Friday, July 10, 2009

ceritera dari utara


penerbangan kami ditunda 15minit. aku bersila di hadapan Amir. membuka kitab catatan yang berbaki 10 muka lagi kosong sebelum bertemu kulit tebalnya. sudah sampai menambah teman perjuangan yang baru.

'rasa banyak benar kekurangan ilmu dalam diri', Amir memecah sunyi antara kami. program kali ni di Auckland. menimba ilmu mempersiapkan diri.

aku mengakui kekesalan amir. di kala sahabat2 menjawab satu persatu

10 sifat seorang muslim yang unggul,

aku dan amir termangu sepi. tidak mampu menyampuk mahupun menggoreng satu pun dari kata2 mereka. seolah kami dari planet lain, memandang dan meneliti gerak geri manusia sekeliling. terasa ilmu pengetahuan itu sangat penting dan perlu di kala itu.
ceteknya ilmu di dada.
sampai aku dan amir terdiam bodoh.


apa niat aku ke mari?

kerana seorang kenalan yang sangat banyak membantu dalam memulakan langkah dalam perjalanan dakwah?
atau kerana ingin mendengar dan belajar dari ustaz Lokman Awang, yang terbang dari Malaysia menyampaikan ilmu dan berkongsi pengalaman. aku menimbang sendiri.

dalam setiap perbuatan kita, niat itu yang paling penting. mengapa sebenarnya kita melakukannya. ke mana arah sebenar perlakuan kita?


status?

populariti?

harta?


'boleh ke kita bawak tanggungjawab ni, bro?' aku mengaju soalan.

'insyaAllah.. kita sama-sama kena usaha', balas amir, bersungguh.

lain benar rasanya kembali kali ini. rasa berat.

mengapa perlunya aku melakukan semua ini? mengapa aku harus bersusah payah berhutang untuk ke mari? apa yang harus ku lakukan selepas ini? adakah mampu aku melaksanakan apa yang aku pelajari di sini? atau aku hanya akan kembali, mengurung diri seperti biasa, melakukan kerja sendiri di dalam bilik?


program di Auckland ini banyak dipenuhi dengan ceramah
Ustaz Lokman Awang.
membicarakan kepentingan surah Al-'Asr dan surah Al-Fatihah dalam kehidupan. kepentingan da'wah fardiyah dan cara-caranya.
banyak.
ilmu yang menimbun di tangkap dengan pena yang sudah lali menari pelbagai tarian di atas buku 'executive' berkulit tebal yang aku beli di malaysia tidak lama dahulu.


aku sudah memasuki satu era baru. daerah baru. daerah yang aku perlekehkan selama ini. siap kutuk sakan di belakang mereka yang menjalani jalan ke daerah ini. sekarang, baru aku jelas senyum dan anggukan mereka tatkala diterjah bahasa kasar dari sahabat yang mengutuk perjuangan mereka.


baru jelas ke mana perjalanan ini sebenarnya. perjalanan menuntut pengadilan dan pembelaan agama yang sudah berlansung lebih 80 tahun. semenjak 1924. semenjak kejatuhan kerajaan kita, kerajaan yang memberi keadilan pada mereka bernama Muslim.


pintu ke kapal terbang di buka. wanita yang menolak daun pintu itu meladeni senyum manis untuk para penumpang yang sabar menunggu penerbangan yang ditangguh. alangkah manis andai dia mengetahui andai senyumnya itu hanya untuk dunia, tidak di akhirat andai tiada kunci syurga di dada.


aku mengangkat beg dan melangkah. amir menyusul. menuju ke daerah perjuangan. mudahan kekal semangat ini. bukan untuk disimpan di dalam bilik.


itu yang pasti.

No comments: