Sunday, March 29, 2009

solat

Solat. banyak kali diperingatkan kepada kita kepentingan solat dalam kehidupan seharian. diselang-selikan pula dengan pembacaan al-Fatihah yang dikira-kira sekurang-kurangnya 17 kali dalam sehari, yakni bersamaan dengan bilangan rakaat dalam solat. tetapi masih ada kekurang yakinan kita dalam fadhilat-fadhilat dalam amalan wajib ini. nak tau? mana leh bagitau.. (syafiq, 2008)

*bersolat berjemaah lebih baik dari sendirian

brother Omar selalu ajak budak2 UCMUSA g bersolat kat surau Uni yang serba kekurangan. meskipun sudah sekian kali dia mengajak, tidak pernah nampak kat muka dia rasa nak berhenti mengajak kami yang sangatlah keras hati nak berjalan dan menunaikan kewajipan seorang muslim di surau berkenaan. 

kat situ jugak lah, kami akan adakan usrah setiap petang Ahad, 6pm untuk berkongsi pengetahuan dan saling mentarbiah. seronok! memang seronok. aku rasa memang fitrah manusia, suka mendengar nasihat, meskipun pedih di hujung hati menahan panahan2 perli naqib yang berkata. haha.. aku sendiri pun sama jugak. aku mengambil kata2 dari brother Omar mengenai solat di surau, especially berkenaan solat berjemaah.

kata beliau, dalam kehidupan kita seharian, kita sering berfikir dan risau dengan rezki yang akan kita perolehi pada hari tu. kita perlu tingkatkan tawakkal kita pada Nya. segala perbuatan dan tingkah laku kita, kita sandarkan pada Allah semata-mata.

andai kata seseorang itu bangun untuk solat subuh, dan disempurnakan solatnya itu dalam berjemaah, maka Allah akan melindungi dia. brother Omar ade gak cite pasal seorang khalifah bernama Hijaj. dia ni sorang ulama'. tetapi melakukan kejahatan bukan dalam keadaan terang terangan. maka, nak dijadikan cerita, ade sorang pesalah ni yang perlu ditangkap dan dihukum atas certain kesalahan. tapi, Hijaj tau, siapa yang bersolat subuh berjemaah, maka dia pada hari itu berada dalam perlindungan Allah. jadi, pesan Hijaj kepada pengawal2 dia, supaya menunggu hari si mamat ni tidak bersolat subuh berjemaah di masjid. lama gak pengawal ni menunggu hari lelaki ni tak bersolat subuh di masjid. tetapi bila sampai masanya, lelaki ini ditakdirkan tidak bersolat berjemaah di masjid pda sbuh pagi itu, maka Hijaj tanpa membuang masa dan karan, terus menangkap lelaki itu dan dihukum pada hari yang sama. 

di sini menunjukkan bahawa perlindungan Allah itu sangat jelas kekuasaannya sehingga menggerakkan hati pemerintah pada masa itu untuk tidak menangkap dia pada hari dia bersolat subuh berjemaah di masjid.

brother Omar jugak berpesan, setiap tingkah laku kita adalah biasan hati, yakni iman. macam mana kita menghargai Allah? semestinya, dengan bersolat. *panjang lagi tazkirah dia petang tu, tapi aku singkatkan la :p 
jadi dia pesan, just spare sometime in a day to remember(zikir) Allah. minta dan cari bantuan dari-Nya. sebab meminta dari Allah itu juga salah satu nikmat, yakni tak semua orang akan dapat mengingati Allah setiap hari. sesungguhnya, Allah itu maha membantu.

jadi, bersolat lah selalu walaupun solat sunat. sebab Allah itu amat suka melihat hamba-Nya yang me-minta2 daripada-Nya. He helps, bak kata brother Omar.

sekian dulu. nanti cerita2 lagi yek :D

p/s: penat main frisbee petang tadi. kalah pulak tu. huhu.. esok ade test lagi..

No comments: