau tidaklah diberitahu awal, sambutannya alhamdulillah, menggalakkan!
semua bermuka ceria di kala azan maghrib dilaungkan. chips dan air pengganti kurma.

*maaf ye rakan2. kurma tertinggal dalam bilik aku :D

jadi dipendekkan lah ceritera, maka malam tu kami pun menghantar puan ke motelnya.
berbicara panjang,
mengenai interview
dan segala macam mengenai petronas.
sedikit demi sedikit, kami beralih kepada topik berunsur keagamaan.


'tiada lain yang boleh mengubah tarikh itu, meski berdoa sebanyak mana, solat, zikir dan pelbagai ibadah lain lagi kecuali bersedekah',
ujar amir mengenang lotehan sahabatnya suatu masa dahulu.
'tarikh mati, ajal',
terangnya.

bulan manja yang chomel

dengan sedekahlah boleh memanjangkan umur.
pernah suatu ketika, ada seorang sahabat yang dikhabarkan oleh malaikat kepada rasulullah akan matinya pada sekian-sekian tarikh,
tidak ditarik nikmat hidupnya
pada tanggal tersebut atas sebab
bersedekah.
meskipun hanya
sekeping roti.

___________________________

Amru bin Auf menceritakan:
“Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu akan memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan buruk
(Hadis riwayat Tabrani)


___________________________


alangkah bestnya kalau kita banyak bersedekah di bulan mulia ini.
dengan sedekah kita, orang boleh beribadah, melaksanakan tanggungjawab mereka.
setiap tingkah laku mereka, amal ibadah mereka
yang bersumberkan tenaga dari makanan yang kita sedekahkan, menjadi sumber pahala kita yang berterusan mengalir masuk ke dalam akaun akhirat kelak. menarik?
memang menarik!

jadi marilah perbanyakkan sedekah!
tapi jangan pula niatnya mahu
awet muda, panjang umur,
ye pakcik, makcik.
ikhlaskan,
LILLAHI TA'ALA.


kami kembali ke Ilam Apartment berjalan kaki dibawah sinaran rembulan manja. bateri kereta amir flat :(

wallahua'lam

Wednesday, August 19, 2009

bicara tentang cinta - UNIC

lagu yang sangat menarik dari seorang sahabat.
thanks hafiz. moga jepun terus maju dengan lagu nasyid.
hihi..
moga bermanfaat, insyaAllah.

________________________________


Bicara Tentang Cinta

by UNIC

Salahkah ku mendambakan seorang puteri
Dan pasti ku mengharap yang setia di sisi
Teman kala ku kedukaan memberikan daku cahaya
Sinari kehidupan

Walau ku tahu segala suratan Esa
Ku pohon kesetiaan pemberi inspirasi
Pengubat jiwa yang sepi
Agar dapat ku kecapi indahnya hidup ini

Usah ada rasa sangsi
Saling faham dan mengerti
Sinar bahagia menanti

Pendorong penguat jiwa
Dalam melayar bahtera
Pasti tenang jika kau di sisi

Selagi masih aku terdaya
Menuturkan kata-kata
Kan ku bicarakan yang sesungguhnya
Di hati ini dikau saja yang bertakhta di jiwa
Insan yang ku kasihi
Dikau yang ku sayangi..
_______________________________________________

p/s: terkenang mak, apak, abang, kak eda, kak epi, awa, muaz, nenek.
tidak juga dilupakan: kucing, itik, ayam, skuter.
rindu.
puasa tahun ni sekali lagi tiada di rumah, ye mak?
T_T

Sunday, August 9, 2009

tensi?

bulan ramadhan tak lama gi nak bertamu. ramadhan yang sangat dirindui.
dirindui
.

term rindu tu merujuk pada banyak perkara. tapi bukan di sini aku akan jelaskan. nanti sampai satu masa yang kurang sibuk sikit, aku tulis la mengenai kerindui pada bulan mulia ini.

buat masa sekarang, ada banyak pertembungan budaya berlaku dalam diri.



Islam Awareness Week
akan bermula esok:
10-16 Ogos 2009.
siang akan diadakan booth yang akan menyediakan buku dan tempat bertanya.
malamnya pulak akan disambung dengan ceramah yang akan disampaikan oleh penceramah2 yang dijemput dan jugak yang ada di Christchurch sniri.
Ahad, ada
Masjid Open Day.
akan diadakan di
Masjid An-Nur, 101 Dean Ave:
10am - 3pm.

forum
'Ramadhan, I miss you!'
yang akan diadakan Sabtu ni.
meeting untuk finalise idea: rabu malam.

test ENME223 Jumaat ni.
sejam.
tak ingat berapa percentage dia. huhu~

assignment design 50% yang perlu disiapkan sebelum Senin depan.
________________________________________

Allahu Akbar!
mudahan Allah akan permudahkan perjalanan minggu ni.

our responsibilities exceed our time.

Thursday, August 6, 2009

siri khutbah 2

minggu ni khutbah di sampaikan oleh Brother Omar. mengenai
da'wah
dan jugak
Islam Awareness Week
yang akan berlansung minggu depan. aku sempat dengar sikit je tadi. terlambat sebab ada kuiz. huhu..

dalam khutbah pertama, beliau mengajak semua brothers yang ada untuk bersama menyampaikan ilmu kepada mereka yang dahagakan pengetahuan Islam. kita akan dipersoalkan nanti mengenainya. sesiapa yang tidak mahu menyampaikan dakwah,
seolah-olah dia empunya duit yang banyak tapi
tidak mahu mengeluarkan zakat.

khutbah kedua pulak, beliau menyeru kepada semua rakan2 yang hadir untuk membantu menjayakan IAW yang akan diadakan minggu depan. dengan ada nya booth yang akan disediakan di depan pintu masuk UCSA dan jugak ceramah2 di malam2 minggu depan, diharapkan rakan2 lain boleh menyumbang dalam kepakaran dan juga pengetahuan mereka. insyaAllah..

solat jumaat.


tapi malangnya, mereka yang mendengar khutbah ini kadang2 bagai
mencurah air ke daun keladi
.
tak masuk2 apa yang disampaikan. mungkin kerana sudah terlalu biasa dengan isi khutbah rakan2 yang selalunya
dibaca

sahaja dari lembaran kertas yang diprint, bukan
menyampaikan
.
agak sedih melihat atmosfera begini. manusia itu hanya akan menghargai sesuatu itu pabila ia sudah tiada.
adakah kita perlu hilang peluang dan nikmat

untuk mendengar khutbah baru nak menghargai pengorbanan dan kesanggupan mereka yang berusaha berdiri di depan (mimbar) itu?
come on-lah, bro!!


aku merindui sahabat2 dari negara arab yang mampu
melontarkan suara,
menaikkan semangat juang

para syabab yang sudah lama
terlena, lemas dalam aliran hiburan dan lagha.
bukan arab sahaja, malah dari somalia, pakistan, dan yang lain2. tanggungjawab ini bukan tanggungjawab mereka yang menjulang dan menggenggam nama UCMUSA sahaja, tetapi mereka yang mengaku bahawa
tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah,
dan
Muhammad itu Rasulullah.


bangunlah, wahai pemuda-pemuda agama!
solat jumaat itu bukan rutin mingguan biasa. ia medan mengatur dan mencorak aurora semangat yang kian kelam disuluh neon kema'siatan.

cukuplah lentokan manja kamu di kala khutbah!
ia tidak membawa kita ke mana.

Thursday, July 23, 2009

konsep baru!

setiap tahun, kita selalu buat ceramah pasal
isra' mikraj
ni. ape kata, tahun ni kita buat kelainan. kalo selalu kita dengar pasal pengalaman semasa perjalanan pernuh berkah itu, tahun ni kita buat forum pulak.
amacam?



Forum kita kali ni berkisar pada pengaplikasian kisah ajaib ini dalam kehidupan. apa yang kita boleh pelajari dari kisah ini. bagaimana kita boleh terapkan konsep isra' dan mikraj dalam kehidupan kita?

nak tau? mari ke forum, esok!!

weee~~


Saturday, July 18, 2009

g'day, mate!

batuk da mula menyusut. kadang kala sakit di kening mai x tentu masa. selalunya petang. macam2 masalah sakit ni. alhamdulillah.. setakat ni, masih di jauhkan dari bahana H1N1.

kali ni aku nak berbicara mengenai pertemuan sesama muslim. tak nak lah membicarakan perkara macam isi perbincangan dalam pertemuan tu. just permulaan pertemuan. bila bertemu.

kalo orang kiwi bertemu, salah satu dialog permulaan dorang:
g'day, mate!
tak pun:
hey, how is it going?
paling koman pun:
good morning/afternoon.

pertemuan mereka dimulai dengan greeting atau mengucap kata2 selamat dan kata2 yang baik. macam salam. sekarang, apa beza pertemuan muslim dengan kiwi? kenapa orang kiwi menjadi watak utama kali ni? kesian dorang :D



muslim pabila bertemu, mereka juga akan
mendoakan kesejahteraan
saudara mereka jugak. tapi beza pertemuan mereka dengan watak2 di atas adalah, mereka menghulurkan tangan dan
BERSALAMAN.
malah ada juga yang berpelukan
(penat omputeh wat 'free hugs' kat tepi jalan. kita muslim 'free hugs' setiap hari.. hihi),
tak kurang juga berlaga pipi terutama mereka dari kalangan muslimah.
muslimin? ada juga. biasanya dari saudara arab kita.

tapi topik kita tidaklah sejauh berpelukan dan juga berlaga pipi, namun cukup sekadar menghulur tangan bersalaman.
aku menyedari bahawa sesama malaysia biasanya, pabila bertemu, salam diucap tapi bersalaman jarang sekali.

kenapa ya?
takut tersebarnya H1N1 melalui sentuhan? atau geli nak bersalam? mahupun mind set bahawa salam bukanlah sesuatu yang perlu?

tahukah anda (cam buku soalan trivia la plak) bahawa bersalaman tu
sangat mengeratkan tali silaturahim.
bila bersalam, terkadang kita akan melihat saudara yang disalami itu tersenyum indah. tapi bila hanya menyapa sambil memberi salam, terkadang mereka buat muka straight, malah ada juga yang tidak memandang lansung muka kita. haha..

Dari Abi Umamah RA meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda; Sesungguhnya orang yang paling hampir di sisi Allah SWT ialah mereka yang terlebih dahulu memberi salam (diantara mereka). [Hadis Riwayat Abu Daud]

antara adabbersalam yang baik diamalkan adalah:
1- kita dahulu menghulur tangan.
2- senyum dan lihat tepat ke muka dia. maksudnya kita memang nak senyum kat dia.
3- genggam tangan dia. bukan main touch n go je. zap! terus tarik tangan.
4- tanya khabar dia. mesti dia lagi hepi kalo kita concern kat dia
5- yang muda bagi salam pada yang tua. hormat tu, bro.
6- yang sedikit bagi salam pada yang ramai. payah gak nak jawab salam kalo ramai orang bg salam berselang seli.
"waalaikum salam, waalaikum salam, waalaikum salam..."

senyumlah!
mana tau kita adalah orang pertama yang senyum kat dia pada hari tu dan membuat dia hepi sepanjang hari. insyaAllah..

jadi,

bersalamlah. bukan setakat melontar salam secara lisan sahaja. kalau begitu, apa bezanya dengan
g'day,
how is it going
atau
good morning
kiwi2 di atas?

jangan lupa: pastikan niat bersalam tu ikhlas. bukan nak duit ke, belanje ke atau yang sewaktu dengannya. jadi sumber dosa kita la plak :D

selamat beramal!

p/s: asyik melayan lagu rabbani, kerlipan cinta.

Friday, July 10, 2009

ceritera dari utara


penerbangan kami ditunda 15minit. aku bersila di hadapan Amir. membuka kitab catatan yang berbaki 10 muka lagi kosong sebelum bertemu kulit tebalnya. sudah sampai menambah teman perjuangan yang baru.

'rasa banyak benar kekurangan ilmu dalam diri', Amir memecah sunyi antara kami. program kali ni di Auckland. menimba ilmu mempersiapkan diri.

aku mengakui kekesalan amir. di kala sahabat2 menjawab satu persatu

10 sifat seorang muslim yang unggul,

aku dan amir termangu sepi. tidak mampu menyampuk mahupun menggoreng satu pun dari kata2 mereka. seolah kami dari planet lain, memandang dan meneliti gerak geri manusia sekeliling. terasa ilmu pengetahuan itu sangat penting dan perlu di kala itu.
ceteknya ilmu di dada.
sampai aku dan amir terdiam bodoh.


apa niat aku ke mari?

kerana seorang kenalan yang sangat banyak membantu dalam memulakan langkah dalam perjalanan dakwah?
atau kerana ingin mendengar dan belajar dari ustaz Lokman Awang, yang terbang dari Malaysia menyampaikan ilmu dan berkongsi pengalaman. aku menimbang sendiri.

dalam setiap perbuatan kita, niat itu yang paling penting. mengapa sebenarnya kita melakukannya. ke mana arah sebenar perlakuan kita?


status?

populariti?

harta?


'boleh ke kita bawak tanggungjawab ni, bro?' aku mengaju soalan.

'insyaAllah.. kita sama-sama kena usaha', balas amir, bersungguh.

lain benar rasanya kembali kali ini. rasa berat.

mengapa perlunya aku melakukan semua ini? mengapa aku harus bersusah payah berhutang untuk ke mari? apa yang harus ku lakukan selepas ini? adakah mampu aku melaksanakan apa yang aku pelajari di sini? atau aku hanya akan kembali, mengurung diri seperti biasa, melakukan kerja sendiri di dalam bilik?


program di Auckland ini banyak dipenuhi dengan ceramah
Ustaz Lokman Awang.
membicarakan kepentingan surah Al-'Asr dan surah Al-Fatihah dalam kehidupan. kepentingan da'wah fardiyah dan cara-caranya.
banyak.
ilmu yang menimbun di tangkap dengan pena yang sudah lali menari pelbagai tarian di atas buku 'executive' berkulit tebal yang aku beli di malaysia tidak lama dahulu.


aku sudah memasuki satu era baru. daerah baru. daerah yang aku perlekehkan selama ini. siap kutuk sakan di belakang mereka yang menjalani jalan ke daerah ini. sekarang, baru aku jelas senyum dan anggukan mereka tatkala diterjah bahasa kasar dari sahabat yang mengutuk perjuangan mereka.


baru jelas ke mana perjalanan ini sebenarnya. perjalanan menuntut pengadilan dan pembelaan agama yang sudah berlansung lebih 80 tahun. semenjak 1924. semenjak kejatuhan kerajaan kita, kerajaan yang memberi keadilan pada mereka bernama Muslim.


pintu ke kapal terbang di buka. wanita yang menolak daun pintu itu meladeni senyum manis untuk para penumpang yang sabar menunggu penerbangan yang ditangguh. alangkah manis andai dia mengetahui andai senyumnya itu hanya untuk dunia, tidak di akhirat andai tiada kunci syurga di dada.


aku mengangkat beg dan melangkah. amir menyusul. menuju ke daerah perjuangan. mudahan kekal semangat ini. bukan untuk disimpan di dalam bilik.


itu yang pasti.