Monday, May 6, 2013

Labur libur

Usai makan, aku mengajak John ke kelas. Makan di sini sudah lali dikunyah. Ayamnya sama, tiada beza. Hidangya hari-hari. Bukan tidak bersyukur. Syukur, dapat menjamu selera. Namun selera itu bukanlah mudah dijinak selalu.

Dalam melangkah, satu kelibat berjalan melangkah bersama di belakangku. Teman sekelas. Tersenyum dia melihat aku menoleh kebelakang.

Ayuh solat, ujarku. Dia mengangguk, lalu kami melangkah ke surau. John angguk, lalu terus ke kelas. John; dia tak solat kot.

Kamu solat berapa rakaat, tanyanya memecah sunyi berjalan.

'Empat. Kamu?'
'Dua sahaja. Sebab sekarang kita tidak berada di tempat diam kita.'

Aku mengangguk. Dalam hatiku berbisik, 'Arab ni memang suka ambil mudah'.

Aku terasa gatal mahu mengujinya.

'You know what brother, I treat Solah as an investment.'
'Investment?'
'Yes, for a better things. I invest four, and you invest two. Which one you think will get more at the end of the term?'

Dia senyum. 'No, it is not like that', katanya lalu tersenyum. Aku malas mahu berbincang hal yang pastinya tiada sudah bicaranya, lalu aku senyum kambing, lansung mengambil wudhu'. 

Tapi aku pasti, aku sudah menanam rasa tertanya-tanya dalam diri dia tentang apa yang aku ucapkan.

Aku solat, dia masuk jemaah, lalu bergegas ke kelas. 

Masih ada bisnes dunia yang belum selesai. 

No comments: