Monday, March 23, 2009

jom belajar!


Isnin kembali jua. semalam akau bertungkus lumus menyelesaikan keja rumah yag sepatutnya aku anta rabu ni. tapi disebabkan kegagalan aku membaca arahan yang telah diberikan, aku jadi kelam kabut lalu menyelesaikan soklan2 tu malam tadi smpai kol 3 pagi. adeh... kalo akau membacanya dengan lebih jelas, dah lame aku tdo awal malam tadi. hihihi.. takpe. aku terima ujian malam tadi sebagai menyediakan aku untuk menjadi lebih rajin.

hari ni, banyak benda aku belajar. bukan setakat dalam kelas, malah luar kelas. petang tadi, aku sekali lagi menjalankan ujian tensile ke atas perspex group aku n naqib. kali ni, ktorang wat dengan menebuk lubang berdiameter 12mm pulak. tapi macam xjadi je test sebab dia tibe2 je putus dan menyebabkan graf macam xbetul. adeh.. masalah gak la..

aku suke wat bende2 ni. especially yang memerlukan wat keje luar kelas n pegang tools. sebabnya, aku suke bekerja dengan budak2 kiwi ni. dorang suke membantu tapi kadang2 kerek gak. tp so far, aku still leh tahan g la dgn kekerekan dorang ni. hehe... membantu gak dorang ni dalam meningkatkan kefasihan aku berbicara dalam bahasa selain bahasa melayu. walaupun sikit2.

napie malam ni ajak aky belajar kt uni. kt crypt. aku xde gmbr crypt la plak. menarik gak la studi situ. mane tak nya, xleh nak bukak laptop sangat. napie selalu je kaco kalo aku nk pegang mouse nk click internet. bagus gak la ade companion yang rajin menegur ni. haha.. thanks bro! tapi sengal la plak mamat2 n minah2 korea tadi. bising. walopun tempat tu mmg bukan tempat untuk belajar, tp xyah la melalak sampai mengganggu orang. kalo comel xpe la jugak. tapi kalo mengade, payah gak tu.

ni meja studi aku dalam bilik. hehe.. penuh dengan makanan n barang2 yang x perlu. di sini lah tempat aku mengerah otak n menahan tensi tatkala xdapat menjawap soklan. nasib ade teman2 dalam bilik yang memahami. dorang kt bawah ni la yang banyak menemani aku pagi, petang, siang dan malam. ada gak teman secara maya. tapi tu limited time je la.


*ni la teman sebilik! hihi

sampai sini dulu. aku saje nak menulis. selagi ade mood :D

p/s: yakitate japan mengganggu masa lapang.. haihhhh

No comments: