Monday, May 6, 2013

Jalan

Perjalanan hidup itu bukanlah mudah. Adakalanya apa yang dihajatkan tidaklah sempurna pencapaiannya. Malah ada yang tidak beroleh apa-apa.

Kecewa, lalu muntah kata tiada adabnya. Marah, lalu disabar dengan iman. Tiap reaksi itu berbeza tahap kemanusiaannya.

Tanah berdebu ini kini menjadi rumah sementara aku. Padang pasir sekeliling. Abu Dhabi; tempat yang tidak pernah aku jangka akan dijejakkan kaki. Dengan izin Allah, aku berada di sini.

'I am happy I have a muslim in my class', ujar Omar, teman dari Oman. 

Omar tidaklah seperti pak arab yang lain. Dia sedikit gelap, berbadan kurus. Namun bicaranya fasih arab. Berdebu, sebab dah lama sangat cakap arab. Tidak perlu dihalusi.

Niat aku mahu mengambil games dari hard disk beliau. Lalu melekat menonton Wild Arabia terbitan BBC. Cantik. Sangat cantik. Dia menghargai kamera (Qamrah kata beliau), sama seperti aku.

'Man, we have a lot of muslim in our class', balasku.

'Brother, we, muslim have different levels'.

Aku senyum. 

Aku tidaklah sebaik sahabat-sahabat aku yang lain. Aku akui, aku juga tidak sempurna 5. Malah ada hari yang tiada 5. Bukan berbangga, tapi kecewa. Kecewa dengan diri yang tiada mampu melawan rasa.

Tapi ungkapan ini benar-benar mengejutkan aku dari tidur rasa ini. 

Aku rindu pada ucapan baik dan membina.
Aku rindu pada peringatan dan nasihat.
Aku rindu pada sahabat yang bersama dalam gelung gembira.
Rindu pada guru-guru yang memberi pesan. 
Aku rindu pada ibu.
Pada orang tuaku yang tiada pernah berhenti menyayangiku.

Kehangatan ini yang membina rasa ingin berjuang, ingin berpesan. Pada senyuman dan keramahan di malam ramadhan di surau UC. Pada sahabat-sahabat yang tidak lekang dengan sulaman senyum di muka. Sahabat yang sentiasa bertanya khabar, meskipun sudah ditanya pada waktu zohor, asarnya pasti di tanya lagi.

Ana bil khair, ya habibi.

Aku rindu.

Terimas kasih, Omar. I am happy to meet a brother like you.

No comments: