Thursday, June 18, 2009

siri khutbah

salam alaikum..
"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya],"
Al-Jumu'ah: 9

kali ni, aku bercadang nak menulis mengenai khutbah yang disampaikan pada setiap minggu. best gak nak menyampaikan isi khutbah ni. sebab leh bagi aku motivasi untuk terus segar dalam mendengar khutbah setiap minggu. haha..

kutbah hari ni disampaikan oleh saudara Ainan.


antara lain isi dalam khutbah dia adalah sikap
komitted dan dedikasi
.
ini adalah salah satu ciri bagi student yang berjaya: membuat kerja dengan dedikasi dan komited. dalam setiap orang terutamanya orang islam itu sendiri, mestilah menanam mentality
'do the best'
dalam apa jua yang dikerjakan.

aku teringat kata2 napee semalam. kalau kita bersungguh dalam melaksanakan suatu bende, pasti kita akan merasai kepuasan andai siap perkara yang kita kerjakan itu. insyaAllah...

macam berda'wah.
peranan da'wah itu yang menyebabkan kehadiran kita di situ berharga berbanding dengan benda2 lain, macam bersukan mahupun berpesatuan. kalau kita hanya datang di sini dan mengaut segala jenis pengetahuan
dan
kembali dengan membawa segulung ijazah, pasti ia sama sahaja dengan belajar di tanah air atau di mana2 sahaja.

pengalaman membantu dan menyuburkan agama di tempat kita belajar, pastinya satu pengalaman yang berbeza. pasti ada kepuasan dalam perkara ini kerana ia adalah saham kita di akhirat kelak.

kepuasan?

kalau dikira kata2 dan tohmahan dari mulut mereka yang tidak memahami perjuangan ini, disusun satu persatu, pasti tidak mampu melawan kepuasan andai kita dapat melihat suasana kebaikan itu ada dikalangan sahabat2 kita.

itu belum lagi dikira kepuasan di alam yang seterusnya :D

dalam khutbah hari ini juga, saudara Ainan menyebut satu hadith:
Allah subhanahu wa ta'ala hanya menerima kebaikan
(hadith kudsi).

jadi, perlunya kita dalam memperbaiki attitude kita dalam bekerja dan juga belajar. salah satu contoh yang diutarakan adalah memegang janji. kita sudah di-cop sebagai golongan yang tidak menepati janji, terutamanya dalam janji
ketepatan masa.
janji nya sejam yang lalu, tapi hampeh. termangu duduk orang yang dijanji di situ. bila sampai kat tempat tu, dengan muka selamba melemparkan kata maaf. seolah masa yang di bazir tadi tidak punya nilai apa-apa. kalau main Dota tadi, sejam tu da brapa banyak round da leh main. hehe.. biasa orang cakap,
janji melayu.

jadi, marilah kita sama2 meningkatkan level komitmen kita dalam apa jua yang kita kerjakan. pegangi janji selagi ia mampu dilunaskan.

mudahan kita termasuk dalam golongan yang beruntung, insyaAllah.

Wednesday, June 17, 2009

sebesar zarah


bermula dengan bangun pagi, solat subuh, bersiap ke kelas kemudian berkelas. habis kelas, balik rumah, makan,solat zohor dan asar. malam, lepas maghrib yg terkadang 5 minit nak masuk isya' baru nak terhegeh membentang sejadah. isya'. main game jap, tak pun tengok muvie sepam, buat tutorial siket, pastu, tidur. habis satu hari.

esok?

lebih kurang ah.. lain ckit kalo weekend. tidurnya lebih sikit. hehe..


jadi, kalau di tanya, apa benda paling best yang anda buat hari ni?

takkan nak jawab:

bungee jumping!
(walhal seharian dalam bilik).


tak pun:

membantu membersihkan padang di sebelah blok F, aspura rumah anak yatim jalan tunku abdur rahman!
(walhal dudok kt rumah dari seawal matahari menjenguk dunia sehingga kembali ia beradu di ufuk barat).


apa benda yang paling best?

ramai yang mentafsir benda yang paling best adalah benda yang menyeronokkan.
sudah tentu! tapi ada lagi benda yang lebih menepati maksud frasa 'benda paling best' itu, lebih gembira! xpercaye?


dalam seharian hidup kita, kita boleh menjadikan ia satu ibadah. 24 hours, 7days a week, non-stop. bermula dengan bangun pagi, mandi, makan, urusan jamban, sehingga la ke tidur: andai ia di niatkan kerana Allah. kadang2, apa yang kita buat seharian, dilakukan semata-mata kerana rutin. pejam mata pun still leh buat. tp kan lebih elok kalo kite boleh mendirectkan apa yang kita buat kerana Allah. pasti, walaupun berjalan melangkah ke kelas, dikurniakan rahmat dan balasan kerana apa yang dilakukan adalah satu ibadah. heee.. :D

kan best tu?


tapi kadang2, kita meragui, cukup ke amalan kita buat untuk dikira oleh-Nya nanti? macam membasuh gelas yang dipakai untuk minum, even senyum kat kawan kita. benda2 yang remeh. tapi kalau buat jahat, meniru jawapan untuk kerja rumah ke atau membuang pembalut gula2 dengan selamba merata-rata, tidak pula difikirkan saiz dosanya.

dalam surah al-Zalzalah, Allah swt berfirman:

maka siapa yang berbuat kebaikan walau sebesar zarah, maka akan dilihatnya (dalam kitab amalannya).

dan siapa yang berbuat kejahatan sebesar zarah. maka akan dilihatnya (dalam kitab amalannya).

[surah a;-zalzalah: 7-8]

jadi Allah swt akan mengira walaupun sebesar mana perbuatan kita, tak kira baik mahupun buruk. walaupun sebesar zarah.

zarah tu adalah unit asas dalam pembentukan sesuatu jirim.
jirim pulak adalah benda dari sebesar KLCC sehingga-lah sekecil virus H1N1, termasuklah cecair dan juga udara, macam debu dalam jerebu.
zarah adalah atom, molekul dan juga electron. saiz terkecil bagi zarah adalah : <10
−15 m. sangatlah kecik. tapi itu tetap juga dikira oleh Allah.

jadi, niatkan apa yang kita kerjakan. setiap amalan yang baik itulah perbuatan terbaik kita, paling best! ia pasti akan dikira dalam kitab amalan kita nanti. best kan? selamat dunia akhirat.
insyaAllah!


nah.. apa aktiviti paling best anda buat hari ini?


selamat beribadah dalam hidup seharian!

Monday, June 8, 2009

cerita Hanafee

petang kuliah itu tampak meriah. ramai yang datang. bagus. tapi agak mengecewakan bagi kaum adam. hanya sekelumit yang mampu menghadirkan diri. kaum hawa pula sudah selesa menawan 3/4 bilik itu. memang menarik perbincangan kali ini: surah al-bayyinah. surah bukti. simbol bahawa islam itu buka hanya pada teori dan hujah2 yang pada pandangan kaum orientalis yang tidak pernah berpuas hati dengan kesempurnaan, kesyumulan dan sifat menyempurna yang ada pada agama benar ini. ada sahaja tohmahan dan terjahan melulu yang tidak berasas dilontar oleh mereka. islam itu terlalu konservatif, tidak menepati cara hidup moden dan sebagainya. ludahan penuh sisa kejahilan orientalis ini terus menerus memenuhi dada akhbar yang turut sama menjahanamkan nama agama suci.

hanafee menghela nafas panjang, termenung seketika. matanya tenang mengorbit muka pendengar setia. sesekali matanya dipejam, dikelip beberapa kali, mencari dan mengikat ilham yang ligat melantun di dewan minda. lidahnya menjenguk, melewati bibir yang kering. ternyata wall heater bilik itu menjalankan tugasnya dengan baik, hingga kering bibir dibuatnya. hanafee membelek helaian buku hijau di hadapannya. tersenyum, dia melepaskan pandangan tenang pada audien yang sudah lali mengisar punggung, termangu menunggu.

'baik, itu part yang pertama', ujarnya memecah sepi yang memeluk suasana. audien yang sudah jauh berkhayal, kembali segar memasang telinga. pen di tangan belum puas menari. 'sebelum menyambung ke ayat yang seterusnya, saya teringat satu cerita mengenai seorang barber, tukang rambut-lah kalau dalam bahasa melayunya', dia mencuba menaikkan fokus para pendengar.

'begini ceritanya. ada seorang tukang rambut di satu bandar, terkenal dengan kehandalan beliau dalam menggunting rambut dan juga merapikannya. sedang dia menggunting rambut seorang pelanggan, dia mengomel dan berbicara hal ketuhanan pada pelanggannya:

*gambar hiasan

'tuhan itu tidak ada. kalau tuhan itu ada, pasti dan pasti tiada kedukaan, penderitaan di muka bumi ini. nah, cuba saudara lihat di luar sana. banyak sekali kesedihan di muka bumi ini. andai tuhan itu ada, masakan ada kesedihan? tuhan tidak menjalankan kerja dia la!', keluh si barber, menyentak si pelanggan dari lamunan. si pelanggan melirik barber, seraya tersenyum kambing. matanya dikecilkan, seolah gembira mendengar keluhan hati penggunting rambutnya.

helaian rambut terus gugur, menghias lantai jubin hijau kedai. gunting mengigit lagi.

si pelanggan senyap sehingga siap kerja si barber. bayaran dilunas, si pelanggan tersenyum kambing lagi, sambil menghayun langkah, keluar dari kedai. si barber masih mengomel, mengeja kesusahan dalam kamus kehidupan.

di hadapan kedai itu, duduk seorang pengemis. kusut rambutnya, panjang mengurai. janggut dan misai lebat menutup muka. pada matanya, terlukis jelas potret sayu, menagih kasih dari yang sudi. si pelanggan terus menggapai tangan si pengemis, menariknya terus ke pintu depan kedai si barber.

dada si pelanggan berombak, mengepam udara.

'wahai penduduk sekalian!', jeritnya kuat, menarik perhatian umum. sunyi seketika bandar itu. terhenti dek jeritan mengejut si pelanggan. berpusulah orang ramai merapati si pelanggan. 'ketahuilah, di bandar kita ini tidak ada penggunting rambut!', lontarnya. si barber menghempas pintu di belakang beliau, terkesima dengan kenyataan yang meluncur lancar dari bibir si pelanggan. sambil kemas menggenggam gunting di tangan, si barber membantah. 'habis, siapa yang menggunting rambutmu seketika tadi?'. merah mukanya, menahan amarah.

si pelanggan membiar si barber. 'kalaulah ada penggunting rambut di bandar ini, nescaya tidak akan ada insan seperti pengemis ini', ujar beliau, lansung mengangkat tangan si pengemis. si pengemis hanya terpinga, gagal mentafsir situasi. dia hanya membiar diri dibuli, sudah lali mungkin.

'memanglah dia akan jadi begitu. andai dia datang padaku, meminta pada ku agar dikemas rapi rambutnya, pasti ku lakukan, malah misai dan janggutnya jua pasti ku hias!', si barber tanpa silu mematah kata si pelanggan.

si pelanggan tersenyum lebar. nampak barisan gigi yang putih, menatah bibir yang kemerahan. 'nah, begitu jua halnya tuhan. andai manusia itu datang pada-Nya, meminta pada-Nya, pasti tiada lagi kedukaan, kesusahan, kusut dan menjerut seperti rambutnya si pengemis ini', sambut si pelanggan lembut, sambil menatap tepat muka si barber.

'sebagai hamba, kita perlu kembali pada-Nya, memohon pada-Nya. bukan Dia yang tidak membuat kerjanya, namun hamba-hamba-Nya yang sombong, menafikan kewujudan tuhan', rumusnya.

hanafee melunjur sedikit, mengurang penat di kaki. senyum mekar di muka, sambil mata disepet, menambah manis. para pendengar mengangguk setuju, memutar kembali cerita di minda. pen terus gelek. masing-masing tersenyum. hanafee mengitar pandangannya. semua nampak ceria dan gembira dengan cerita yang baru selesai; sisipan kuliah tafsirnya. ada yang ketawa kecil. audien sudah sedia menerima suapan seterusnya, bisik hanafee sendirian.

'okeh. kita teruskan dengan ayat seterusnya'.