Thursday, November 24, 2011

sejadah dan naskah Qur'an

bila aku kira-kira, sudah hampir genap 5 bulan aku di New Zealand. Lama jugak. Kalau kahwin, sudah dapat 7 anak, ku pikir. tak logik? cuba kawen dua. hehe

bila aku ingat, mula-mula sebelum aku ke mari, ada ramai kawan-kawan mahu memberi peringatan kalau duduk tanah orang. ada siap bagi pepatah melayu: masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang rimau, jangan sesekali. bijak jugak kawan aku ini.

tapi aku teringat satu hadiah dari seorang kenalan yang tak berapa nak kenal. bukan kawan aku. kawan akak aku. aku sendiri pun tidak tahu siapa orangnya. tapi hadiah dia adalah hadiah yang sangat menusuk kalbu.

bayangkan sedang aku tengah sedap-sedap melipat baju ala kajol bermain sari dengan shah rukh khan, (tak tau ada kena mengena tak), tiba-tiba akak aku hulur satu bungkusan hadiah. aku pelik. sebab jarang orang bagi hadiah kat aku. even besdai pun aku jarang-jarang sambut. setahun sekali je. ni masa aku nak blah ada plak adiah. macam nak halau ada jugak. tapi aku takda la pikir macam itu. haha.. orang bagi, kita terima. cakap terima kasih.

aku bukak bungkusan tu. aku nampak kain tebal, ada rambu-rambu di hujung kain. ada buku tebal bewarna emas. sejadah dan al-Quran. aku duduk. aku kira, itulah hadiah paling berfikir yang penah aku terima.

tak ada nota. cuma jelas: belajar, jangan lupa Tuhan.

Terima kasih pada pemberi budiman itu. sampai sekarang, sejadah itulah lapik sujud aku.

Selamat hari Jumaat. Ma'al Hijrah tidak lama lagi.

No comments: