Wednesday, March 11, 2009

selamat kembali ke Christchurch..


bermula dengan keciciran passport di Auckland Airport, malang nasib ku berterusan setelah disedari kalkulator masih lagi bercuti di rumah, malaysia. sudah aku maklumkan kepada mak mengenai kedua-dua bahana ini. mak hanya memesan aku untuk bersabar.

tahun ini, aku terpaksa menggadai setahun perjalanan pembelajaranku setelah sangkut 4 matapelajaran tahun lepas. mana taknya, asyik sangat bermain game sampai lupa matlamat sebenar datang ke mari. memang Allah itu Maha Adil dalam pelaksanaan hukumnya terhadap makhluk ciptaan Nya. aku menyedari perihal itu.

yang lebih menyedihkan, aku tidak di sediakan dengan wang saku untuk satu sem pembelajaran. seolah bekerja tanpa gaji. tapi hakikatnya, aku sepatutnya mendapat bahagian aku kerana mengikut perjanjian dengan penaja, kegagalan kali kedua hanya akan disekat wang sakunya untuk 3 bulan sahaja. tetapi berlainan untuk kes aku. aku sendiri tidak mengetahui asbab mengapa aku dibelenggu begitu. semoga Allah memudahkan urusan aku untuk kali ini.

aku merasakan banyak perubahan dalam kehidupan aku sehari-harian. meskipun bangun lambat itu masih lagi tidak dapat dielakkan, aku sedang berusaha mengikisnya dari rutin harianku. brother nap ( bukan nama sebenar ) sudah berkali bangun dan mengetuk daun pintu mengerah kami serumah bangun menunaikan solat fardhu subuh berjemaah, seelok-eloknya. namun syaitan itu tetap utuh ikatannya. mungkin esok akan aku cuba bangun dan terus bersolat. insyaAllah..

pintaku, mudahan mudah bagiku menjalani semester ini. kerna getir sungguh ujian kali ini. seandainya daku mencium lagi dada kegagalan untuk subjek yang aku ulangi ini, meskipun hanya untuk sekali, maka penajaan aku akan dihentikan dan insyaAllah, aku akan dikembalikan ke tanah air, menunaikan tanggungjawab sebagai penerus dan penuntut ilmu.

doakan bagiku..

No comments: