Monday, May 7, 2012

wind chime

hari ibu. selamat hari ibu!


aku belikan emak aku wind-chime buluh yang sudah lama aku idamkan. 


orang cakap, bagi benda yang kita suka kepada orang yang kita sayang. 


benar. mak aku suka! nanti aku bagi gambarnya.


p.m. : handphone samsung duos aku ilang hari ini. uhukk.. berlaku adil dan jujurlah wahai si penjumpa handphone-ku. Allah tidak suka pada mereka yang melampaui batas.

layu tiada pernah mekar

tadi aku dan kengkawan pekena McD di Kuching. kawan aku, Piak-piak (bukan nama sebenar) yang bekerja di sabah balik. cuti, katanya. jadi orang yang sudah bekerja, belanja!

disebabkan aku sudah hirup kopi dia yang agak osem, jadi aku pun tidak sengaja tak boleh tidur. aku cuba tidur, tapi bermain spider solitaire malam ini jadi sungguh menarik. dua tiga round jugak aku main. dua tiga round jugak aku kalah. sesambil tu aku layan lagu-lagu Linkin Park. maka mata aku pun sekali tidak sengaja menjadi aktif, lalu aku pun mula berfikir mahu menulis. nah. sudah aku tulis. dalam bilik gelap, dibawah selimut berkipas angin, aku meniarap atas tilam selapis atas lantai bertikar mengkuang yang tidak pernah jugak kurang osem-nya seperti aku. 

hari tu, selepas aku memandu dari kuching ke samarahan, mak aku singgah di pasar tani di samarahan. katanya mau beli bandung barang sekilo dua. sedap direbus pagi dan petang, ujarnya penuh semangat. mak aku mangat kalau bab masak. kalo nak merasa masakan mak aku yang osem jugak macam anak dia, maka anda dipersilakan datang ke rumah incik Mustapha di depan kilang Borneo Enamel di samarahan. tapi better datang masa raya. lak mak mek molah mee.

jadi berasmbung cerita bandung, maka kami pun berjalan dengan lemah gemalai melihat satu-satu jualan insan-insan yang mahu mencari rezeki halalan toiyiba di pasar yang tidak seberapa meriah pagi itu. sebab hujang barangkali, mak aku berkata lagi. 

bila sudah berjumpa akan bandung idaman hati, maka mak pun memilih sambil bertanya harga pada penjual. penjual pada masa yang sama, atau dua tiga saat sebelum mak aku bertanya padanya, sedang sibuk memotong anak jagung. maka ditanyalah emak aku akan dia: berapa harga sekilo. 

oh ya, bandung dijual ikut kilo di sini, walopun ia dalam batang-batang yang besar pendek tidak disusun mengikut saiz dan warna. apatah lagi berat dan umur. 

mekar tak mekar senyum penjual itu, sambil tangannya ngegeh @ gatal memotong anak jagung itu seolah jagung itu membeli bandung, bukan mak aku, dia menjawab: duak ringgit sekilo, sambil muka selamba, tiada ayu, tiada kilas senyum, apatah lagi mau ketawa ha ha ha dihulur kepada kami yang mau berbeli barangnya.

mak aku, mungkin dah biasa, lalu mengambil bandung idaman hati, lalu membayar. sekali lagi, penjual yang merasa diri super osem, menyambut duit dengan muka kuali @ tidak berperasaan, lalu menyambung memotong anak jaguh.

tiada 'terima kasih beli bandung kamek'. tiada senyum. tiada apa-apa. 

cuma tangan yang terus menerus memotong anak jagung cinta kepayung intan emas hatinya.

aku marah lah. tapi aku tak sound la direct. aku cakap kat mak aku. 'kalo cakap terima kasih pun dah cukup, kita pun rasa senang nak datang lagi. ini anak jagung itu disusukan. orang membeli mati kelaparan', lebih kurang la dialog ala penceramah cara berniaga berjaya dan disayangi ramai itu. 

mak aku setuju. 

berjual kalau dengan senyum, aku rasa akan dapat tarik pelanggan dengan lebih mudah dari gantung 'sale 70%' seperti di Padini di the Spring Kuching baru-baru ini. 

terima kasih. bukannya susah. malah itu lagi molek. kalo ada akad, pergh, wa cakap sama lu, tersengih sampai ke telinga pelanggan. berkat itu ada, insyaAllah.

jadi kepada para peniaga, senyum. bukankah itu sedekah? free of charge, tp dapat ber charge-charge pahala dari benda free.

senyum lah! senyum lah! senyum laaaahhh!!


senyum camni pun bollleeeehhhh!

p.m.: aku dah ada lesen memandu. alhamdulillah, sekalian puji pada Tuhan yang maha terpuji!

Thursday, April 26, 2012

keperluan

aku kira, aku tidak lagi memerlukan blog ini. aku rasa, tiada perlu dalam menulis di blog ini yang isinya bercampur baur dengan perlbagai rasa.

Sunday, March 4, 2012

cahaya malap

selalunya, orang akan merungut dah lama tak menjenguk blog. dah bersarang la apa la lagi asalan yang diberi. tapi blog aku tidak. blog aku memang saja dibiar. tiada keperluan dalam menulisnya.

aku ke yan, kedah buat ke sekian kalinya. banyak kali jugak dah ke sini. macam-macam program sudah dibuat sini. aku ke Sekolah Menengah Agama Fauzi, jadi salah seorang ahli fasilitator dalam group SANTU, YaPEIM. motif? mahu menabur ilmu dan semangat!

anak-anak dalam group aku:
1 Nasiha
2 Suhaila
3 Solehah
4 Insyirah
5 Aina Afiqah
6 Zulaikha
7 Shamim
8 Humairah
9 Najwa
10 Norzathirah

pemalu? memang pemalu! ada sorang tu bila bagi jawapan yang dikehendaki, ya Allah! bagai berbisik dalam kelambu! (walaupun aku belum pernah berbisik dalam kelambu, tapi mungkin macam tu la kot orang berbisik dalam kelambu. Cis, ini semua salah novel!)

tapi jangan diduga laut tenang kadang-kadang itu tiada jaws!

malu-malu mereka ini, dalam hati ada singgahsana! bila ditanya akan kehendak menjadi apa dah besar kelak, pergh jawapan! cekgu bukan sebarang cekgu. ada yang mahu jadi doktor. ada yang mahu jadi pensyarah. pensyarah tapi bila bersuara, insyaAllah anak semut juga akan ter ah? ah? ahhhh? juga kalau dia curi2 dengar.

anak semut? ah, ini semua salah novel!

aku suka. sebab pada mulanya mereka malu! tapi bila sudah bersama 2 hari, mereka ini beria mahu bersuara. ada yang malu lagi. tapi, kemahuan dan keinginan sudah mula menampak pada muka. bagus!

memberi kemahuan pada mereka untuk terus berjaya.

aku mahu mereka berjaya. tidak terperuk dek cinta di usia muda. setidaknya tidak seperti aku, rakus pada cinta manusia, lupa pada cinta Dia.

moga terus berusaha, adik-adik ku. kami mendoakan kalian.