Monday, September 8, 2008

hari hari puasa 2

hari ni memang disaster. aku tido lpas subuh tadi. da semangat da nak gi kelas. sebab almaklumlahh, kelas start hari ni. so dengan penuh semangat jitu dan padu, aku pun stay up la ckit.. sampai pukul 7. tibe-tibe mate rase berat la pulak. jadi, niat di hati berubah angin. nak lelap skejap, sebelum pegi kelas. so, tido la aku

bile sedar je, da pukol 11. adeh.. terlepas kelas aku. rase nak marah ade gak, tapi tak jadi memandangkan bulan puasa. dan takde sape nak dimarah. nak marah kat diri sendiri, memang diri ini sudah sedia maklum sendiri. tak payah dimarah lagi. tanpa membuang masa, aku pun bersiap nak ke uni.

seharian aku di uni adalah membuat solidworks sahaja. pukol empat lak ade lab. menarik gak la lab 227 tuh.. maen microskop. lepas tu plot phase diagram. mantap! paham jugak la sikit-sikit apa yang di wat. sebab tu la mantap. selalunya kalo wat lab, tak berape paham sangat. :P

lepas terawikh, aku lansung ke uni. wat solidworks tu la.. ape lagi. tapi dalam hati terpikir-pikir. emath aku tak sentuh lagi. due dia same dgn solidworks gak. na percent dia besar lagi dari solidworks. hurm.. ape nak jadi ni. so, solidworks pun disiapkan.

balik dari uni, jam da pukol 2 pagi. Allah.. da nak bersahur da. aku tido sekejap. pukol 4 nanti bangunlah. :D

suatu hari yang memenatkan.. sampai di sini dulu ye.

begitulah seadanya...

No comments: