Thursday, November 24, 2011

sejadah dan naskah Qur'an

bila aku kira-kira, sudah hampir genap 5 bulan aku di New Zealand. Lama jugak. Kalau kahwin, sudah dapat 7 anak, ku pikir. tak logik? cuba kawen dua. hehe

bila aku ingat, mula-mula sebelum aku ke mari, ada ramai kawan-kawan mahu memberi peringatan kalau duduk tanah orang. ada siap bagi pepatah melayu: masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang rimau, jangan sesekali. bijak jugak kawan aku ini.

tapi aku teringat satu hadiah dari seorang kenalan yang tak berapa nak kenal. bukan kawan aku. kawan akak aku. aku sendiri pun tidak tahu siapa orangnya. tapi hadiah dia adalah hadiah yang sangat menusuk kalbu.

bayangkan sedang aku tengah sedap-sedap melipat baju ala kajol bermain sari dengan shah rukh khan, (tak tau ada kena mengena tak), tiba-tiba akak aku hulur satu bungkusan hadiah. aku pelik. sebab jarang orang bagi hadiah kat aku. even besdai pun aku jarang-jarang sambut. setahun sekali je. ni masa aku nak blah ada plak adiah. macam nak halau ada jugak. tapi aku takda la pikir macam itu. haha.. orang bagi, kita terima. cakap terima kasih.

aku bukak bungkusan tu. aku nampak kain tebal, ada rambu-rambu di hujung kain. ada buku tebal bewarna emas. sejadah dan al-Quran. aku duduk. aku kira, itulah hadiah paling berfikir yang penah aku terima.

tak ada nota. cuma jelas: belajar, jangan lupa Tuhan.

Terima kasih pada pemberi budiman itu. sampai sekarang, sejadah itulah lapik sujud aku.

Selamat hari Jumaat. Ma'al Hijrah tidak lama lagi.

Wednesday, November 2, 2011

Kujul

aku budak kampung. dulu masa kecik-kecik aku suka main tepi parit. kalo pegi sekarang mahu muntah hijau aku mencium bau parit berkenaan. tapi tu la tempat aku mancing, mandi di kala air pasang pagi surut pukul lima. memancing kadang-kadang dapat ikan, kadang-kadang dapat ular air. memang best memancing kalau dapat ular. uish.. legend bro! orag dapat ikan, ko dapat ular, tak ke legend namanya tu? silap-silap boleh jual kat kampung iban sebelah kampung, malam-malam boleh jugak tercium aroma bbq hangit-hangit masam baunya.

kujul itu nama kawan aku. kujul kawan aku dari kecik lagi. dari aku baru pandai main jentik-jentik dalam air yang aku pikir dulu adalah anak ikan yang comel.

kujul ni kalau dilihat sekali, beliau tak ada beza dengan shah rukh khan warna kulitnya. hitam hitam manis. rambutnya terkadang ikal, terkadang gulung. bergantung berapa lama dia berjemur di bawah matahari panas tak hengat di kampung.

sehebat-hebat kujul ni, sampai sekarang aku tidak tau nama penuh dia. legend. orang kenal nama samaran aje. keluarga kujul ni tidaklah sekaya orang-orang kampung yang lain. rumahnya dulu-dulu masa bapak aku masih rempit moto suzuki jet 70 dia dulu, papan sahaja. biru pulak cat nya. ada bagian ditutup dengan daun nipah. ada bagian ditutup atap zip dindingnya. namun tidak menjadi masalah, rumah nya syurga nya. di situ dia tidur. di situ dia mandi.

pagi-pagi buta hari sabtu aku sudah memanggil nama dia berkali-kali di lua rumah. kalau senin selasa rabu kamis jemat aku sudah di sekolah. hari sabtu juga minggu aku bangun awal jugak lah. lepas tu seharian kami akan berlarian, gaduh sikit-sikit main baling baling batu, lepas tu main sorok-sorok smpai petang tak jumpa-jumpa. kadang-kadang aku takut jugak si anak sorang ni disembunyi jin serta orang bunian. rupanya beliau tidur di tempat sembunyian beliau di dalam belukar di belakang rumah sebab letih bermain. bila balik, beliau menguap lalu bertanya 'sudah abes main kah?'. kami adik beradik gelak sahaja. beliau senyum lalu pulang. esok janji main lagi.

itulah kujul.

kalau layang-layang aku sangkut atas pokok, maka beliau akan berlari naik pokok tolong turunkan. tapi beliau akan lebih banyak ketawa selalunya dari menolong aku tatkala layang-layang sangkut. pastu beliau akan berbangga dengan layang-layang beliau yang sudah melangit tinggi.

pernah sekali aku bertanya sama dia. kenapa beliau tidak mahu ke sekolah.

'sekolah tak best. tak leh main kalau ada che'gu. nanti kena sebat'.

aku senyum. beliau tidaklah bodoh tidak ke sekolah. beliau sangatlah rajin membantu orang-orang kampung tatkala kenduri kendara belaku. bab bab skil tolong orang ni beliau power bro. tolong mengambil umbut kelapa di hujung kampung, mengambil daun nipah untuk mak beliau dikala malam raya menjelang tiba. peh.. best tak best ada orang macam ni?

solat raya beliau memang wajib pergi. makan-makan lepas solat raya beliau pasti ada bersama dengan dulang beliau. dulu-dulu masa kecik beliau suka membawa banyak beg plastik ke masjid. supaya mudah tapow nasik atau lauk yang sedap dan tidak di jamah orang. itu memang tabiat budak-budak kampung yang belum kejaguhan lagi masa itu. bila di tanya, beliau menjawab 'mak aku masak satu dua lauk. tapi kalau aku bawak balik lauk ni, ada lima enam ke tujuh lauk ada di rumah. mak aku suka' getus beliau sambil menguis-nguis lauk ke dalam beg plastik.

masa itu kes ilang selipar di masjid sudah lali di dengar. kujul jugak salah seorang heronya. malah pernah jugak menjadi mangsanya. almaklumlah, di kampung, berjalan kaki ayam itu biasa. tegal berjalan kaki ayam, panas jalan tar tu macam tak da rasa. memang power kaki kaki mereka ini. aku seniri tak pandai nak berpijak atas jalan tar takda selipar. panas kot.

begitulah beliau sampai aku masuk sekolah menengah. beliau pulak giat dalam aktiviti harian belia kampung yakni berlumba haram. aktifnya beliau sampai masuk peringkat daerah, berlumba dengan belia-belia jaguh dari kampung sebelah menyebelah.

meskipun kaki lumba, kujul tetap kawan aku. bila aku balik bermalam di hujung minggu dari sekolah menengah, aku pasti menjenguk beliau di rumah. beliau selalunya membaiki motor beliau. di buang itu, di buang ini sampai rangka sahaja tinggal. ringan, lagi laju, alasan beliau. maka berborak lah kami dari asar sampai maghrib. kadang-kadang bila aku balik hujung minggu, beliau tiada di rumah. maknya selalu mengeluh. katanya sudah masuk peringkat daerah, jagoan lumba banyak berlumba. aku angguk.

sebelum aku pergi ke tanah orang puteh, aku tidak sempat bercakap dengan beliau. mungkin sudah lama tidak bertemu kerana mengejar ilmu, aku terpinggir kawan lama aku. dia sibuk mengejar motor, aku mengejar isi motor. tapi tidak ketemuan sampai aku menaiki belon ke Tanah Zea Baru. mungkin juga aku sudah buta ada cinta pada wanita, tidak nampak lagi sahabat lama. ah, perlu aku sesalkan benda itu.

benar kata emak, cinta itu boleh datang bila-bila. benar mak. aku sahaja yang terhegeh-hegeh mengejar nikmat dunia. padahal semua itu tersedia. Allah sudah sedia. benda lain aku lupa. mak aku aku lupa. kawan aku aku lupa. pesan orang itu ini aku jua lupa. ah.. bahaya penyakit ini!

maka kujul tidaklah sempat aku jumpa. sudah bertahun aku di tanah orang, aku masih ingat sama kujul.

aku masih ingat aku pernah bergaduh dalam bahasa inggeris sama beliau. aku tau beliau tidak paham, maka aku dengan inggeris patah yang aku bangga bangga itu, sebab kat sekolah selalu dapat markah tinggi dalam kelas; aku bercakap dan bercakap dalam bahasa brooke dan beliau hanya menjuih bibir. panas jugak aku. penat aku berckap dia juih bibir je. alah biasa. budak. sekarang aku sudah boleh berbicara inggeris (boleh la..), tidak pula aku berbual sama beliau. mungkin sudah kekok?

tahun 2008 (aku pun tak berapa ingat tarikhnya), mak aku talipon. macam biasa, aku lompat-lompat hepi sebab jarang mak aku kol. aku yang selalu kol. skype murah. ha ha. mak aku tiba-tiba senyap. aku tanya kenapa.

'jied, kitak tauk kujul nak?' (jied, kamu tahu kujul kan?)
'aok' (ye)
'ninggai nyeh jied. mati blombak' (meninggal dia, jied. mati berlumba)

aku senyap. aku tidak tahu apa patut aku cakap. aku tidak tahu nak sedih ke nak biasa aje ke. kawan lama aku meninggal tatkala mengejar impian jagoan lumba.

aku menghabiskan sisa bicara dengan mak. aku sedih. tidak sempat aku meraikan habisnya aku belajar dengan beliau.

tahun ini aku akan habis belajar, insyaAllah. sudah 5 tahun aku kat sini. namun kujul tetap di dalam ingatan. muka beliau, tangis beliau, senyum beliau.

moga Allah mencucuri rahmat atas pemergian beliau. aku akan ziarah kubur beliau dan rumah beliau nanti.

kujul (1987-2008).
al-Fatihah.