Sunday, May 31, 2009

batu dan permata

aku ingin bercerita satu kisah mengenai batu permata. permata asalnya adalah juga batuan yang sama di tepi jalan. akan tetapi, dengan adanya tindak balas kimia dan proses pengerasan dan pelembutan yang berulang-ulang berjuta tahun lamanya, batu biasa itu bisa jadi batu permata, namun bukan di tepi jalan lagi tempatnya.

nak dijadikan cerita, ada seorang budak ingin menukar batu di tepi jalan menjadi permata. moga kelak senang dia andai mampu mebuat cincin ber-permata dengan batu itu, andai ia menjadi permata. bapanya hanya tersenyum mendengar impian anak.

maka batu itu terus digilap dan digilap setiap hari. permukaan batu yang dulunya kasar kini sudah berubah licin. budak itu bertambah yakin bahawa satu hari nanti, batu itu akan dia tatah diatas cincin emas bersulam perak, berguna padanya kelak. maka, semakin tekunlah dia menggilap dan menggilap batu itu. bapanya hanya jadi pemerhati.

sudah menjadi resam dunia, suatu permukaan itu akan kepanasan andai digesel selalu dengan geseran. dijadikan cerita, jari budak itu suatu hari melecur atas kehangatan batu yang rajin digosoknya. maki hamun, sumpah seranah keluar lancar dari bibirnya; mengherdik batu membakar jarinya. namun, reda marahnya, batu itu dikutip kembali dan digilap kembali, bersinar kembali.

hati manusia mana yang tidak tertarik pada permata yang sudah sedia ada, jauh lebih cantik dari batu yang ada di tangan. budak itu jua manusia. maka larilah ia kepada bapanya, melontar batu ditangan, memohon agar duit diberi, mampu membeli. bapanya hanya tersenyum lalu berkata:


'anakku, belum sampai masanya kau bermain dan memegang permata yang sebegitu halus dan cantik buatannya. pasti Tuan batu itu sangat gembira dengan batu itu, kerna ia memenuhi kehendak dan citarasa Tuan-nya sendiri. itu sudah pasti.

tapi anakku, bukan mudah untuk kau memiliki cincin ber-permata seperti impianmu, andai bukan pada cara dan arah yang betul. masakan batu itu boleh ditatah andai tiada gam dan caranya yang tertib. bukan hanya mengilap batu, sehingga melecur jari kerna panas gilapannya.

masih banyak yang perlu kau perlajari. andai mudah batu itu digilap menjadi permata, pasti sudah ramai bahagia dengan cincin dan batu buatan sendiri.

binalah cincin itu dengan cara yang betul. mari, biar ayah tunjukkan.'

budak itu hanya menangis, memarahi diri yang membuang masa dengan menggilap batu.

moral:
batu dan permata itu umpama wanita, cincin itu umpama perkahwinan. andai ada batu yang lebih baik, batu di tangan dibaling jauh-jauh: janganlah begitu. maka, berbahagialah mereka yang membina cincin berbatu dengan cara dan tertib yang betul. Tuan mana yang tidak suka permata yang dijaga elok elok dan cincin-cincinnya yang cantik? Pasti jua seperti Tuhan, suka pada mereka yang menjaga dalam perhubungan dan menjaga perempuannya yang baik-baik :)

nah.. bukankah itu lebih baik?

No comments: