Wednesday, April 6, 2011

tiada

sahabat, rakan semuanya
andai
suatu masa nanti
aku tidak lagi ada di kalangan kamu
aku tiada untuk tersengih, tertawa lawak jenakamu
tiada untuk tersenyum pada senyum kalian
berjalan bersama menatap langit
meramas bumi di kaki
maka
ampunkan kesalahanku
lupakan silap laku
kasar bahasa dan nista kata

ibu
andai
suatu masa nanti
aku tiada lagi di depan mata mu
tiada aku untuk menatap senyum mu
menyekang air matamu dikala dikau sedih
menyakat di kala gembira di dapur
sedang dikau sibuk mengemas, memasak
bercerita dengan mu itu dan ini
bila mana dikau sunyi tanpa teman di rumah
maka,
ampunkanlah dosa anakmu ini
yang jarang sekali mendengar nasihat mu
seringkali menyakiti hati mu
melupakan tanggungjawabku
dengan mengejar dunia penipu
penuh dosa dan dugaan banyak beribu
ibuku
maafkan daku

ayah
andai
suatu masa nanti
aku tiada lagi bercanda gembira di depanmu
tiada aku menemanmu membaiki barang di rumah
tiada untuk memboncengmu ke surau dan masjid
membantu dan menolong dikau itu dan ini
menaikkan amarahmu andai aku malas
tiada aku untuk mendengar pesanmu
maka
ampunkanlah dosa anakmu ini
yang seringkali lupa dan leka
tiada pernah mendengar ingatanmu
leka dan alpa pada dunia di depan mata
hingga lupa pada dikau
yang sudah berpayah, berhempas pulas
jauh, lama sebelum aku membuka mata
maafkan aku

andai aku tiada lagi
andai aku pergi sendiri
maafkanlah segala dosa
salah silap diri ini
kerna aku tidak mampu menanggung dosa diri ini
tiada aku mampu menjamin diri ke syurga
malah tidak mahu aku meminta neraka sebagai ganti
diri ini tetap lemah dan longlai
tidak mampu, tiad amahu keluar
dari kancah dosa dan maksiat duniawi
yang tiada pernah jenuh
tiada pernah berhenti

meminta dan memanggil
maka
doakan aku
ampunkan aku
moga masa yang masih bermalasan ini
aku mampu mencari
jalan kembali
pada Dia
maha penyayang, maha pengasih

No comments: