Sunday, August 7, 2011

larian terhenti

penatkah aku? atau aku sudah tidak peduli?

aku juga pernah mengikuti mereka dalam gerakan. ke sana, ke mari. pernah kami tersenyum bersama. gelak kami memecah gempita.
pernah kami menangis bersama. pelukan demi pelukan menenteram jiwa raga. ikatan kerna Dia dicanang acap kali. agar hati dan jiwa terus sebati dan menari bersama.

pernah juga aku jatuh cinta di dalamnya. kerna cantiknya kain yang melitupi kepala sehingga ke dada. kerna lembutnya bicara, ramahnya bahasa. tersusun kata-kata. cantik memegun.
pernah juga kecewa dan merana di dalamnya. dek usaha membuang sisa cinta pada dunia, pada hiasannya. meratapi kebodohan remaja terkinja-kinja meramas makna cinta.
cinta melarat, iman tersesat. air mata tak lalu dikesat.

bicaraku pernah benar, pernah juga ia melawat jurang tipu daya. tiada terlepas dari omong dan bicara kosong, ringan tanpa isi. namun tetap aku menerus kata dan puja. alasannya, mahu menternak lidah dan hati. biar selalu menutur kata indah dan memberansang!

aku tarik mangsa dengan nada keinsafan. janji dan janji bertaburan entah di mana satu-satu. berbunga jiwa andai termakan satu dua olehnya. aku terus menjala. menjaja hati dan jiwa untuk mengharap pandangan dan curahan kasih. imanku tertewas dek nafsu.

iya, pada masa yang sama, aku lerai sepah dengan hamburan kata hina. hati itu untuk satu cinta, benar? kata sayang dahulu, kata pincang sekarang. tangis sepah dibiar tanpa pujuk, jauh sekali rayu. atas alasan cinta pada Dia, sedangkan hati kencang berhujan ribut cinta pada dia berlitup labuh, aku menepis 'buruk jahiliyah' itu tanpa segan silu. ah, bicaraku masa itu hanya hampas. ingin dibakar agar asapnya tepu, menghalau lalat dah nyamuk, yang dulu rama dan kupu; agar dapat ditanam balik cinta yang baru.

ah, kacau!

kalau masa itu bacaan ku tersusun ikut mukasuratnya, tanpa kusedar bacaan ku bernyanyi lagu riak dan bangga. sedangkan dulu tidak pernah ikut tertibnya hari-hari, tapi hati ini berkeinginan telus. bukan mahu memenuh kata pengurus. ikhlas masa itu bukan utama. masa itu hanya mahu bersama, agar rasa tidak tertinggal, atau terhina. bah, itukan riak? syirik kecil. mahu menggumbirakan mereka bukan Tuhan.

aku cuba lari dari rentak itu. bukan rentak aku. benar, rentak itu bernyanyi lagu Ilahi. tapi hati ini bernyanyi sama; membuta, menuli.

aku cuba rasionalkan kembali tujuan nyanyian. mahu memenuhi koir atau mahu menjadi lead singer? atau melalak dari belakang tabir, bukan koir mahupun lead singer.

rasionalku: aku bernyanyi kerana peminat. aku berdendang atas tandatangan dan poster. rentak aku berubah mengikut siapa yang mendengar. terpulang kepada aku samada rentak padang pasir atau rentak pemecah kepala.

ini sudah salah.

aku mengambil keputusan. aku tidak mahu berdendang bersama. bukan kerna aku sudah pandai bernada baru, atau sudah menari pula. tetapi aku mencari makna dalam apa yang aku kejar. dalam apa makna tangis dan sendu di balik bacaan dan kata-kata.

aku mahu menilai keprihatinan lead singer kepada penyanyi latarnya. tersalah nada, adakah akan dibetul, atau dibuang, ganti baru? disepak terajangkah? atau dihalau dan di'ban' dari mendengar nyanyian atau konsert mereka.

benar. ada anak menderhaka hanya mahu mencari kasih dan sayang dalam hayunan rotan ayah dan herdikan ibu. ikatan kerna Dia? atau hanya canangan pembingit telinga, peledak jiwa?

usrah.

penatkah aku? atau aku sudah tidak peduli?

atau aku sudah tidak dipeduli?

7 comments:

Anonymous said...

erm

sgt sayu bila baca artikel ni.
kerana aku sgt fhm ape yg berlegar dlm hati kau.
aku doakan kau agar kembali pada fitrahNya
Manusia terkadang selalu terjatuh dalam lubang yang sama.
Tetapi seorang Mukmin tidak mahu jatuh ke lubang yg sama. Kerana dia telah belajar dari sejarah lampau.

Bangun Majid!!!

Bangkit Majid!!!

Dunia perlukan kau .

dan kau perlukan Dia.Dia sgt sayngkan kau kerana Dia masih beri sedikit ruang di hati kau untuk berfikir tentang Islam.

Aku harap kau dapat bersama kami semula.

Kau logam.

Akanku terus pohon padaNya agar sahabat seperjuangan ini terus bersinar pada jalanNya.


Ikhlas;
Sahabat yg baru pulang ke dunia realiti.

Anonymous said...

bismillahirrahmanirrahim

"Dan aku tidak (menyatakan) diriku bebas (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu mendorong kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, Maha Penyayang" (Yusuf:53)

Carilah 'hati' enta semula..
pohonlah pada Dia agar Dia lakarkan keikhlasan di setiap langkah enta..

"..dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya yang berputus asa dari rahmat Allah, hanyalah orang orang yang kafir" (Yusuf:87)

Allah masih sayang enta!
Berusaha lah..mungkin di saat enta tergerak mahu berusaha..
Allah ciptakan syurga buat enta..

jika tak bersama Islam, pasti bersama jahiliyyah..
semoga Allah pandu enta..
pandu ke jalan yang Dia redha..

doa ana mengiringi inshaALLAH,
~imtinanian~

Anonymous said...

hanya kerana cinta, dendang lagu akan mengikut irama ..
hanya kerana cinta, lagu hati akan memujuk jiwa..
hanya kerana cinta, mulut berbicara untuk mengungkap rasa
hanya kerana cinta, kedukaan pasti berbalut tangisan...

hanya kerana cinta....

cinta???

carilah cinta kerana cinta hanya turun ke hati pabila mata melihat...jiwa merasakan damai..

pandanglah, lihatlah dan perhatikanlah supaya hati bercinta...

mana mungkin lagunya enak, membuai jiwa, menusuk kalbu sekiranya penyanyi latar mahupun lead singer tidak mengenal cinta....

hanya kerana cinta ku berbicara...
kerana cinta juga kamu bukan berseorangan...

hanya kerana cinta...
mari bersama meraih cintaNya...

pengejarmimpi said...

anonymous #1

maaf, namun tiada nada sayu dalam tulisan ini. mungkin musik latar belakang yang menimbul suasana itu, tapi bukan pada tulisan ini.

insyaAllah, aku akan sentiasa ada bersama. tiada pernah aku mahu berpaling dan membuang segala.

perjuangan masih berterusan. mungkin pada skala dan arah yang lain.

terima kasih, sahabat.

pengejarmimpi said...

imtanian,

benar, aku masih sayang Allah. dan aku yakin, Allah masih sayang padaku. andai tidak, pasti dan pasti udara ini tidak mampu kuhirup, alam ini tidak mampu kukagum.

aku memerhati. dari saat aku bersama, sehingga sekarang. permehatian itu perlu. itu asas utama kajian. dari kajian kita datangkan teori. moga bermanfaat, dan boleh merubah apa yang diperhati.

berapa ramai dari kelompok kita mahu berbicara islam pada mereka yang membenci? nisbah mereka yang rancak bercanang dalam kumpulan dengan berbisik di luar kumpulan sangat rendah. ke mana ilmu dipelajari? mahu disimpan di dalam buku? atau mahu disampai agar mereka tahu?

terima kasih. doa aku juga bersama kamu. dan sahabat2 kamu dan aku. moga jauh kita dari murka dan bencana dariNya.

Anonymous said...

Subhanallah wa bi hamdih, subhanallahi 'azim...

Majied bila bca artikel ni, aku yakin hati kau masih nk berada di atas jalan ITU...jalan para Rasul, Nabi, sahabat dan pejuang Islam
Jalan ini jalan yg meletihkan..

Sebab tu Allah membeli jiwa2 org yg memilih jalan ni dgn syurga...
Ingat syurga itu MAHAL...kau pernah dipilih...kalau kau terus lari dri jalan ni alangkah ruginya sahabat...

Jiwa2 kita pasti diuji...knp diuji? kerana kita org beriman.."adakah kau merasakan kau telah beriman sedangkan kau tidak diuji"...firman Ilahi

Ini masanya majied, jadikan Ramadhan tahun ini titik tolak perubahan perjuangan kau, jgn malu,mereka pasti menerima bahkan mereka berharap, berharap dgn amat sgt...kembalilah bersama Ikhwah2 di jalan ni...ISlam perlukan kau...!!

Sahabat

pengejarmimpi said...

anonymous cinta,

kerana cintalah, aku menulis lagi di sini. cinta pada mereka yang aku hargai, sahabat-sahabatku. cinta aku mahu mereka tidak duduk dan bergembira dengan apa yang sudah dilakukan.

cintaku mahu mereka jua baik di dalam kumpulan, juga baik di luar kumpulan. ya, aku sendiri tidak baik di dalam, apatah lagi di luar.

tapi mari mencuba. mencuba keluar dari tembok sesama kita. bersama mereka. berbicara dengan mereka.

terima kasih. cinta membina, cinta juga merosak. mari cuba mencari cinta di kalangan mereka yang menolak usaha kita. mungkin cinta mereka lebih membawa kepada cinta Dia.