Wednesday, August 24, 2011

bertepuk sebelah tangan


cuaca panas di luar. ramadhan.

aku baru balik dari berlarian mengambil tart nanas dari kak yan. ada jugak benda berunsur raya yang ada dalam almari makanan aku selain biskut dan keropok. ah.. raya.

berbukanya kami petang ni, menandakan habisnya hari ke-25 puasa untuk tahun ini. aku gembira, bukan kerana raya. tetapi mampu bersama ramadhan kali ini. mudahan sampai ke hujung hendaknya. bukan ramai yang mampu bersama. nun di kampung aku, sudah berpuluh meninggal sebelum sempat melihat sinar fajar ramadhan pertama tahun ini.

bersyukurlah! bersyukurlah!

cukup sebelah tangan sahaja bilangan hari-hari tetamu mulia ini dan ia bakal pergi. jauh. setahun lagi baru berjumpa lagi.

masihkah aku bernafas tahun depan? atau masihkah aku berada di atas tanah, atau sebaliknya. ah jauh. kenapa tidak ditanya cukupkah rezekiku sehingga ke akhir ramadhan ini? mungkin hanya mampu membayangi suasana raya aidilfitri kelima di tanah asing.

perginya ramadhan. cukup mesrakah aku dengannya? cukup intimkah kami? cukupkah sekiranya hanya terawikh di malam hari, tanpa tampungan yang lain? hah.. belum ditanya sudahkah habis surat cinta dibaca bersama? ah ramadhanku.. cukup romantikkah aku kali ini?

Ramadhan. aku bertanya. meningkatkah hubunganku dengan sahabat2mu yang lain? umat islam yang lain? makin terukkah? sama sajakah? ah rugi! rugi!

alangkah indah andai ramadhan boleh kita bicara seperti itu. kalau boleh di chat, akan di chat ramadhan itu. apatah lagi andai ramadhan boleh dipeluk, dipujuk rayu untuk tinggal lagi lama. he he. ramaikah kita mahukan ramadhan bertandang lagi lama? atau sudah kita endah tak endah ada, perginya dia?

sama saja. benda berulang. tahun depan ada lagi, kan? yang penting apa? raya tahun depan nak pakai baju apa pulak? puasa cukup tidak belakang kira. ha ha, gelak setan dalam kalangan manusia juga.

Ya Allah jauhkanlah kami dari musibah ini.

Allahuma innaka 'afuwunk kariim. Tuhibu 'afwa. Fa'fuanna.

Fa'fuanna. Ya Rabbal 'alamiin.

No comments: