Monday, May 10, 2010

cinta, bahagia dan keluarga

zafran membelek buku notanya satu persatu. berkerut sedikit dahi mencari isi yang mahu disampai. sudah 4 kali kami berkumpul. simple. yang kepala angin putar pun ikut sekali. hati melonjak gembira pada kehadiran dia. yela, nak carik syurga biar ramai. sorang-sorang nanti takut pulak sesatnya. ntah ke neraka pulak hala tujunya. zafran menarik nafas.

'dikahwini perempuan itu kerana 4 perkara: kecantikannya, keturunannya, hartanya dan agamanya. hadith ni banyak disalah ertikan oleh mereka yang tengah sangap nak berkahwin', ujarnya bersahaja. ada senyuman nakal di hujung bibir. satu persatu muka kami direnungnya.


syarat

sesetengah orang menjadikan hadith ini sebagai syarat perkahwinan. kena ada cantiknya, keluarganya, duit @ kereta @ rumah dua tiga ketul @ emas berjongkong-jongkong, tudung litup sampai menutup hidong. tidak cukup salah satunya, maka tiadalah ia boleh dijadikan isteri.

sedangkan hadith berkenaan adalah satu penerangan bahawa kelaziman asbab perkahwinan itu adalah dengan syarat-syarat yang sudah diutarakan sebentar tadi: ada orang berkahwin kerana cantiknya bakal ratu di hati; ada yang menerima wanita dalam hidupnya kerana kesuburan pada keturunannya; bernikah kerana wanita itu berduit melimpah ruah; berkahwinnya mereka kerna agama yang ada pada wanita itu. bukannya syarat cukup isteri. kalau begitu, maka susahlah mereka yang kurang pada paras rupanya, keturunannya, duitnya malah agamanya untuk berkahwin.

agamanya
nabi menyarankan agar kita memilih agama sebagai alas perkahwinan. mengapa agama? bila difikir balik, dengan agama, kita mampu menimbang suatu perkara dengan lebih mudah, lebih berakal. andai beragama si dia, maka cantik tak cantik sudah menjadi perkara ke lima atau ke enam dalam list pilihan. begitu juga syarat-syaratnya yang lain. mengapa? kerna agama itu membawa mata, hati dan aqal memilih pasangan bukan pada kesempurnaan duniawi, tetapi akhirati. siapa yang beruntung? mereka yang melabur untuk saham dunia seterusnya bakal beruntung. itu janji Allah dan rasulnya.

memilih yang sedia ada beragama, sudah tentu menyenangkan hati ibu dan bapa. tetapi sengetlah perahu perkahwinan itu andai si isteri sudah litup bertudung, si suami pulak berjeans lusuh lobang di lutut, hensem ala-ala rock kapak. adeh.. boleh dapat sakit jantung berlobang mertua andai menantu begini jadi pilihan si anak.

maka si suami juga perlu bersiap! lengkap 5 waktunya, masjid jadi singgahan utamanya, kitab Quran di bibirnya, agama di hatinya. maka seimbanglah perahu, moga sampai ke destinasi cinta yang di cari, bak kata lirik lagu nasyid.

persiapan
maka aku bertanya pada cermin di bilik air. refleksi diri a.k.a. pantulan diri. masih banyak persiapan itu. novel dilebihkan dari kitab. solatnya rongak, tiada ditampal.

'habis bila nak kahwin kalau nak tunggu baik semua?' tanya sahabat bijak bestari.

jawapan itu pada diri kamu. kamu yang akan menjemput keluarga kamu ke syurga, atau mengheret mereka ke neraka. jangan pula kita menjadi penyumbang statistik kes bayi manusia dilahirkan oleh tong sampah atau bayi manusi dibunting ikan di sungai. kalau bukan kita, jangan pula oleh anak-anak kita. atau cucu-cucu kita, keturunan kita.

cakap tak serupa bikin
jangan hanya tahu menulis dan berpesan, tapi apa yang ditulis tidak tergambar pada diri. malu weh majied, malu! berpesan pada diri dahulu, amalkan. baru boleh yang lain dipesani.

pantuli diri. baru perbetul yang lain, majied.

No comments: