Saturday, July 24, 2010

kisahnya omar

seperti biasa di kala hujung minggu yang penuh dengan kesibukan yang aku buat-buat lupa, aku mencari satu kisah yang boleh dikongsi bersama dengan sahabat-sahabat yang lain.

blog Syariful Bahri aku lawati. kisah ini sangat menarik! kisah ini kisah Omar dengan rakyat jelata.

moga bermanfaat hendaknya!



sambungannya ada sekali. insyaAllah :D

Wednesday, July 21, 2010

hitler


apa yang anda tahu mengenai beliau?
hehe..
ini info best mengenai Hitler.



Sunday, July 18, 2010

siri ayyuhal walad : 1

Sastera nasihat Imam al Ghazali r.a. berdasarkan pada kitab beliau yang bertajuk "Ayyuhal Walad" yakni bermaksud "Wahai Anakku yang Tercinta".

---<[1]>---

' waktu itu adalah kehidupan '

Wahai anakku yang tercinta;
Sebahagian daripada nasihat Rasulullah s.a.w. kepada umatnya adalah:

" Adalah dikira sebagai tanda berpalingnya Allah Taala daripada seseorang hamba apabila ia selalu mengerjakan
perkara yang tidak berfaedah
.
Dan seandainya ada satu saat sahaja daripada umurnya telah digunakannya pada barang yang bukan merupakan tujuan hidupnya (yakni beribadah kepada Allah) maka layaklah bahawa akan panjang penyesalannya (pada hari akhirat nanti).
Dan siapa yang umurnya lebih daripada empat puluh tahun sedangkan
kebaikannya masih belum dapat melebihi kejahatannya
maka layaklah ia mempersiapkan dirinya untuk memasuki api neraka"

Sebenarnya sekadar ini sudah cukup untuk menjadi nasihat kepada semua orang yang berilmu.

---<[
1]>---


tanahbelakang aka background:
Kitab 'Ayyuhal Walad' ditulis oleh al Imam al Ghazali r.a. sebagai jawapan kepada sepucuk surat yang dihantar oleh seorang murid beliau yang sangat mencintainya, di mana dalam surat itu murid beliau meminta agar Imam al Ghazali r.a. sudi menulis sepucuk surat yang merupakan satu wasiat yang ditujukan kepadanya secara khusus, walaupun ia yakin bahawa isi dan kandungan surat tersebut telah ada termaktub dalam kitab-kitab karangan Imam al Ghazali r.a. .

Monday, June 14, 2010

esok

andai
esok tidak ada untuk aku,
untuk kamu,
apa yang kita mahu berlaku
sedarkan pendeknya umur
banyaknya yang tidak perlu,
tidak tentu.

waktu itu hidup.
mati itu pasti.
matlamat di dunia,
akhirannya di sana.


Monday, May 31, 2010

Gaza & the Flotilla

Bahang perjuangan mereka terasa sampai ke sini.

esok, June 2, 2010:
demonstrasi di Cathedral Square, Christhchurch.
1600 (+12hours GMT)

kami bersama kamu, Palestine!

Peace for Palestine.
#Flotilla Mavi Marmara

Monday, May 10, 2010

mukjizat alaf baru

malam tadi sebelum aku tertidur, fikiran aku menerawang menerjah alam luar sedar yang sering kali aku jejak sebelum mata terlena. memikir masalah yang bakal aku, serta rakan-rakan aku yang lain lain sedang menuntut di luar negara. masalah negara ni! tapi pemimpin negara wat bodo. tak tau la memang dorang bodo ke buat-buat bodo, tapi dorang memperbodohkan jugakla masalah ini. tapi

sebelum aku ke dunia tanpa sedar aku, aku teringat kisah nabi musa dan nabi isa.

nabi musa alaihissalam
kelahiran baginda di alam pemerintahan kejam raja mesir ber'bin' tuhan matahari Ra menjadikan baginda seorang yang istimewa. Tiada dimahu kuasa mutlak ia terganggu suatu masa kelak, maka Firaun si bangkai mengaku Tuhan itu menyerbu segenap pelusuk negeri mencari bayi lelaki suci untuk di bunuh. Firaun si zalim terasa Tuhan itu mahu mereka mati, agar tiada mereka bangun menggantinya nanti.

mendengarkan ancaman itu, ibunya si musa menangis, merintih melepaskan si anak ke dalam bakul di hanyut arus sungai nil, bermohon agar selamat ia di bawah jagaan Tuhan yang Maha Satu.

ah, rancangan Tuhan tiada yang tahu! Firaun si bodoh menghina Tuhan tiada di sangka menjadi bapa angkat baginda, sedang suatu hari nanti baginda akan menentang malaun tersebut. maka itulah mukjizat baginda. selamat dari ancaman bunuh, lalu bangkit bersama saudaranya Harun menentang Firaun si buaya God-wannabe.

nabi isa alaihissalam
tohmah dan fitnah menghantui mariam tatkala membawa bayi itu keluar dari kandang ibadahnya. dia yang sememangnya seorang wanita yang sangat mulia, berkasih sayang dengan tuhan, suci dan bersih akan perilakunya, mengejutkan masyarakat dunia bilamana ia mengandung si anak tiada berbapa. 'zina si mariam suci' lapor Harian Metro berbunyi panas andai wujud harian metro pada tika itu.

mariam mendiam diri. tiada ia mahu bersuara. malah andai mahu dia bersuara, mampukah ia melawan arus deras terjahan masyarakat yang hanya tahu menilai kulit buku tebal nipisnya, bukan coretan dakwat pada kertas di dalamnya. siapa membela? siapa melawan?

maka si bayi berkata:
" Sesungguhnya aku hamba Allah, Dia memberiku Kitab (Injil) dan dia menjadikan aku seorang nabi"
[surah mariam, ayat 30]

si bayi membela si ibu.

tauladan
sedih tatkala melihat ramai yang mahu menjadi mariam dan juga ibunya musa. semua mahu menjengah alam kenabian. tetapi kemana nasib si anak yang mahu di'musa' atau di'isa' mereka itu? alangkah kesiannya mereka. lahir-lahir je da bersama as sampah wal sarap, berenang bersama keli, gelama di sungai.

mari kita lihat hasil kerjasama si bapa dan si emak tiada malu ini. mereka sangatlah berjaya!
STATISTIK

Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.

Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!

Pecahan mengikut negeri:

Selangor = 12,836 orang
Perak = 9,788 orang
Kuala Lumpur = 9,439 orang
Johor = 8,920 orang
Sabah = 8,435 orang
Negeri Sembilan = 4,108 orang
Pahang = 3,677 orang
Kedah = 3,496 orang
Pulau Pinang = 3,412 orang
Melaka = 2,707 orang
Kelantan = 1730 orang
Perlis = 691 orang
Sarawak = 617 orang
Terengganu = 574 orang
JUMLAH = 70,430 orang.
Sumber : Topix
masalah yang bakal didengari setiap hari. kerajaanku, selamatkan nusa dan bangsa.


danisha, aku rindu kamu!
(bapa bersama cucunya, Danisha)

ibu
kepada ibu tercinta, Hamsiah bte Haji Sam: selamat hari ibu, ibunda tercinta. semoga kami serta sahabat-sahabat anakmu ini terhindar dari gejala dan dosa ini.
amin, ya rabbal 'alamin.

cinta, bahagia dan keluarga

zafran membelek buku notanya satu persatu. berkerut sedikit dahi mencari isi yang mahu disampai. sudah 4 kali kami berkumpul. simple. yang kepala angin putar pun ikut sekali. hati melonjak gembira pada kehadiran dia. yela, nak carik syurga biar ramai. sorang-sorang nanti takut pulak sesatnya. ntah ke neraka pulak hala tujunya. zafran menarik nafas.

'dikahwini perempuan itu kerana 4 perkara: kecantikannya, keturunannya, hartanya dan agamanya. hadith ni banyak disalah ertikan oleh mereka yang tengah sangap nak berkahwin', ujarnya bersahaja. ada senyuman nakal di hujung bibir. satu persatu muka kami direnungnya.


syarat

sesetengah orang menjadikan hadith ini sebagai syarat perkahwinan. kena ada cantiknya, keluarganya, duit @ kereta @ rumah dua tiga ketul @ emas berjongkong-jongkong, tudung litup sampai menutup hidong. tidak cukup salah satunya, maka tiadalah ia boleh dijadikan isteri.

sedangkan hadith berkenaan adalah satu penerangan bahawa kelaziman asbab perkahwinan itu adalah dengan syarat-syarat yang sudah diutarakan sebentar tadi: ada orang berkahwin kerana cantiknya bakal ratu di hati; ada yang menerima wanita dalam hidupnya kerana kesuburan pada keturunannya; bernikah kerana wanita itu berduit melimpah ruah; berkahwinnya mereka kerna agama yang ada pada wanita itu. bukannya syarat cukup isteri. kalau begitu, maka susahlah mereka yang kurang pada paras rupanya, keturunannya, duitnya malah agamanya untuk berkahwin.

agamanya
nabi menyarankan agar kita memilih agama sebagai alas perkahwinan. mengapa agama? bila difikir balik, dengan agama, kita mampu menimbang suatu perkara dengan lebih mudah, lebih berakal. andai beragama si dia, maka cantik tak cantik sudah menjadi perkara ke lima atau ke enam dalam list pilihan. begitu juga syarat-syaratnya yang lain. mengapa? kerna agama itu membawa mata, hati dan aqal memilih pasangan bukan pada kesempurnaan duniawi, tetapi akhirati. siapa yang beruntung? mereka yang melabur untuk saham dunia seterusnya bakal beruntung. itu janji Allah dan rasulnya.

memilih yang sedia ada beragama, sudah tentu menyenangkan hati ibu dan bapa. tetapi sengetlah perahu perkahwinan itu andai si isteri sudah litup bertudung, si suami pulak berjeans lusuh lobang di lutut, hensem ala-ala rock kapak. adeh.. boleh dapat sakit jantung berlobang mertua andai menantu begini jadi pilihan si anak.

maka si suami juga perlu bersiap! lengkap 5 waktunya, masjid jadi singgahan utamanya, kitab Quran di bibirnya, agama di hatinya. maka seimbanglah perahu, moga sampai ke destinasi cinta yang di cari, bak kata lirik lagu nasyid.

persiapan
maka aku bertanya pada cermin di bilik air. refleksi diri a.k.a. pantulan diri. masih banyak persiapan itu. novel dilebihkan dari kitab. solatnya rongak, tiada ditampal.

'habis bila nak kahwin kalau nak tunggu baik semua?' tanya sahabat bijak bestari.

jawapan itu pada diri kamu. kamu yang akan menjemput keluarga kamu ke syurga, atau mengheret mereka ke neraka. jangan pula kita menjadi penyumbang statistik kes bayi manusia dilahirkan oleh tong sampah atau bayi manusi dibunting ikan di sungai. kalau bukan kita, jangan pula oleh anak-anak kita. atau cucu-cucu kita, keturunan kita.

cakap tak serupa bikin
jangan hanya tahu menulis dan berpesan, tapi apa yang ditulis tidak tergambar pada diri. malu weh majied, malu! berpesan pada diri dahulu, amalkan. baru boleh yang lain dipesani.

pantuli diri. baru perbetul yang lain, majied.